Diriku ini..

Dilahirkan dan dibesarkan di Kulai. Meneruskan kehidupan dengan mencari sesuap nasi di Universiti Teknologi Malaysia. Memperolehi tempat berteduh di Taman Universiti, Skudai, Johor. Memayungi dua orang puteri berusia 8 tahun yang bergelar ANIS UMAIRAH dan 3 tahun bernama AMNI QAIREEN. Amat gilerr membaca novel dan amat gemar berjalan-jalan mencari pengalaman dan makanan.



Thursday, December 16, 2010

kembara musim salju

alhamdullilah akhirnya aku n kawan2 selamat sampai ke bumi malaysia setelah hampir 8 hari meninggalkan keluarga di johor. Hampir jam 5.00 pagi aku tiba di rumah disambut oleh Mr.Z and my lovely daughter Umairah.. rindu kat diorang.. dan sayang seribu kali sayang.. gambar2 yang aku ambil semua dah bertarai bila memory card camera aku corrup.. gilerrr.. habis gambar aku main salji.. frustnya.. so gambar yang ada ni atas ikhsan kawan2.. tq kak ratna, nazli dan kak sal.. banyak saya menumpang kemara anda semua...

bergambar kat opis selepas mendengar taklimat yang disampaikan oleh ketua penyelaras program.. heheh.. aku le tu..

sebenarnya aku gi beijing atas urusan kerja untuk lawatan ke 2 universiti iaitu tsing hua university dan peking universiti. perancangan awal ke heibi university dan uibe.. memandangkan uibe takde respond dan heibi 2 jam perjalanan pergi n 2 jam perjalanan balik so kitorang tukar university. Waisting time kitorang je nak shopping je. aku plak dilantik menjadi ketua penyelaras program dan secara tidak langsung sebagai tour leader.. tq kwn2 diatas kepercayaan itu...

di LCCT sebelum bertolak.  Masing2 dah dapat boarding pas..


4 disember 2010
kami bertolak dari sini jam 11.00 malam. Bacaan doa diketuai oleh En. Sallehan Alias (husband cc opis). Tiba awal di LCCT.. jam 4.00 pagi.. flight pukul 8.30 pagi. aku dibantu oleh nazli n kak ratna terus check in melalui kiosk je.. pas2 tiket n suruh diorang check in bag.... senang sikit kerja dan budak yg jaga kaunter beg jenis yang baik2... alhamdullillah. Moga dipermudahkan perjalanan hambamu ini.  Beg semua ringan2.. kecuali beg sorang tu.. wahhh.. banyaknya bawa baju tebal.. cam nak gi eskimo plak..

nak check in bag.. ringan je beg diorang kecuali ada beberapa org. yang membawa bekalan untuk 1 tahun.. sekali letak beg 17kg... balik takpe.. kita dah upgrade berat.. so.. boleh shopping
air asia X dah tunggu.. jom naik..


5 disember 2010
7 org ajk dapat dok kat primier.. memang selesa.. dijamu dengan nasi ayam semasa lunch. flight bergoncang sikit.. tapi kami kurang rasa kerana kedudukan seat yang amat selesa. Bila makin bergoncang.. aku ambil langkah berjaga2 dengan tidur... 6 jam 05 minit... lama gak tu kalo tak tidur.. masa gi ghuangzau yang memakan masa 4 jam pun aku rasa boring inikan plak lebih jauh. tiba sana pukul 1500. tak tergambar dengan kata-kata kesejukannya.. aku yang gemuk ni pun sampai ke dalam.. tu aku pakai baju 4 lapis tu.. inner.. blouse.. jaket n jaket labuh.. teruja gak ngan view yang berbeza ngan malaysia. dalam bas aku perhatikan view kat luar.. cantik.. malam yang penuh dengan kesejukkan itu iaitu -6c.. kami habiskan dengan menonton acrobatic china selepas makan malam dan bershoping di muslim supermarket. aku sempat gak membeli long jon (betul ke spellnya). Amoi tu tersalah bagi.. aku dapat 2 helai baju tanpa seluar... alahhh.. macam2 plak.



button kat seat untuk premier.. so.. boleh adjust ikut kesesuaian diri.. memang selesa nak membuta
post setelah 3 jam perjalanan.. dah mula boring... inilah muka AJK GOP HEMA KE BEIJING
tiba kat airport di tianjin

suasana dan musim yang amat berbeza dengan negara kita..
payahnya nak angkat kaki.. badan yang besar sangat menyukarkan nak melenting


6 disember 2010
lawatan bermula dengan kedai jade.. biasalah kalo gi china memang lawatan wajib sangat banyak.. cam aku gi quangzhou n shenzen gak.. thn 2008 dulu. aku memang tak beli apa2 kat sini.. ambil gambar je,, oppsss lupa aku beli sweet patato. perjalanan diteruskan dengan lunch kedai crystal n great wall. Sebenarnya tahun 2004 memang aku dah bayar trip nak gi sini... memang lagi dulu aku nak tengok tembok besar cina.. pastu trip tu cancel sebab virus sars.. so aku cancel n gi bangkok.. then bila virus sars habis aku plak sibuk nak kawin.. tak jadi gi.. thn 2010 baru aku dapat merealisasikan impian aku nak gi great wall... syukur kehadrat allah... aku malas nak panjat tinggi.. just gambar2 n tengok view... tak berapa larat n nak simpan tenaga.. memang sejuk time tu.. 7.2c... perjalanan balik singgah di resort ski. Aduhhh seronoknya dapat main-main salji. Sejuknya tangan sampai keras tangan aku. Sangat2 teruja... main baling2 snow lagi... yess.. Sayang camera corupp.. kalo tak gambar aku tengah baling salji ada kat sini... syukur tak terkira kepada allah memakbulkan dan merealisasi impian hambanya. Perjalanan balik kami berhenti diburning cream centre. demo tu aku dah pernah tengok masa gi guangzhou. aduhhh... presenter tu kata aku ni omang banyak.. mood nak membebel aku ada time tu... malam kitorang sempat shopping kat supermarket berhampiran hotel.. lagi sehelai long jon aku beli... hanya 40yuan je... rm20.00 n beli buah2 yang segar n sedap berhampiran supermarket.

kekasih lama yang dah jadi patung.. ko agama lain.. aku agama lain.. sebab tu aku dah sumpah ko..
berpuluh ribu rm
menunggu diorang bershopping.. aku pun posing le kat luar
my best fren nazli... posing kat luar.. sejukkkk
yahoooo... tiba kat great wall.. tercapai impian aku nak ke sini.

banner program.. misi kami masih belum selesai hari ni..
ditangga great wall yang tak teratur tu.. tinggi2 tangga dia.. susah nak turun..
resort ski.. aku tak main.. 1 sebab tak pandai, 2 masa tak cukup, 3 terlalu sejuk, 4 kalo jauh menyusahkan diri, 5 harganya rm60.00, 6.. lain-lain sebab..

sejuk sangat kat sini... aku n nazli je yang bertahan lama.. yang lain dah cabut.. terujanya...

7 disember 2010
sesi lawatan rasmi.. lawatan ke tshinghua universiti... susah gak nak masuk. memang berbeza dgn universiti di malaysia.. semuanya basikal.. patutlah nc nak ke arah tu... suasana best... actually lawatan ni combine dgn kolej perdana.. so presenternya bukan dari staf... macam majlis perwakilan mahasiswa je yang memberi penerangan. pastu campus tour jap. petang lawatan ke summer palace.. aku memang cintakan tempat ini.. view ni memang best.. cantiknya dengan tasik yang beku,, memang aku teruja. puas kami bergambar. Oppss.. kami kena gi satu lagi universiti.. Peking University... taktik dajal dah tiba.. kami hanya bergambar di luar Peking University sebagai tanda kami pernah berkunjung ke sini. Syaratnya paling kurang kena melawat satu university... kira okeylah kita dah melawat hingga penat tshinghua university. Perjalanan dilanjut ke tempat mutiara... dalam tiram ada mutiara.. aduhhh.. bukan dunia aku,  Seterusnya ke tempat sutera plak. Manis sungguh amoi yang memberi penerangan tu. Namun begitu tempat2 sebegini menjadi lokasi yang memboringkan pada aku.. dengar information then membeli barang2 dagangan yang sangat mahal. Itu bukan style aku berbelanja.. aku suka yang murah n santai. 

universiti tshing hua.  selepas mendengar taklimat

basikal pengangkutan utama dalam universiti ni.  NC like macam ni

di hadapan pintu besar tshing hua universiti. 
dihadapan summer palace. aku cintakan tempat ni.

semua happy.. dengan kawan2 yang close, near dan best

tasik beku

serpihan ais yang dibaling ke dalam tasik beku

tunjuk muka je.. sembunyikan badan


cantik view ni

kawan baik n karib... kak ratna.. dah hampir 14 tahun kitorang bersahabat
penerangan tentang mutiara

amoi manis menerangkan di pusat sutera

mek n kak sal cam berminat nak beli jer

jualan alat muzik.. akhirnya aku borong 1 dan yang dalam beg tu 1.. merdu bunyinya.. macam nak suruh maharaja cina membuta
8 disember 2010
Pagi2 kami dah keluar menuju ke destinasi yang amat luas sehingga melenguhkan kaki. Dengan suhu pagi yang mencecah 4c sampai boleh membekukan muka aku. Kawasan tu plak terbuka. Lautan manusia tak mampu nak memanaskan suhu sekeliling. Memang seronok gi Tiannam Square dan Forbidden City tapi kepenatan yang terasa menyebabkan aku malas nak bergambar. Awal2 bukan main xcited dengan 1000 gaya. Keluar dari situ lunch dan lokasi seterusnya menuju ke foot massage. Tempat2 wajib yang memboringkan aku. Lebih2 lagi aku ni bukan jenis yang gemar makan ubat, berurut dan sewaktu dengannya. Penerangan kemudian diorang mengurut kaki. Cina kopet tu mengumpat aku rasa sebab pertama aku taknak berurut.. kedua dia lega sebab aku tak berurut.. kalo aku berurut letih le diorang memangku kaki aku yang saiz gajah ni.. ketiga dia mengutuk saiz aku kot. Lupa nak cerita.. kat sana diorang ni macam pelik je tengok fizikal aku.. beriya2 memandang... mesti diorang berfikir camna aku boleh gemuk camni.. Mr. Z tolong jawap... awak yang beri saya makan sampai jadi camni. Akhirnay tiba juga masa yang ditunggu... shopping.. aduhhh... bikin pusing kepala.. asyik kerja bergaduh je ngan nyonya2 tu.. Harga sehelai tshirt hard rock budak sampai rm75.00 bayangkan. Aku bagitahu dia yang baik aku buat sendiri.. aku boleh tulis nama aku.. diorang ni memang kaki penipu. Letak harga giler... kena giler bargain.. dia mengata macam nak beli sampah le.. harga seluar dalam le.. last2 dia bagi juga harga seluar dalam. Memang cari nahas betul le amoi2 tu. Hari pertama aku dah tahu rentak.. esok time to shopping lagi. Destinasi terakhir untuk hari ni kami gi hard rock cafe.. memang ada dalam tentative n secara kebetulan seorang daripada ahli delegasi ni memang mengumpul tshirt hard rock.. so kami tumpang berfoto-foto je.

tian an men square.  sejuk sangat kat sini.  waktu pagi plak tu tak silap 4 darijah celcius

kepenatan kat forbidden city... dah berjalan hampir 3 km.  kisah raja tak habis lagi ni

hujan emas negeri orang.. hujan batu negeri sendiri.



kat food massage walaupun ini gambar hand

bapak dr. ini memberi penerangan dalam bahasa indonesia

hard rock cafe beijing... 7 helai tshirt hard rock aku beli.. tapi bukan yang original


9 disember 2010
Pergerakan bas menuju ke zoo beijing pagi ni. Zoo beijing je yang ada panda.. ni yang rasa teringin sangat nak tengok panda secara live. Nampak gebu bulu panda tu. aku beli alat muzik je sbg souvenir untuk Mr. Z. Seterusnya kami ke olympic stadium,.. bird nest. Sebelum tu menyinggah dulu ke kedai jualan permata. Kino.. dari malaysia katanya... memberi penerangan sambil membuat lawak.. pandainya dia psiko.. bagi souvenir kepada semua.. jangan beli kalo mahal... dan beli harga paling minimum kata dia.. Diorang tak lepas peluang.. shopping.. silakan... aku sebagai tour leader dapat sebentuk cincin yang berharga 950yuan.. dan setelah diorang menawar dapat rm100. Anyway TQ kino.. Keluar dari situ menyopping fridge magnet dan layang2... takde kat malaysia tu layang2 fesyen tu dan harga yang menyenangkan hati. Kat bird nest kami mengucapkan TQ UTM... After lunch pergi tea herba.. macam2 jenis teh ada.. aku tak suka. Petang sambung shopping kat silk street dan toys dan supermarket bahagian hadapan.. aduhhh aku tergoda kat iphone buatan cina yang menurut tourist guide sebulan aku balik malaysia iphone tu pun tamat riwayatnya... terserah.. dan aku pasrahh. Kat silk street kali ni memang aku gaduh.. siap2 jerit kat lorong.. semuanya kerana baju budak.. dia memperbodohkan org. Betul.. gerammnya aku.. sehelai tshirt bodoh pun beratus.. dia ingat kita bodoh cam dia. Walau gaduh2 pun licin gak duit aku.

comelnya panda


thank you utm.. terima kasih kerana mensponsor perjalanan kami... insyaallah aku akan kerja diutm sampai pencen

misi telah selesai.. gambar group terakhir di bird nest

10 disember 2010
Pukul 7.00 pagi dah check out sebab nak naik bullet train ke tianjin. Wow.. kelajuannya sehingga 355km/h. Aku tengok kereta kat sebelah mcam nampak hilang.. nampak hilang.. tertinggal sayup kat belakang. tiba kat tianjin cuaca still sejuk. After lunch go to food street. Aku dah agak.. namanya aje food street.. dalam tu pasmina pun dia jual. Tapi tengok makanan dia boleh pengsan, siput babi n macam2 bendalah yang aku tak pernah tengok ... ada terjual kat situ. Tengahari kami dihantar ke airport. Beg aku masa pergi 1 saja.. balik aku bertambah jadi 4 beg. 1 aku beli kat sana dengan harga rm80.00 untuk dihadiahkan kepada zati dan 2 beg spare yang memang aku standby. Puas gak hati sebab aku melebihkan diri aku dari orang lain yang tinggal. Barang aku.. 3 handbag, 2 pasang kasut sport, baju tidur sutera yang entah bila aku nak melaram, 1 iphone. Untuk taulan dan family.. fridge magnet, beg isi telekung, beg duit, wallet, tshirt hard rock. Untuk anak tersayang.. gaun burberry, kasut, layang2 dan mainan. (Umairah takut kat permainan tu) . Mr Z dapat 3 alat muzik (1 dah terpecah), tshirt.


stesen bullet train untuk ke tianjin

ticketing diorang.. puhhh klass tempat ni

dihapadan bullet train.. teruja aku dengan 355km/h...




siput babi kat food street tianjin

seafood...

Alhamdullillah timbangan berat beg kami semua okey setelah diupgrade kilonya. Tempat duduk memang dapat dengan member2 tapi pramugari yang baik hati tu bagi pindah sebelum terbang sebab kosong. So 3 seat boleh duduk 1 orang atau 2 orang. selesa beb.. tq pramugari yang comel dan baru mendapat seseorang baby. Comel n peramah orangnya.

harta yang aku bawa pulang

selamat tinggal beijing n tianjin.. ada rezeki aku datang lagi


Tiba di LCCT jam 11.00 malam. Ambil bagasi n terus call bas utm. Perut memang lapar time ni sebab masa dalam flight aku hanya makan musroom noodle. tak sedap. masa turun tu terus aku kirim makanan di marry brown. Singgah kat seremban lagi sekali aku makan nasi lemak tapi tak habis.. yess.. i like bila tak dapat habiskan makanan

11 disember 2010
Tiba di UTM dalam pukul 4.45.. tiba rumah hampir jam 5.00. TQ Mr Z n umairah yang menunggu aku di pintu pagar. Diorang xcited tengok aku beli apa...



No comments: