Diriku ini..

Dilahirkan dan dibesarkan di Kulai. Meneruskan kehidupan dengan mencari sesuap nasi di Universiti Teknologi Malaysia. Memperolehi tempat berteduh di Taman Universiti, Skudai, Johor. Memayungi dua orang puteri berusia 8 tahun yang bergelar ANIS UMAIRAH dan 3 tahun bernama AMNI QAIREEN. Amat gilerr membaca novel dan amat gemar berjalan-jalan mencari pengalaman dan makanan.



Wednesday, January 19, 2011

pulau mutiara episod 1

Bermula tahun baru maka bermulalah kerja part time aku... berjalan-jalan dan meronda-ronda.. tahun ni aku mulakan dengan meronda 1 pulau pinang untuk 3 minggu berturut2.  Seronok.. tapi terpaksa tinggalkan umairah yang semakin membesar dan meninggalkan mengajar iqra' untuk dia.  Nasib baik setiap minggu hanya 1 malam aku tinggalkan dia sebab pakej kali ni 2 hari 1 malam

1ST TRIP

Aku bawa 13 orang,  Sarat gak van tu.  Amin (student phd usm merangkap driver).  Baik orangnya... (amin.. kak ita promote awak ni).  Pepagi seawal jam 7 aku dah tunggu customer.. nasib baik kali ni aku datang lebih awal dari diorang.. pastu terus collect ic.. senang takde nak check in beg.. semuanya berjalan lancar.. n flight pun datang awal.. so kami fly on time.. cuaca pun okey.. so kurang gegaran.. i likeee...

Tiba sana kami terus breakfast.. cari tenaga untuk berjalan... then ke tokong ular.. besar-besar gak ularnya.. tapi takdelah banyak sangat.. kira sesuailah dengan harga masuk untuk rakyat malaysia semahal rm3.00.  Trip diteruskan dengan lawatan ke muzium perang.. bila pergi war muzium teringat kat vietnam.. lebih kurang.. tapi vietnam punya lagi teruja.. tapi not badlah.. tiket masuk mahal bagi aku.. rm20.00 seorang.  Lupa plak.. masa kitorang tiba.. ada satu lawatan dari kerajaan negeri perlis.. raja muda perlis melawat.. so kerusi2 kat situ tak boleh sandar.. sebab diorang tengah varnis n kitorang terpaksa menunggu diorang kehadapan baru kita boleh follow dari belakang.  Aduhh.. berpeluh aku kat sana.. terpaksa turun naik tangga... keluar dari sana.. lawatan diteruskan ke damar laut.. just perkampungan nelayan.. takde yang menarik. Masuk semula ke van.. kami dibawa ronda2 pulau pinang.. ke queenbay yang besar tu.. (just ronda dari luar), cari tempat makan menarik, solat ke masjid usm, dan rumah p. ramli.. mengembalikan nostalgia anak wayang kepada aku.  Toleh kiri kanan.. ohhh.. inilah jiran2 p. ramlee.  Aku tengok macam diorang dah lemah.. maklumlah sesi lawatan.. aku naikkan sikit semangat diorang dengan membeli belah di Penang Road.. pasar chowrasta.. wahhh.. diorang segar je. Aku cuma beli tudung dan jeruk pak nasir.  boleh merasa2... tapi janganlah ambil keputusan untuk melantak plak.  Hari pun beransur petang dan kami terus ke batu feringgi untuk ke teluk bahang... butterfly farm.. harga mahal.. tapi okey gak sebab banyak rama2nya.

Pelbagai spesis ular.. snake tample

Snake Tample dan war muzium rombongan dari kerabat perlis

Rumah P. Ramlee.. jejaka tinggi lampai lagi berjerawat.. aduh detailnya bab muka.. best.. at least aku tahu P. Ramlee memang suka melawa.. tengok cermin antara 30 - 45 minit.. aku boleh bersiap dalam 30 minit je.. bukan tengok cermin 30 minit..

Butterfly farm... mahal.. RM18.00.. cam tak berapa berbaloi jer

Jalan Penang
Pintu masuk dan masjid USM.. tumpang sembahyang..

Malam... aktiviti di Batu Feringgi.. happenning.. aku makan laksa. aduhh.. tak kenyang.. tambah dengan pasembor sambil menonton ajl.. last2.. ajl kemana.. aku hanyut di buai mimpi...zzzzzzzzzzz

Kemeriahan di Batu Feringgi... tak beli apa2.. just wash my eyes
Esok.. kul 9.30 amin ambil.. kami di bawa ke lorong kulit.. ada barang seringgit.. aku beli pisau.. get ready untuk memasak.. cehhh.. cam rajin je.. selepas tu sambung ke pasar chowrasta dan lebuh cambel.. (jalan Kuala Kangsar).. aku ronda2 je dan beli RM38.00 jeruk pak nasir.. untuk teman2.. puas berjalan aku ambil kesempatan makan2.. cucur udang. cendol dan teh ais... sedappppp... pastu kitorang melintasi laut dengan feri ke tanah besar. Tiba seberang perai.. aktiviti lunch.. dan pusing balik menggunakan jambatan.. teringat kenangan kat hong kong.. dimana aku melintasi dari szenzhen ke hong kong..  tiba terus ke masjid sebelum ke airport

Lorong Kulit.  Pelbagai barangan lama dijual

melintasi antara pulau pinang dan main land

Ahhhhhh!!! ada peristiva menyayat hati.. yang tu biar aku dan ahli rombongan serta orang terdekat yang tahu... tiba kat senai dah jam 6.00 penat.. thanks dar kerana sudi mengambilkan makcik ko yang baik hati ni..

jumpa next trip... 2nd. trip ke pulau pinang..
ada sedikit perubahan dari segi tentetif...


INFO PULAU PINANG...

Pulau Pinang juga dikenali sebagai Mutiara Timur merupakan salah sebuah pulau yang terindah dan paling romantis di Asia. Pulau tropika ini terletak di Lautan Hindi di bahagian barat laut Semenanjung Malaysia.

Pulau Pinang mendapat namanya dari pokok pinang yang tumbuh melata di pulau tersebut pada suatu masa dahulu. Pulau ini diasaskan sebagai pusat dagang British yang pertama di Timur pada tahun 1776 dan kini merupakan kotaraya yang mencerminkan gabungan unik timur dan barat.

Pulau Pinang terdiri dari dua kawasan utama iaitu pulau dan sebidang tanah di tanah besar yang dikenali sebagai Seberang Prai. Jambatan Pulau Pinang merupakan sebuah jambatan terpanjang di Asia yang berukuran 13.5 km menyambungkan Pulau Pinang dengan tanah besar Semenanjung. Pulau Pinang juga boleh dihubungi dengan perkhidmatan feri terus ke tanah besar.

Bandar Georgetown merupakan ibunegeri Pulau Pinang yang dipenuhi dengan sejarah dan warisan tetap menyerlahkan kemajuan dan pembangunan. Terdapat beberapa tempat yang menggambarkan suasana zaman silam di bandar ini seperti jalan yang sempit, beca, kuil-kuil Hindu serta para penjaja yang menjual barangan mereka - pemandangan yang seolah-olah tidak pernah berubah sejak dahulu lagi. Pulau Pinang merupakan destinasi sesuai bagi mereka yang gemar membeli-belah mencari barangan lama mahupun yang baru, kesemuanya pada harga yang amat murah.

Di sini juga para pelancong berkesempatan mencuba sajian-sajian makanan yang paling lazat di rantau ini yang merangkumi masakan Cina, Melayu, Nyonya dan pelbagai makanan gerai seperti nasi kandar, char kway teow dan laksa Penang yang kesemuanya dimasak dengan gaya yang unik.

Selain itu, bandaraya George Town, Pulau Pinang, turut disenaraikan dalam tarikan Warisan Dunia UNESCO pada 7 Julai, 2008. Sebagai usaha promosi, Forum Pelancongan ASEAN (ATF) telah memperkenalkan pakej Warisan Dunia UNESCO 1-2-3 yang merangkumi tapak Warisan Dunia di George Town (Pulau Pinang), Melaka dan Borobudur (Indonesia).

No comments: