Diriku ini..

Dilahirkan dan dibesarkan di Kulai. Meneruskan kehidupan dengan mencari sesuap nasi di Universiti Teknologi Malaysia. Memperolehi tempat berteduh di Taman Universiti, Skudai, Johor. Memayungi dua orang puteri berusia 8 tahun yang bergelar ANIS UMAIRAH dan 3 tahun bernama AMNI QAIREEN. Amat gilerr membaca novel dan amat gemar berjalan-jalan mencari pengalaman dan makanan.



Monday, August 23, 2010

Lambaian shopping di Nilai

Habis je Minggu Transformasi Mahasiswa aku terus mengatur langkah ke Nilai. Ada niat gak nak shopping walaupun duit kat tangan tak banyak.  Jengah sana jengah sini dapatlah sehelai kain ela berwarna hijau. 

Sebenarnya aku ke Nilai hanya persinggahan sebelum ke Port Dickson untuk menghantar en. mat dan kak tie yang berpindah ke Taman Dato Samad.  Bertolak dari Taman U awal pagi.. kul 6.15 aku dah keluar.. dan tiba di Bukit Besar pukul 7.15. Diorang pun belum berkumpul.. so kenalah tunggu diorang.  Perjalanan kami berhenti breakfast kat Machap.  Aku pekena nasi goreng jer.  Perjalanan diteruskan hingga tiba Nilai dalam kul 1.00 tengahari.  Pukul 4.00 tepat kami keluar dari Nilai dan terus ke PD.  Di PD hanya lawatan ke rumah kak tie yang besar tu.  Puas hati dapat rumah camtu.  Pukul 6.00 bertolak balik dan tiba di Kulai dalam kul 10.00 malam.

Esok kerja beb...

No comments: