ALHAMBRA DI GRANADA
Setelah puas merondo cordoba kami meneruskan perjalanan ke Granada. Tak pernah dengar pun negeri tu sebelum ni.. aku tahu sepanyol.. madrid.. bila nak gi baru le google2.. dibawah empayar andalusia gak.
Dari Cordoba ke Granada kami melalui jalan kampung aje.. tak ikut highway.. wahhh.. pemandangan di kiri kanan penuh dengan pokok zaitun. Kalau kat malaysia dah tentu penuh dengan ladang sawit. Jalannya sangat okey dah sangat tak sibuk. Cuma kalau aku yg drive.. alamatttnya lambat le sampai.. berbukit gak.. dah le drive blah kiri.. confirm kekok.
Yang bestnya tengok perkampungan tu kat atas bukit.. nampak cantik.. dah akhirnya kami lalu juga kat tepi kampung tu.. dan dah pasti le cantik. Sesekali menjelajah tempat orang.
|
lalu tepi bukit bukau.. jalannya cantik dan pemandangannya indah.. tapi kerana hp aku kurang mahal.. kurang le mutu gambarnya
|
|
luruh sudah.. winter timbul |
|
agak jauh gak ikut jalan lama dari cordoba ke granada |
|
pekan koboi ala2 pekan layang-layang jer.. kulai pun lebih besar |
|
laluan ke granada |
|
laluan keretapi diatas tu |
|
mula masuk ke granada |
Alhamdullillah sebelum malam menjelma kami dah masuk ke Granada. Cantik.. memang macam negara omputeh walaupun satu ketika dulu
dibawah taklukan islam. Mencari-cari hotel yang telah dibooking..
memang bebetul di tengah bandar.. tengok dari tingkat.. indahnya minah n
mat salleh melepak minum coffee.
|
hadapan hotel |
|
borak-borak |
|
bangunan di granada |
Malam tu ronda2 melihat keindahan Granada dan esok pagi kami akan ke alhmabra.
|
demi perkataan granada |
KISAH ALHAMBRA
Sebelum berkunjung ke Alhambra, aku ada gak baca2 tentang istana yang hilang ini. Yang aku risaukan dia terletak di atas bukit.. kena mendaki tu.. tapi takpe.. cuaca yang sejuk membolehkan aku untuk naik bukit tu... insyallah
|
mendaki bukit dipagi hari |
|
laluan yang masih berkabus |
|
pendaki-pendaki menuju ke alhambra |
|
peta |
|
syoknya kalo dapat naik ni.. tapi kami naik yang lagi satu |
Alhambra, sering juga dijuluki
"Istana yang Hilang" atau "Kejayaan yang Sirna". Alhambra yang terletak
di Andalusia (nama yang diberikan umat Islam untuk Spanyol) menyimpan
rekaman sejarah kehebatan ilmu pengetahuan, karya sastra, seni dan
arsitektur umat Islam. Bahkan Cordova, wilayah dimana Alhambra berdiri
disebut sebagai puncak kecemerlangan ilmu pengetahuan Islam, di saat
Barat sedang dalam Abad Kegelapan.
|
mula menuju ke istana |
|
dah mula teruja |
|
tak ingat dah ruangan apa.. banyak no ruangan kat sni |
|
ni le singanya.. ada 12 ekor.. dan mengeluarkan air pancut |
|
taman kat bawah.. sejuk mata memandang |
|
kota granada dilihat dari istana |
SEJARAH ALHAMBRA
Kedatangan islam di Sepanyol bermula apabila seorang Gabenor yang memohon kepada raja muda Afrika untuk merdekakan andalusia kerana kekacauan. Raja Muda itu memerintahkan Thariz bin Ziyad seorang panglima untuk mengunjungi tanah Andalusia. Tariq pun datang pada tahun 711 dan bala tenteranya telah mengalahkan kaum kristen. Oleh itu berdiranya kerajaan islam di Sepanyo. dari tahun 711 hinga 756 iaitu dibawa Bani Umayyah.
Istana Alhambra ini didirkan oleh Bani Ahmar iaitu bangsa yang berasal dari Afrika Utara iaitu kerajaan Islam terakhir yang berkuasa di Andalusia pada tahun 1238 secara bertahap-tahap. Memang istana ni besar giler.. naik lenguh kaki berjalan.
Selama 260 tahun kerajaan islam bertahta, dan akhirnya terjadi perselisihan dan sengketa hingga akhirnya kerajaan islam ini mula lemah ditangan 2 kerajaan kristen dari utara. Granada ini telah dikepung selama 7 bulan dan merupakan negeri yang terakhir diserahkan oleh Bani Ahmar kepada Raja Ferdinand V dihalaman Istana Alhambra. Sebelum ini Raja Ferdinand V (kristen) telah dapat menguasai kota lain seperti Malaga.
KEINDAHAN ALHAMBRA
Istana di lengkap dengan bunga yang harum semerbak dan suasana yang nyaman. Ada 128 tiang yang diperbuat dari marmar. Ada plak taman singa dimana 12 patung singa yang berbaris melingkar dan air keluar dari mulut singa tersebut. Macam2 ruang ada di dalam istana.. almaklum le.. dah namanya istana.. kalau rumah 3 bilik.. ada ruang makan, ruang dapur, ruang tamu dan masih banyak hiasan kaligrafi arab didalam istana ni. Kira penat gak setengah hari menjelajah Alhambra. Sebenarnya banyak lagi nak digambarkan keindahan alhambra ni.. tapi dah lebih sebulan baru nak mengarang.. memang sure le banyak yang lupa.. bukan aje termakan semut.. kerengge pun aku telan
|
laluan masuk tadi yang depan |
|
cantik ruangan ni.. |
No comments:
Post a Comment