Diriku ini..

Dilahirkan dan dibesarkan di Kulai. Meneruskan kehidupan dengan mencari sesuap nasi di Universiti Teknologi Malaysia. Memperolehi tempat berteduh di Taman Universiti, Skudai, Johor. Memayungi dua orang puteri berusia 8 tahun yang bergelar ANIS UMAIRAH dan 3 tahun bernama AMNI QAIREEN. Amat gilerr membaca novel dan amat gemar berjalan-jalan mencari pengalaman dan makanan.



Wednesday, June 8, 2011

CUTI...!!!!

Seronoknya gi kerja minggu lepas dan minggu ni... bukan apa... almaklumlah sekarang cuti sekolah.. so ramailah ibubapa yang mengambil kesempatan untuk bercuti.  Itu yang seronoknya... bila ramai yang becuti terasa opis aku lengang sikit.. dan yang paling cantik mahasiswa pun bercuti.. wahhh.. berganda seronok.. ditambah plak dengan bos aku yang bercuti.. triple seronoknya. Yahooo...!!!!

So.... minggu lepas dan 2 hari ni.. bolehlah meluruskan tangan aku di tempat kerja.. dan membesarkan mulut aku dengan sangap.. waaaa... dan sesekali mengeliat meluruskan tangan... (bila mengeliat ni... tangan aku keluar dari patisyen.. dan ada sorang yang tak sayang mulut boleh kata tangan aku tu macam paha).. buta apa... ? tapi itulah kenyataan kot.. tangan aku macam paha dia.. 

berbalik semula pada cuti.. actually bos aku ada ke takde ke.. lebih kurang sama (tapi lebih suka dia bercuti).. dan esok dia mula naik kerja.. jadi hari ini dengan penuh dedikasi aku betul2 meluangkan masa, tenaga dan sepenuh perhatian untuk membereskan kerja-kerja.  Alhamdullillah.. 15 minit sebelum pulang kerja settle... itulah aku.. suka buat kerja last minute.. aku tak rasa aku sorang macam ni.. 

Cuti??? Aku memang tak cuti.. tak gi mana2.. anak pun belum sekolah lagi.. so takde problem nak berjalan bila2 masa.. dan time cuti ni aku rasa cam sibuk sikit kat luar tu...  lepas raya nanti aku baru bercuti..

selamat bekerja untuk semua.. gunakan masa yang terluang dengan sebaiknya.

No comments: