UPDATE 2 TAHUN SELEPAS PROGRAM
2/12/2020
Inilah trip yang paling jauh saya handle.. customize sendiri tentatif.. gi tempat yang saya teringin nak pergi. Sebelum ni dah pernah ke London & Paris.. tapi ada beberapa tempat yang saya tak sempat nak cover.. so kali ni alhamdullillah dapat tengok dan dapat melalui liku2 perjalanannya.
6 DISEMBER 2020
HARI 1: JB - KLIA
Kami bertolak pagi dari Johor Bahru ke KLIA. Seperti biasa urusan untuk check in yg smooth dan kali ni memang nak merasai menaiki flight emirates. Boleh tahan juga harga time tu.. hampir 3k. Penerbangan dari KLIA ke Dubai pada jam 19.10 petang dan dijangka tiba di Dubai pada jam 10.30 malam waktu tempatan. Sampai Dubai sempat sembahyang maghrib dan isyak.. tapi ada seorang peserta sembahyang subuh... tengah mamai sebab dok tidur dalam flight le tu. Seterusnya meneruskan penerbangan dari Dubai ke London pada jam 2.50 pagi dan tiba di Garwick Airport London pada subuh hari iaitu 6.30 pagi.

7 DISEMBER 2018
HARI 2: DUBAI - LONDON
Hujan yang menyambut kehadiran kami di Kota
London. Dari situ kami menaiki bas ke Bicester Village. Time tu dah
rasa sejuk masa kat airport... dengan cuaca yang sejuk dan bertambah dengan
hujan yang turun. Dari airport terus ke Bicester Village.. pepagi
dah nak menyopping.. ok jer.. saya temankan org shopping jer.. yang pasti saya
gi makan noodle kat kiosk halal di situ.. cuma macam biasa sesi bergambar
jer. Dah puas menyopping kami meneruskan perjalanan ke Arsenal Stadium..
hujan pun masih turun... sejuk.. sama gak sesi bergambar.. (sayalah.. diorg
menyopping gak). Puas gak dapat tengok depan mata arsenal stadium.
Suasana dah mula nak gelap sebab time winter memang malamnya panjang dari
siang.. kul 4 @ 5 dah mula gelap macam malam. Sebelum ke hotel kami
sempat ke London Tower. Dari situ terus ke hotel iaitu euro hotel
wembley.. berhampiran stadium wembley
HARI 3: LONDON
8 DISEMBER 2018
Dah selesa dah dapat tidur yang sedikit lena.. tapi
jetleg.. tengah malam kat sana terasa lapar.. badan dah segar.. kami pun
meneruskan untuk meneroka kotaraya London. Pagi2 lagi kami dah bergambar
di hadapan Harrod.. gambar jer.. tak masuk pun. Seterusnya menikmati
breakfast di Malaysia Hall.. seronok ni.. baru 3 hari tinggalkan Malaysia dah
rindu nasi lemak dan teh tarik.. bertenaga untuk shopping di Bayswater...
antara kedai souvenir yang murah kat london ni. Singgah di bigben.. tapi
sayangnya big ben tengah renovate.. tengok sungai jer.. jadilah. Dari sini
dihantar ke Burmingham palace.. dok le gambar2 depan istana.. tempat yang saya
dah gi.. jadi kurang le excitednya. Penutup program london.. kami
dihantar ke Oxford Street untuk menyopping.. Primax le jadi sasaran. Time
tu buka langkah le sikit.. capai apa yang nak. Malam kami menginap
di The Carlton Hotel, Folkestone iaitu bandar yang berhampiran dengan Dover
(mudah nak melalui selat English) untuk ke meneruskan tour Europe.
Note: Driver sgt baik.. orang poland..
tinggi.. takde komen apa.. cuma dia tahu org malaysia ni.. shopping shopping
shopping
HARI 4: LONDON - BELGIUM
9 DISEMBER 2018
Pagi tu semua dah bersedia untuk meneruskan perjalanan menjelajah beberapa bandar di europe. Perjalanan menaiki feri dari Dover agak mudah.. feri sangat selesa dan boleh membeli belah lagi didalamnya.... tiba di Belgium kami meneruskan perjalanan ke Brusel. Suasana di Brusel yang penuh dengan kincir angin sepanjang jalan untuk penjanaan tenaga solar. Di Brusel kami terus ke Old Town. Time tu memang berlambak ler coklat yang sedap2 tu.. di situ juga terletaknya Hard Rock Brusel. Kira kat situ semua ada.. minyak wangi.. souvenir.. makanan halal pun ada. Kami bermalam di Companile Brussels Airport Zaventem Hotel.
HARI 5: BELGIUM - AMSTERDAM
10 DISEMBER 2018
Pagi tu kami dibawa ke mercu tanda Belgium iaitu
Atomium.. besi2 tu ler. suasana masih gelap lagi kami dah melawat ke
sini.. gambar pun kabur2 gitu. Seterusnya perjalanan di lanjutkan menuju
Amsterdam. Lawatan sehari di bandar amsterdam. Perkataan IAMSTERDAM
dah takde plak tu.. sedihnya... yg ada kat airport jer. Kami dibawa ke
Dam Square ni untuk membeli souvenir dan disini juga terletaknya Hard Rock
Amsterdam. Selepas makan tengahari di bawa ke Volendam iaitu sebuah
perkampungan atas air yang sangat indah. Aduhnya... cantiknya view kat
amsterdam ni.. jatuh cinta.. macam duduk di atas air jer rasanya. Kami
bermalam di Stayokay Arnhem
HARI 6: AMSTERDAM - GERMAN
11 DISEMBER 2018
Dari Arnhern kami dibawa menuju ke Heidelberg yang terkenal sebagai bandar universiti. Disini kami dibawa menuju ke Old Town. Ditepinya old town ni, sungai Neckar River mengalir dan jambatan yang terkenal di daerah ini. Diatas puncak bukit ada istana.. tapi memang tak gi le ke situ... dapat window shopping kat sini dah oke sangat... dan time tu ler plak turunnya hujan batu.. seketul2 ais kecil gugur. Penginapan kami Hotel Maurer Karlsruhe
HARI
7: GERMAN – SWITZERLAND
12 DISEMBER 2018
Perjalanan
hari ke 7 dari German ke Switzerland.. memang aku suka melihat keindahan
pemandangan di sini. Dari German kami meneruskan perjalanan ke
Lucerne. Aduhhhh seronoknya dberi peluang ke Puncak Mt Titlis yang
dipenuhi salji dan keindahan gunungnya. Inilah switzerland.. bila berada
di Titlis.. sejuk dan nyaman. Untuk ke puncak dapatlah merasa menaki
cable car yang rotate tu.. cable car tu akan berpusing untuk melihat
keindahan. Di atas gunung tu plak ada gua salji.. aduhhhh aku kandas
disitu.. rasa sejak nafas plak didalam gua salji.. terus keluar le mencari
heater dan menikmati makan tengahari.. kawan baik aku memang tak lupa kisah
ni... Malam tu kami bermalam di Lucerne iaitu Roesli Guest House.. selesa dan
di tengah bandar.. malam tu semua mengambil peluang untuk meronda... ronda2 nak
tengok pisau dan terjumpa kedai vietnam.. serai pun ada..
HARI
8: LUCERNE - INTERLAKEN
13 DISEMBER 2018
Seterusnya kami meneruskan perjalanan ke
Interlaken. View dari Lucerne ke Interlaken sangat superb.. giler cantik.. inilah
tempat yang aku ingin sangat nak gi iaitu Interlaken. Mengenali
Interlaken masa drama tiz zaqyah n Remy ishak.. masa tu memang pasang niat nak
tengok bumi allah di interlaken.. setibanya di situ awal pagi.. kami ke
supermarket dulu.. shopping coklat ler.. kelilingnya gunUng ganang.. wowwww
cantiknya.. ramai yang membeli jam. kat sini. saya macam biasa menyopping FM
jer.. kat sini toiletnya memang berbeza dengan tempat lain.. sesuai dengan
harga nak masuk tailet.. Alhamdullilah dapat ke sini.. tapi sayangnya kat sini
kedai halal semua tutup plak tu.. yg buka pun belum ready apa2.. so meneruskan
perjalanan ke Basel. Di basel kami ke bazaar krismas.. tak dapat gi masa
di Lucerne.. dapat gak singgah bazaar krismas di Basel. Disini kami
bermalam di Ibis Budget sangatlah selesa dan ditengah bandar.
HARI
9: INTERLAKEN –PARIS
14 DISEMBER 2018
Kami melanjutnya perjalanan ke Paris dan melewati
Banjaran Alps dengan tasik yang indah dan terus menuju ke Paris. Biasalah
disini kami dibawa ke Outlet dan terus ke Primax... giler lagi le menyopping..
memang menarik bakul lerr.. sampai petang le menyopping. Kami bermalam di
Premiera Classe Marne La Vallee
HARI
10: PARIS - DUBAI
15 DISEMBER 2018
Hari last di Europe.. di kota Paris.. hari ni plak
ada demonstrasi. So banyak gak tempat tutup.. lelagi jalan ke Hard Rock..
Kami dapat menyinggah beberapa tempat attraction jer Eiffel Tower dan Musee Du
Louvre Pyramid.. di Eiffel tower boleh ler menyopping sikit dengan org kulit
hitam.. jadilah.. kat luar musee pun bnyk kedai menjual souvenir..
shoppinglah hingga lebam. Awal kami dihantar ke Lapangan Terbang
Charles De Gaulle. Penerbangan dari Paris pada jam 21.35pm dan
dijangka tiba di Dubai pada jam 07.20am
HARI
11: DUBAI
16 DISEMBER 2018
Awal pagi kami tiba di Dubai iaitu pada jam 7.20
pagi. Selesai urusan keluar kami dibawa menaiki bas untuk melihat
keindahan Kota Dubai. Awal pagi dah menyopping kat kedai abaya.. kedai
souvenir.. menaiki bot ke old town.. sambung shopping.. pastu makan tengahari..
sedap nasi arabnya... sebelum balik dibawa ke pantai dan last sekali Burj
Khalifa. Kira sehari tour.. tapi agak puas hati. Malam flight kami
dari Dubai ke KLIA pada jam 9.35 malam dan dijangka tiba di Kuala Lumpur pada
jam 8.30 pagi.
HARI
12: DUBAI - KLIA - JB
17 Disember 2018
Alhamdullilah kami selamat tiba di KLIA lebih
kurang pada jam 8.30 pagi meneruskan perjalanan ke JB. Biasalah mesti
mengisi tangki perut dulu di R&R Seremban sebelum meneruskan perjalanan ke
JB.
HOME SWEET HOME

No comments:
Post a Comment