Diriku ini..

Dilahirkan dan dibesarkan di Kulai. Meneruskan kehidupan dengan mencari sesuap nasi di Universiti Teknologi Malaysia. Memperolehi tempat berteduh di Taman Universiti, Skudai, Johor. Memayungi dua orang puteri berusia 8 tahun yang bergelar ANIS UMAIRAH dan 3 tahun bernama AMNI QAIREEN. Amat gilerr membaca novel dan amat gemar berjalan-jalan mencari pengalaman dan makanan.



Wednesday, May 12, 2010

MIRI.. di tepian lautan











First time aku gi Miri sebab nak gi brunei. first impression.. rasanya bandarnya bersih. maklumlah tiba malam. Tiba je kat sana kami di jamu oleh keluarga wan yang ada kedai di muara sungai. TQ wan murah rezeki. Time makan nampak le kapal-kapal besar masuk kat muara sungai tu.

Hari Khamis kami menghabiskan masa seharian di Bandar Miri. Gi le ke taman mini miri, the grand oil lady, pasar tamu dan marina bay yang ada kuda laut tu.
















































































































Monday, May 10, 2010

KETENANGAN DI BRUNEI UTK AWANG DAN DAYANG

dah lama aku nak ke negara brunei.. nak sangat tengok keadaan di sana... katanya tenang.. kaya raya.. dan kira cam aman le negara tu...

program kami dimulakan dengan terbang ke miri. bukan apa.. dari jb ni ke brunei memang takde.. so jalan mudah kami ke miri dulu... n ini kali pertama kami aku jejak ke Miri. mula-mula tu aku merancang nak gi ber2 je ngan puan sahabat aku tu... tapi ada juga member2 lain nak turut serta dan kami amat mengalu-alukan. hingga bila aku nak bertolak seramai 9 orang yang nak turut serta. best gak gi ramai2 ni.. senang sikit nak sewa van
van siti payung...
esok pepagi kami terus terjah brunei selepas sarapan pagi. yahoo!!! kaki aku dapat jejak kat kuala belait sebelum diteruskan ke bandar seri begawan.



sarapan pagi di sempadan miri.. lupa nama tempat
mula masuk selepas imegresen sungai tujuh

tempat pertama di Empire Hotel.. puhhh!!!! cam tak merasa aku nak bermalam gi... bilik paling murah RM 2k bila ditukar ke tukaran malaysia

masih sempat berposing dalam toilet. cantik toilet.. aku pun boleh tidur kat situ

menuju ke bandar seri begawan
tempat kedua menyusuri kampung air. rasanya semua orang tahu kampung air kat brunei. dah macam bandar... sekolah lebih daripada 5.. dan siap aircon lagi. kami menyusuri waktu tengahari dan time budak balik sekolah. aku rasa patut ada trafic light le kat kampung tu. kami terjerit-jerit sebab bot yang kami naiki terpaksa mengikut alunan ombak. ada restoran, balai polis dan segala kelengkapan di dalam sebuah kampung.

kami sempat le meronda kedua buah masjid yang terkenal.. 1 masjid sultan saifuddin di tengah bandar seri begawan dan lagi satu masjid yang disalut emas tu.

tempat ni berhampiran kedai B1.80. kedai sorvenir tu. gambar atas gambar mall tempat aku shopping baju. coraknya menarik... cam corak2 kat singapore


barang-barang jualan di pasar tamu kianggeh. pasar kat tepi sungai. aku cuma ronda-ronda je. tak tahu nak beli apa. pastu gi makan nasi katok B1.00. Nasi, ayam dan sayur. not bad le. dan lagi satu menurut tobi.. tourist merangkap driver yang pendiam itu, pelajar lepasan u dan orang tua diberi elaun. bagi penduduk brunei yang sembahyang terawikh akan diberi b10.00 semalam. syok gakkk.. dapat kumpul buat duit raya

Salah satu cenderamata yang aku beli di kedai B1.80. Ini hanya yang mampu aku beli untuk kengkawan. Mug ni pun aku bagi kat teacher umairah. alhamdullillah akhirnya tercapai juga cita-cita aku ke sana...



























Kuching.. aku datang lagi...





Tahun ni bermula dengan perjalanan ke Kuching pada 16 - 17 Januari 2010 dengan membawa seramai 37 orang ke Negeri Bumi Kenyalang...

Aku ambil 5 buah van iaitu Pak Rahman dan kuncu-kuncunya. Naik van ni memudahkan untuk suruh diorang berhenti bila ada yang menarik pandangan. Lagipun Pak Rahman tu dah macam sedara sendiri.
Perjalanan dimulai dengan Sarapan pagi di bandar kuching. Sarapan pagi tapi cam makan tengahari... aku makan nasi beriani... Tak sesedap beriani kat johor.. tapi bolehlah.. lain tempat lain rasa.

Perjalanan di teruskan ke Serikin. Semasa perjalanan singgah membeli buah rambutan... merah kulitnya dan manis sungguh isinya. Rm1 untuk sekilo... beli 2 kilo beb.. makan sorang. Kat Serikin... diorang shopping sakan hingga ada yang memborong 4 buah tilam yang boleh dilipat2 tu. Target aku memang nak beli tilam tu tapi 1 aje le... anak pun sorang. Aku jumpa staf UTM KL.. mana2 ada orang UTM. Balik singgah di gerai sayur-sayuran dan buah-buahan.

Pastu kitorang gi ke Muzium Kuching, Ramai plak bergambar berbadankan kuching. Seronok gak dapat tengok kuching2 miang ni. Main Bazaar destinasi seterusnya... cari souvenir ke. gambir sarawak ke... kain pua ke.. semua ada... dan bolehlah bergambar2 kat Waterfront. .. lintas jalan je. Malam kuar makan malam kat tepi sungai sarawak. Tido di Harbour View 1 malam.

Esok pagi... lawatan ke Pasar Satok.. diorang memborong ikan terubuk le. Aku dok tengok je. Dan jumpa pakcik yang bagi aku no phone van ke Brunei. Cantikkkk... TQ Hj. Salleh. Pastu gi Kampung Budaya.. tapi tak boleh nak buat apa sebab hujan turun dengan lebatnya.. tak nampak pun puncak gunung santubung.. sejinjing pun dok tido... Balik singgah beli jeruk kedondong dan gula nira kat tepi jalan.

Pastu gi kek lapis dayang... aku beli 2 je.. buat syarat.. diorang memborong le...sebelum gi kilang pasu.. kita orang dapat gak di dewan suarah... tinggi tempat tu.. best angin bertiup dan bolehlah nampak sebahagian besar bandar kuching. Malam terbang ke Senai.



Kira perjalanan yang singkat ni dapat kita habiskan dengan menjelajah banyak tempat... rugi tau tak ikut.. lain kali join tau














menjejaki semula

huhhh...lebih 5 bulan aku tak menjengah langsung kat laman ni... maklumlah sibuk dgn fb.. password pun aku dah lupa.. puas aku cuba dan terus mencuba.. dan akhirnya berjaya menjejakinya... usaha itu tangga kejayaan... dan aku tahu diri aku... selalu cam hangat2 tahi ayam... awal2 berkobar.. pertengahannya dah mula timbul kemalasan.. dan akhirnya camni le...

so skrg. aku cuba bangkit dari kemalasan dan aku cuba imbau perjalanan kehidupan aku... berbagai ragam berlaku... kisah suka dan duka... dan insyaallah laman ini akan aku teruskan... so.. kita jumpa di episod akan datang

Monday, December 14, 2009

Umairah dah 2 tahun




Jumaat bersamaan 13 November 2009 hari tu aku ada buat majlis makan2 untuk family dan teman2 baik. Teman paling baik kat opis ada 3 orang.. dan beberapa teman yang sentiasa memberi support... so diorang le yang aku jemput bertandang ke rumah untuk menyambut majlis ulang tahun kelahiran ANIS UMAIRAH yang ke 2 tahun dan diadakan dalam suasana yang amat sederhana. Semoga anak ibu menjadi anak yang baik, berbudi pekerti dan membahagiakan hati ibu dan ayah.