Diriku ini..

Dilahirkan dan dibesarkan di Kulai. Meneruskan kehidupan dengan mencari sesuap nasi di Universiti Teknologi Malaysia. Memperolehi tempat berteduh di Taman Universiti, Skudai, Johor. Memayungi dua orang puteri berusia 8 tahun yang bergelar ANIS UMAIRAH dan 3 tahun bernama AMNI QAIREEN. Amat gilerr membaca novel dan amat gemar berjalan-jalan mencari pengalaman dan makanan.



Monday, May 10, 2010

KETENANGAN DI BRUNEI UTK AWANG DAN DAYANG

dah lama aku nak ke negara brunei.. nak sangat tengok keadaan di sana... katanya tenang.. kaya raya.. dan kira cam aman le negara tu...

program kami dimulakan dengan terbang ke miri. bukan apa.. dari jb ni ke brunei memang takde.. so jalan mudah kami ke miri dulu... n ini kali pertama kami aku jejak ke Miri. mula-mula tu aku merancang nak gi ber2 je ngan puan sahabat aku tu... tapi ada juga member2 lain nak turut serta dan kami amat mengalu-alukan. hingga bila aku nak bertolak seramai 9 orang yang nak turut serta. best gak gi ramai2 ni.. senang sikit nak sewa van
van siti payung...
esok pepagi kami terus terjah brunei selepas sarapan pagi. yahoo!!! kaki aku dapat jejak kat kuala belait sebelum diteruskan ke bandar seri begawan.



sarapan pagi di sempadan miri.. lupa nama tempat
mula masuk selepas imegresen sungai tujuh

tempat pertama di Empire Hotel.. puhhh!!!! cam tak merasa aku nak bermalam gi... bilik paling murah RM 2k bila ditukar ke tukaran malaysia

masih sempat berposing dalam toilet. cantik toilet.. aku pun boleh tidur kat situ

menuju ke bandar seri begawan
tempat kedua menyusuri kampung air. rasanya semua orang tahu kampung air kat brunei. dah macam bandar... sekolah lebih daripada 5.. dan siap aircon lagi. kami menyusuri waktu tengahari dan time budak balik sekolah. aku rasa patut ada trafic light le kat kampung tu. kami terjerit-jerit sebab bot yang kami naiki terpaksa mengikut alunan ombak. ada restoran, balai polis dan segala kelengkapan di dalam sebuah kampung.

kami sempat le meronda kedua buah masjid yang terkenal.. 1 masjid sultan saifuddin di tengah bandar seri begawan dan lagi satu masjid yang disalut emas tu.

tempat ni berhampiran kedai B1.80. kedai sorvenir tu. gambar atas gambar mall tempat aku shopping baju. coraknya menarik... cam corak2 kat singapore


barang-barang jualan di pasar tamu kianggeh. pasar kat tepi sungai. aku cuma ronda-ronda je. tak tahu nak beli apa. pastu gi makan nasi katok B1.00. Nasi, ayam dan sayur. not bad le. dan lagi satu menurut tobi.. tourist merangkap driver yang pendiam itu, pelajar lepasan u dan orang tua diberi elaun. bagi penduduk brunei yang sembahyang terawikh akan diberi b10.00 semalam. syok gakkk.. dapat kumpul buat duit raya

Salah satu cenderamata yang aku beli di kedai B1.80. Ini hanya yang mampu aku beli untuk kengkawan. Mug ni pun aku bagi kat teacher umairah. alhamdullillah akhirnya tercapai juga cita-cita aku ke sana...



























No comments: