Diriku ini..

Dilahirkan dan dibesarkan di Kulai. Meneruskan kehidupan dengan mencari sesuap nasi di Universiti Teknologi Malaysia. Memperolehi tempat berteduh di Taman Universiti, Skudai, Johor. Memayungi dua orang puteri berusia 8 tahun yang bergelar ANIS UMAIRAH dan 3 tahun bernama AMNI QAIREEN. Amat gilerr membaca novel dan amat gemar berjalan-jalan mencari pengalaman dan makanan.



Friday, December 23, 2011

selamat datang 2012

Pejam celik pejam celik 2012 semakin hampir... ada tak benda yang tertangguh untuk dilaksanakan.. apa ya??? ooohh.. bersedia untuk besday my best fren azura abu bakar yang akan menyambutnya pada 26 disember .. besday ratna aisah pun baru berlalu pada 15 disember hari tu. apa ya nak bagi zura...??? 

Azam 2012?? azam lama aku perlu teruskan.. jaga kesihatan dan banyak bersenam.. kurangkan makanan manis, berlemak dan makan beras perang.. hehehe.. azam seumur hidup tu... cuba berjimat cermat... memperbanyakkan amalan kepada allah.. sembahyang jangan tinggal ya... tambah anak???? hehehe.. dah tua baru nak tambah anak... nak buat camna... insyaallah kalau ada rezeki...

Hobi yang perlu diteruskan... gi jalan-jalan.  Yang ni memang i like.. destinasi yang dah ada dalam akaun air asia aku... tunggu waktu je.. bulan januari dimulakan perjalanan dalam negara.. ke kuching bersama kelab apa ya.. pengurus felda.. dari air tawar 1 -5, semenchu., simpang waha dan bukit aping..... 

bulan februari jakarta bandung. bersama krew2 anpec global dan kuching bersama ibu dan bapa mertua ku.. 

Bulan mac korea.. aduh.. akhir-akhirnya aku memang dah terpengaruhi dengan drama korea dan cinta aku kat winter sonata tak hilang pun.. full house dalam ingatan.. dan all about eve tetap dalam kenangan.  Lagipun dah rezeki.. ada orang belanja.. janji saya pada orang yang belanja.. saya bersedia berkhidmat untuk awak kat sana nanti.. tapi awak sekeluarga.. saya berseorangan je.. tapi itu bukan halangan untuk saya menguruskan perjalanan anda.  Perjalanan dalam negara aku akan ke sabah saja-saja merambu.. dan ke kl.. temankan orang tua sidah jalan2 naik flight.


Bulan april bangkok.. kali ke 2 gi.. so tak teruja sangat.. cuma nak menjengah chatuchak market.. bawalah diorang gi floating market.. jengah wat.. dan jalan2 sekitar bangkok.. aku tak bawa gi pattaya.. zoo, safari dan tempat2 yang aku gi dulu.. travel sendiri.. tak ambil agent kat sana..



bulan mei jakarta bandung lagi... cehhh.. macam kampung halaman plak dan macam ada bisnes besar-besar plak selalu ke sana.. pastu ke kuching ramai2 dengan family aku.... gi rumah cik li le

bulan jun rehat... bulan julai melbourne, australia... yesss... alhamdullillah tiket dah beli.. tunggu waktunya walaupun lama lagi.. aku memang nak gi negara orang putih.. moga2 ada rezeki aku ke sana.. kira kaki sebelah dah ke sana le.. bulan julai puasa.. bulan ogos raya.. melepak kat rumah le..




Wahhh.. bila tengok perjalanan aku tu... kena guna banyak duit tu.. terpaksalah berjimat cermat... boleh ke aku ni??? Tahun depan gak anak kesayangan aku akan menjejakkan kaki ke sekolah tadika indah ria... untuk pembelajaran anak aku memang rela spentkan gaji.. itu tanggungjawab.. dan mudah-mudahan adalah rezeki aku untuk menimang cahayamata.. (walaupun bukan dari perut aku).

No comments: