Diriku ini..

Dilahirkan dan dibesarkan di Kulai. Meneruskan kehidupan dengan mencari sesuap nasi di Universiti Teknologi Malaysia. Memperolehi tempat berteduh di Taman Universiti, Skudai, Johor. Memayungi dua orang puteri berusia 8 tahun yang bergelar ANIS UMAIRAH dan 3 tahun bernama AMNI QAIREEN. Amat gilerr membaca novel dan amat gemar berjalan-jalan mencari pengalaman dan makanan.



Monday, January 24, 2011

Pulau Mutiara episod 2

Pulau Pinang episod 2.. 2nd trip aku bawa orang seramai 13 orang.  Naik van tapi bertukar pemandu.  Kali ni lebih happening sebab aku gi dengan orang2 yang lebih kurang sebaya ngan aku.  Cuma diorang lebih muda.. aku lebih tua dan my best friend nani.

Perjalanan semua under control.. cuma ada tempat yang berbeza.. dan orang war muzium, tokong ular dan jeruk pak nasir dah mula mengenali diri aku.  TQ encik2 n mak cik2 yang sudi melayani aku.

Kali ni aturcara lebih menyenangkan aku dan semua orang.  First aku breakfast di astaka.. pekena nasi lemuni... first time merasa dan mendengar nama tu.  Not bad.. ada char kuew tiaw.. ada serabai.. ada sandwich special.. dan macam2 lagi.  Singgah kat pasar jap mencari papadom size besar..  then terus bawa diorang menyopping kat lorong kulit.. aduhhh.. nani dah teruja.. aku beli pisau rm1 je. diorang nampak seronok.. diteruskan dengan rumah p. ramlee.. cucu cicit p ramlee mula meneliti. membelek apa yang patut di rumah dan di geleri p. ramlee..  Diorang nampak xcited. Stereng van sterusnya ke war muzium.. bagi bahang sikit pada diorang... naik tangga turun tangga... letih... aku melepak je kat luar.  Sesudah melihat tugu peninggalan british... diorang di bawa melihat sejenis reptilia.. ular sudah menunggu.. disambut oleh ular sawa emas di tokong ular.. cantik sebab penjaga tiket kat tokong ular pun dah mengenali diri aku.. masuk free... wowww.. ada show.. ular ni mcam perempuan.. kalo kita ganggu dia marah.. kalo tak diusik.. ular tak buat apa2 pun.. dan ular ni oku... takde kaki tangan dan pekak... king cobra plak... 45 minit kalo tak bawa gi general hospital.. kena bawa dia gi kubur.. kasi tanam sama orang yang kena patuk tu.  Sebelum dihantar ke hotel... peserta di bawa menikmati mee udang di Juru.  RM16.00 mee udang ketam 1 mangkuk.. tapi marveless. Perjalanan pergi di bawa menaiki van melintasi jambatan pulau pinang.. dan perjalanan pulang menaiki feri.. hampir maghrib kami dah tiba hotel berhampiran batu feringgi


rumah dan geleri p. ramlee di jalan p ramlee... diorang teruja melihat jiran2 p. ramlee

war muzium.. lepak kat luar je.. yang kat dalam pasti tak berubah dalam tempoh 1 minggu


pekena mee udang + ketam. rasa okey... sesuai dengan selera. muzir pekena nasi goreng udang
Malam di batu feringgi semua orang tahu tentang ke'happenning'nya.  Sampai lenguh le kaki berjalan menyusuri deretan kedai. Sampai bilik semua aku siap mandi manda.. panas bagi orang macam aku ni.. xxxl size.  Malam ni aku jumpa orang silver di situ.. teruja...

sekitar batu feringgi.. aku dan my best fren.. orang silver
Esok 9.30 muzir dengan janji cinanya dah tiba kat hotel... tq muzir.. akak boleh bagi cemerlang untuk awak... diteruskan dengan ke penang road.. sesi diorang menyopping jeruk.. n tq pak nasir sebab memberi sepeket jeruk pada tour leader.  Aku tak sempat nak breakfast kat hotel.. so aku pekena char kuew tiaw.. besst... Last lawatan ke puncak di balik pulau.. di tanjung bunga sesi lawatan dalam van je.. sebab panas.. di puncak just snap2 gambar n lepak2 sambil minum.. okey gak sebab nampak penang hingga ke laut. Kata muzir kalo cerah dari bukit bendera boleh nampak medan.. tapi masih under contruction... kitorang singgah makan sebelum balik ke airport.. nasi kandar kayu le...


jeruk pak nasir.. orang melayu ada sijil halal.. dan yang penting boleh rasa2 dulu sebelum membeli

di puncak balik pulau.  view cantik
kira trip ke2 ni ada penambahbaikan dari trip pertama.. aku tolak butterfly farm.. tapi aku tukar dengan juru n balik pulau.. hopefully diorang puas hati.. tq muzir n nani dan peserta yang menyertai penang trip 2
Dalam feri.. alunan air.. dan peserta trip 2

No comments: