Diriku ini..

Dilahirkan dan dibesarkan di Kulai. Meneruskan kehidupan dengan mencari sesuap nasi di Universiti Teknologi Malaysia. Memperolehi tempat berteduh di Taman Universiti, Skudai, Johor. Memayungi dua orang puteri berusia 8 tahun yang bergelar ANIS UMAIRAH dan 3 tahun bernama AMNI QAIREEN. Amat gilerr membaca novel dan amat gemar berjalan-jalan mencari pengalaman dan makanan.



Tuesday, August 24, 2010

Tut.. tut.. tut tut... bunyi ketapi

Ini bukan kembara mahkota johor.. tapi ini kembara keluarga Lathiam...

Akhirnya tertunai gak hajat kedua mertua aku yang teringin sangat nak naik keretapi kerana kami telah merealisasikan impian mereka dengan mengembara menaiki keretapi ke Kluang.  Selepas menonton majalah 3 'KEMBARA MAHKOTA JOHOR' semangat dia semakin meruap-ruap.  Sehari sebelum tu aku ada call ke KTM Kempas untuk mendapatkan sedikit info dari segi masa n harga.  So dengan info berguna tu kami pun wake up agak pagi di hari cuti ni.

Kul 7.30 kami dah siap untuk mengambil mertua dan terus ke Stesen KTM.  Tiba kat sana.. diorang terus ke gerai tepi tu untuk membeli kuih muih dan air sebagai kudapan di dalam perjalanan.  Aku lak terus naik ke atas untuk membeli tiket.  Jimat masa.. sorang ke sana dan sorang ke sini.  Berbaloi gak harganya ya.. Kalo naik kete pun tak semahal ni.  Ikut planningnya memang cantik-cantiklah masa kitorang... tapi apakan daya.. kita mampu merancang.. Allah menentukan.  Keretapi delay.. aku lemah sikit bab ni.. terpaksalah tunggu sampai kul 10.  Letih menunggu le ni..


Bila keretapi datang.. budak kecik tu mula menangis.. dia ni ada problem sikit dengan bunyi bising.. dia takuttttt... Puas gak le memujuk sebab dia dah mula nak balik rumah.  Belum gerak lagi dik non dah nak balik... Bapak mertua plak sibuk interview pekerja kat situ dan dapatlah pamplet perjalanan keretapi.. nampak dia xcited n teruja.  Belum lagi kami bawak dia ke sampai ke Haadyai... lagi dia teruja.

Perjalanan diteruskan bila keretapi datang.  Yang lecehnya ada minah salleh dah take over tempat kitorang dan terpaksa le tukar tempat entah2 sesape.. dan lagi satu aku ni tak suka bila aku kena dok terbalik.. orang pandang depan.. aku pandang belakang... ni boleh bikin pening kepala makcik... Masalah kami tersettle bila konduktor datang.. puhh lega den dapat tempat duduk pandang depan.. bila tiba Kulai plak.. ada geng2 india sekeluarga naik dan anak dia plak buat hal.. asyik melalak je.. aduhhh..!! bikin pening gak ni... maklumlah anak sendiri dah mula seronok.. tak nangis lagi... Mertua plak seronok menoleh kiri kanan melihat kebun-kebun sayur.  Aku biasa je sebab kami sekeluarga dah pernah pergi ke Kluang naik keretapi.... ini kali ke 3 aku naik keretapi ke Kluang

Tiba Kluang agenda pertama kami iaitu makan kat Kluang Rail Coffee.  Menu biasa aku kat sana.. telur setengah masak, nasi lemak 70 sen, roti bulat, teh ais.. tambahan mee hoon 70 sen.. kami makan hingga kenyang.  Dah lama gak tak ke sini.. ada le dalam setengah tahun kot.. cam tak cukup je telur setengah masak tu..



Sebenarnya takde apa nak dilawat kat sana.. cuma lepaskan hajat naik keretapi.. kami menghabiskan masa dengan bersiar-siar di little india. 


Dalam pukul 2.00 perjalanan pulang ke Kempas.  Masa pulang keretapi tak ramai orang.. so.. aku dengan gaya bebas orang keletihan..... tidur le.. 2 kerusi untuk aku sorang... umairah dengan bapanya... Syukur kerana dapat menunaikan hajat mertua yang tak pernah naik keretapi.. maklumlah ke benut mana ada jalan keretapi...

No comments: