Diriku ini..

Dilahirkan dan dibesarkan di Kulai. Meneruskan kehidupan dengan mencari sesuap nasi di Universiti Teknologi Malaysia. Memperolehi tempat berteduh di Taman Universiti, Skudai, Johor. Memayungi dua orang puteri berusia 8 tahun yang bergelar ANIS UMAIRAH dan 3 tahun bernama AMNI QAIREEN. Amat gilerr membaca novel dan amat gemar berjalan-jalan mencari pengalaman dan makanan.



Friday, December 23, 2011

selamat tinggal.. 2011

7 hari lagi nak tinggalkan 2011. apa dah aku buat sepanjang tahun 2011?  apa pembaharuan.. perubahan 2011?  rasanya aku dah lalui 2011 dengan 1000 kenangan, 1000 keazaman.. walaupun yang tercapai hanya 10... hehehe.. bersyukur tercapai gak.. kira ada gak le daripada takde...

Paling aku suka tahun 2011.. aku dapat menjejakkan kaki ke tanah suci.. itu pengalaman terbesar dan memori terindah dalam hidup aku.. dapat melihat kaabah, hajarul aswad, raudhah, masjid nabawi dan semua tempat2 sejarah di tanah suci, tanah haram... alhamdullillah.  Syukur banyak2 ke hadrat allah kerana menyempurnakan hasrat hati aku.. 2010 dulu.. aku nak sangat rasa musim sejuk... syukur aku dapat ke beijing musim sejuk.. Tapi tahun 2011 ni macam tak banyak sangat ke luar negara.. aku hanya ke vietnam, bahrain, mekah dan manila.

Dari segi keluarga... takde tambahan.. anak kekal 1.. rumah dan kereta pun tak bertukar.. yang tu aje.. cuma tambahan lagi 2 orang anak saudara.. yang besar panjang.. (anak sedara berkahwin) .. khairul azmi dan tambah anak sedara kecil (anak cik li.. adib debab).  Kewangan??? biasa je.. dapat gaji bayar sana sini.. dan dapatlah ciput untuk berhibur.

Fizikal.. tahun lepas gak aku mengikuti kursus healthy living.. adalah gak turun.. tapi sekarang ni..ilmu penuh didada.. cuma tak praktikal je... insyaalah 2012... azam yg tu berterusan..

Moga aku terus diberi kesihatan yang baik, berbahagia di samping keluarga dan dapat menjalankan kehidupan untuk hari mendatang dengan lebih baik lagi.  Insyaallah.

No comments: