Balik dari Balkan setahun yg lalu aku meneruskan tour ke Bangkok.. memang dah lama gak teringin nak ke Lopburi untuk melihat kembangnya matahari. Alhamdullilah allah permudahkan urusannya.
Detailnya gini:
Hari 1: (MM) – 19 DISEMBER 2019
JOHOR BAHRU – BANGKOK
Peserta dikehendaki berada di Lapangan Terbang Senai pada jam 3.00 petang untuk penerbangan ke Bangkok pada jam 5.05 petang. Dijangka tiba di Lapangan Don Mueang International Airport, Bangkok pada jam 6.25 petang (Waktu Bangkok lambat 1 jam dari waktu Malaysia). Setiba disana akan dibawa ke Pasar Malam. Setelah itu dibawa untuk menikmati ‘light dinner’ dan check in hotel.
Dapat le ke pasar malam
HARI 2: (S/MT/MM) –
20 DISEMBER 2019
BANGKOK
– LOPBURI - KHAN NA YAO
Sarapan pagi di hotel
dan bertolak ke Lopburi untuk melihat keindahan ladang bunga matahari yang
sedang mekar dan dibuka dari bulan November sehingga Januari sahaja setiap
tahun. Perjalanan ke Lopburi lebih
kurang 3 jam (Diminta untuk keluar awal pagi).
Setelah itu akan dibawa ke Chocolate Ville restoran
terbuka dengan konsep bangunan dan landskap yang seperti ala-ala di
perkampungan Eropah
Hari 3 : (S/MT) –
21 DISEMBER 2019
BANGKOK – CHATUCHAK
MARKET - MAEKLONG RAILWAY - FLOATING MARKET
Selepas sarapan pagi, peserta di bawa ke Pasar Hujung Minggu Chatuchak yang dibuka hanya pada hari sabtu dan ahad. Pasar Chatuchak merupakan pasar terbesar di Thailand yang mempunyai lebih daripada 8,000 gerai, dibahagikan kepada 27 bahagian. Peserta boleh membeli pelbagai barangan disitu. Selepas itu dibawa ke Maeklong Railway Market dan ke Amphawa floating market iaitu antara pasar terapung yang popular dan menjual pelbagai cenderamata dan buah-buahan didalam sampan. Jam 4.00 petang akan dihantar ke airport untuk perjalanan pulang. Penerbangan adalah pada jam 6.55 petang (waktu Thailand) dan dijangka tiba di Johor Bahru pada jam 10.15 malam (Waktu Malaysia)