Diriku ini..

Dilahirkan dan dibesarkan di Kulai. Meneruskan kehidupan dengan mencari sesuap nasi di Universiti Teknologi Malaysia. Memperolehi tempat berteduh di Taman Universiti, Skudai, Johor. Memayungi dua orang puteri berusia 8 tahun yang bergelar ANIS UMAIRAH dan 3 tahun bernama AMNI QAIREEN. Amat gilerr membaca novel dan amat gemar berjalan-jalan mencari pengalaman dan makanan.



Thursday, December 3, 2020

BUNGA MATAHARI DI LOPBURI

 Balik dari Balkan setahun yg lalu aku meneruskan tour ke Bangkok.. memang dah lama gak teringin nak ke Lopburi untuk melihat kembangnya matahari.  Alhamdullilah allah permudahkan urusannya.


Detailnya gini:

Hari 1:  (MM) – 19 DISEMBER 2019

JOHOR BAHRU – BANGKOK

Peserta dikehendaki berada di Lapangan Terbang Senai pada jam 3.00 petang untuk penerbangan ke Bangkok pada jam 5.05 petang.  Dijangka tiba di Lapangan Don Mueang International Airport, Bangkok pada jam 6.25 petang (Waktu Bangkok lambat 1 jam dari waktu Malaysia).  Setiba disana akan dibawa ke Pasar Malam.  Setelah itu dibawa untuk menikmati ‘light dinner’ dan check in hotel.

Dapat le ke pasar malam 

 







HARI 2: (S/MT/MM) – 20 DISEMBER 2019

BANGKOK – LOPBURI - KHAN NA YAO

Sarapan pagi di hotel dan bertolak ke Lopburi untuk melihat keindahan ladang bunga matahari yang sedang mekar dan dibuka dari bulan November sehingga Januari sahaja setiap tahun.  Perjalanan ke Lopburi lebih kurang 3 jam (Diminta untuk keluar awal pagi).  Setelah itu akan dibawa ke Chocolate Ville restoran terbuka dengan konsep bangunan dan landskap yang seperti ala-ala di perkampungan Eropah 

 

























Hari 3 : (S/MT) – 21 DISEMBER 2019

BANGKOK – CHATUCHAK MARKET - MAEKLONG RAILWAY - FLOATING MARKET

Selepas sarapan pagi, peserta di bawa ke Pasar Hujung Minggu Chatuchak yang dibuka hanya pada hari sabtu dan ahad.  Pasar Chatuchak merupakan pasar terbesar di Thailand yang mempunyai lebih daripada 8,000 gerai, dibahagikan kepada 27 bahagian.  Peserta boleh membeli pelbagai barangan disitu.  Selepas itu dibawa ke Maeklong Railway Market dan ke Amphawa floating market iaitu antara pasar terapung yang popular dan menjual pelbagai cenderamata dan buah-buahan didalam sampan.  Jam 4.00 petang akan dihantar ke airport untuk perjalanan pulang.  Penerbangan adalah pada jam 6.55 petang (waktu Thailand) dan dijangka tiba di Johor Bahru pada jam 10.15 malam (Waktu Malaysia)













No comments: