Diriku ini..

Dilahirkan dan dibesarkan di Kulai. Meneruskan kehidupan dengan mencari sesuap nasi di Universiti Teknologi Malaysia. Memperolehi tempat berteduh di Taman Universiti, Skudai, Johor. Memayungi dua orang puteri berusia 8 tahun yang bergelar ANIS UMAIRAH dan 3 tahun bernama AMNI QAIREEN. Amat gilerr membaca novel dan amat gemar berjalan-jalan mencari pengalaman dan makanan.



Tuesday, January 26, 2016

MT15 EPISOD 7 - CORDOBA

CORDOBA

Huh.. menyambung hari berikutnya.
Pagi ni dah mula keluar.. berjalan kaki sahaja
Jumpa kedai makan yang tak berapa mencurigakan..  kami breakfast dulu
Menyimpan tenaga untuk perjalanan ke lokasi
biskut pintal.. agak keras.. last2 aku buang jer
makan dulu cari tenaga sebelum lawatan.. baru cergas biji mata n minda


ada daun yang kuning.. dan ada yang dah luruh.. musim winter
ala2 nasi.. tapi not bad.. tengah lapar
daun-daun luruh di tepi jalan.. berhampiran hotel

breakfast kita 
 


tiba sudah dihadapan masjid/gereja.. tunggu bos beli tiket masuk


lorong menuju ke tempat lawatan.. kecil jer lorongnya


tetap dengan pokok limau

disebalik tiang sebatang
 
lihat senibinanya





akhirnya aku disini... tak pernah berangan nak ke sini..

ita di cordoba


kat luar dengan mizan




bukan rumah aku






menuju ke pintu masuk













sekadar hiasan rupanya






pemandangan didalam perjalanan



taxi

zara.. jom shopping











ayat suci












pintu gerbang

sila order.. en. rashid bayar

cantik2 gambar ni

poscard untuk anis umairah




i like sendok2 ni..

Dalam perjalanan banyak betul pokok limau.. tapi dah tak heran dah
Dan dalam perjalanan berjumpa plak pelajar malaysia dari uk
Dan akhirnya aku mengejar fridge magnet dulu le kat cordoba ni.. cantik2.. tapi bila dah beli.. tengok kedai souvenir yang lain ada yang lebih murah.. aduhhh.. ruginya makcik... 

Salah satu daya tarikan di Cordoba ialah Masjid Cordoba atau kini digelar Mezquita-Catedral de Cordoba. Terpegun gak aku bila masuk.  Tiket nak masuk ni auro34.. kira dalam lebih kurang rm160.. mahal giler ekkk.. tapi bukan selalu.. mungkin ini pertama dan terakhir aku ke sini. 

Masjid Cordoba terletak di ibu kota Sepanyol iaitu Cordoba semasa pemerintahan dinasti Umayyah Khalifah Abdurrahman III pada tahun 787. Pada 1994, Masjid Cordoba telah ditetapkan oleh Unesco sebagai salah satu tempat peninggalan yang sangat bersejarah dan penting di dunia. Di dalam masjid ini terdapat lebih kurang 850 tiang yang tersusun rapi yang menopang kemegahan masjid tersebut. Setelah Reconquista atau Penaklukkan Kembali Spanyol oleh kaum Kristen, masjid ini diubah fungsi menjadi sebuah gereja dengan katedral gotik yang dimasukkan ke tengah gedung berarsitektur Moor ini. Sekarang keseluruhan gedung dipakai sebagai gedung katedral diosese Córdoba di Spanyol. Tapi masih terdapat ayat-ayat suci al-quran yang diukir didinding-dinding.  Pada saat pemerintahan Umayyah, Cordoba menjadi ibukota Spanyol di bawah pemerintahan khalifah Islam dan terkenal di Eropa. Cordoba pada saat itu juga dikenal sebagai pusat ilmu pengetahuan, di mana volume kunjungan ke perpustakaannya mencapai 400.000 kunjungan.  (curi dari google.. boleh gitu)
Penat dah meneliti senibina kat Mezquita yang bermaksud masjid dalam bahasa sepanyol.. kita orang melepak jap sampai menjeling-jeling souvenir.. terpikat plak kat senduk yang dilukis dengan keindahan cordoba.. apalagi.. sambar gak le 5 senduk.  Perkataan sepanyol selain senorita ialah salida yang bermaksud keluar..

Keluar dari gereja dan jalan ke belakang terdapat jambatan dalam cerita suria di cordoba tu
Bergambar2 di sekitar jambatan.  Menurut citenya... jambatan bersejarah ini telah dibina oleh kerajaan Islam pada 14 abad yang lalu... ianya menjadi kebanggaan Islam ketika itu ...

Perjalanan pulang kami menikmati makan tengahari.  Kelaparan u.. aku makan pizza.. i like.. dan kemudian kami meneruskan perjalanan ke Granada.. yang pasti ikut jalan kampung.. tak ikut highway.. camna ha...

No comments: