Diriku ini..

Dilahirkan dan dibesarkan di Kulai. Meneruskan kehidupan dengan mencari sesuap nasi di Universiti Teknologi Malaysia. Memperolehi tempat berteduh di Taman Universiti, Skudai, Johor. Memayungi dua orang puteri berusia 8 tahun yang bergelar ANIS UMAIRAH dan 3 tahun bernama AMNI QAIREEN. Amat gilerr membaca novel dan amat gemar berjalan-jalan mencari pengalaman dan makanan.



Monday, May 10, 2010

Kuching.. aku datang lagi...





Tahun ni bermula dengan perjalanan ke Kuching pada 16 - 17 Januari 2010 dengan membawa seramai 37 orang ke Negeri Bumi Kenyalang...

Aku ambil 5 buah van iaitu Pak Rahman dan kuncu-kuncunya. Naik van ni memudahkan untuk suruh diorang berhenti bila ada yang menarik pandangan. Lagipun Pak Rahman tu dah macam sedara sendiri.
Perjalanan dimulai dengan Sarapan pagi di bandar kuching. Sarapan pagi tapi cam makan tengahari... aku makan nasi beriani... Tak sesedap beriani kat johor.. tapi bolehlah.. lain tempat lain rasa.

Perjalanan di teruskan ke Serikin. Semasa perjalanan singgah membeli buah rambutan... merah kulitnya dan manis sungguh isinya. Rm1 untuk sekilo... beli 2 kilo beb.. makan sorang. Kat Serikin... diorang shopping sakan hingga ada yang memborong 4 buah tilam yang boleh dilipat2 tu. Target aku memang nak beli tilam tu tapi 1 aje le... anak pun sorang. Aku jumpa staf UTM KL.. mana2 ada orang UTM. Balik singgah di gerai sayur-sayuran dan buah-buahan.

Pastu kitorang gi ke Muzium Kuching, Ramai plak bergambar berbadankan kuching. Seronok gak dapat tengok kuching2 miang ni. Main Bazaar destinasi seterusnya... cari souvenir ke. gambir sarawak ke... kain pua ke.. semua ada... dan bolehlah bergambar2 kat Waterfront. .. lintas jalan je. Malam kuar makan malam kat tepi sungai sarawak. Tido di Harbour View 1 malam.

Esok pagi... lawatan ke Pasar Satok.. diorang memborong ikan terubuk le. Aku dok tengok je. Dan jumpa pakcik yang bagi aku no phone van ke Brunei. Cantikkkk... TQ Hj. Salleh. Pastu gi Kampung Budaya.. tapi tak boleh nak buat apa sebab hujan turun dengan lebatnya.. tak nampak pun puncak gunung santubung.. sejinjing pun dok tido... Balik singgah beli jeruk kedondong dan gula nira kat tepi jalan.

Pastu gi kek lapis dayang... aku beli 2 je.. buat syarat.. diorang memborong le...sebelum gi kilang pasu.. kita orang dapat gak di dewan suarah... tinggi tempat tu.. best angin bertiup dan bolehlah nampak sebahagian besar bandar kuching. Malam terbang ke Senai.



Kira perjalanan yang singkat ni dapat kita habiskan dengan menjelajah banyak tempat... rugi tau tak ikut.. lain kali join tau














No comments: