Diriku ini..

Dilahirkan dan dibesarkan di Kulai. Meneruskan kehidupan dengan mencari sesuap nasi di Universiti Teknologi Malaysia. Memperolehi tempat berteduh di Taman Universiti, Skudai, Johor. Memayungi dua orang puteri berusia 8 tahun yang bergelar ANIS UMAIRAH dan 3 tahun bernama AMNI QAIREEN. Amat gilerr membaca novel dan amat gemar berjalan-jalan mencari pengalaman dan makanan.



Monday, May 17, 2010

Burung Helang dan Burung Rajawali


Ikut novel ... dalam kehidupan burung helang ni dia ada 2 fasa kehidupan. Dia akan menjadi helang hingga berusia 40 tahun dan bila usianya melepasi 40 tahun dia kena melakukan transformasi dan bertukar menjadi burung rajawali hingga ke usia 70 tahun. Betul ke aina emir dalam terbanglah sayang.

Trip aku 1 Mei yang lalu gi Pulau yang banyak burung helang. Bawa 23 orang ke Pulau Lagenda Mahsuri. Flight dari JB - KL delay. Matilah aku nak kejar flight Kl - Langkawi kul 2.05. Turun je dari flight kat lcct.. aku terus lari ke kaunter untuk check in KL - Langkawi. Memang kami dah terlewat tapi masih dapat di selamat. Kami ni passenger yang terakhir naik pesawat. Tak kisah janji tiba Langkawi kul 3 lebih.


Tiba sana teruskan dapatkan van yang aku sewa (TQ Hj. Mahathir) menuju kuah. Tempat pertama.. medan selera. Apa lagi.. sabbbdekk le. Tempat kedua ... idaman suri... diorang kesetanan le kat sini. Makkk oooiii.. masing2... sampai tak cukup tangan. Ada yang beli sudu sampai 18 dozen.. ada restoren kot kat jb. Malam gi lagi ke pasar malam kuah dan dinner di sana. Ada orang nak belanja kat island seafood tapi tak kesampaian. takpe.. next time.

Menginap di Pantai Cenang. Bilik okey je... 5 langkah tiba kolam. Sebelum tido dan bangun pagi... wajib mandi kolam. Time ni le nak belajar berenang dengan klon nurul huda... nurul shuhara.. hehehe.

Hari kedua.. kami ke cable car, beras terbakar, kota mahsuri, tanjung rhu, dataran helang dan ke kuah lagi. Duit diorang masih tebal. Aku cuma beli beg dan coklat kiriman dan diri sendiri. Sikit je. Malam cari makanan di pasar malam Padang Matsirat.


Hari ketiga... underwater world dan pekan kuah. Diorang menghabiskan sisa2 duit di Ismail Group dan Idaman Suri. Trip pertama terbang awal 2 jam.. kul 3.30... dan trip kedua fly kul 5. 30... balik naik bas ke JB... semuanya okeyy....

Peristiwa pahit:
1. Van yang dipandu oleh anak sedara telah terkena kereta yang diparking kat tepi simpang. Keturunan bugis salleh crew memang taknak bayar 1 kupang pun. maka terjadilah sedikit perbalahan.


2. Aku berada dalam situasi yang teramat kenyang hingga cam nak meletup perut. Taubat taknak rasa cam ni lagi.. makan sebelum lapar.. berhenti sebelum kenyang.










Nilam Dewani





Malam 30 april aku, kak ratna n umairah menuju ke Dewan Jubli Intan, Johor Bahru... nak menonton teater Nilam Dewani kat . Dipaksa menonton oleh En. Z sebab dia Q master untuk teater tu. Masa gi tu teaternya hampir start. Bila muzik dimainkan je... terus dengar suara budak "nak balik... nak balik.." Itu bukan dialog teater tapi... suara real dekat aku... hehe.... budak tu siapa lagi kalau bukan si Umairah. Dia ni memang camni.. takut bunyi bising.. takut naik/turun lif. Malu gak.. sebab dia terus nangis nak balik. So... takdelah kami menonton teater tu. Selamat tinggal Nilam Dewani.

Kau kekasih awal dan akhir










Suaranya amat lunak.... orangnya sederhana je pada pandangan mata aku tapi popularitinya bertahan. Aku gi malam amal ni pun sebab nak tengok jamal abdillah secara live. Nak gambar dengannya dia kenalah buat muka tak malu... time dia nyanyi naik pentas.. diri aje sebelah dia.. tapi muka aku ni jenis pemalu gak... malas le buat camtu.. orang pun ramai sgt. Aku plak beli kerusi yang paling murah.. tapi best.. beli 1 kerusi.. tapi boleh jadi 2 kerusi setangah. Satu meja kami ber4 je.. puaslah makan sampai kenyang.



Thursday, May 13, 2010

April yang bz

Aku habiskan bulan april dengan menyusuri 3 tempat di pantai timur. Seminggu lebih selepas pulang dari Indonesia dari 8 - 11 April aku terus menuju ke Rompin Beach Resort, Rompin atas urusan sebagai urusetia untuk Kursus Induksi MPP.


Best kat sana... selain dapat RM50.00 tunai (TQ Pak Habib) duit saja2 diberi oleh penceramah. Cite best aku dapat melakukan satu tranfromasi diri aku. Bijak telur 1 tray (30 biji) tanpa pecah. Tepukan untuk diri sendiri.









Balik dari Rompin dok rumah semalam aku terus pergi ke Trengganu plak. Aku ikuti kursus Penulisan Rintas. Kursus diadakan di Grand Continental semalam 2 hari dan aku terpaksa bermalam di sana selama 3 malam.

Pulang 2 malam dirumah aku kena plak bersiap untuk membawa rombongan cik kiah ke Langkawi. Nasib baik naik flight.. takde penat sangat.

Langkah pertama di awal tahun











Awal tahun langkah perjalanan di mulakan dengan gi ke kelantan. Flight dari JB ke KL, KL ke KB dan sebaliknya.

Menginap kat Wakaf Che Yeh. Senang je.. turun hotel pasar malam. Hantar barang turun semula. Tapi aku tak banyak le berbelanja. Teman kat Ratna yang berbelanja mewah tu.

Kat sana kenderaan di atur oleh En. Rosnan dengan bantuan sahabatnya Awie. TQ Abg nan, kak ratna dan Awie. Jasamu ke kenang.

Wednesday, May 12, 2010

Kali ke 7 di Jakarta


























8 hingga 11 april 2010 ke Jakarta. Perjalanan melalui Puncak (tempat yang i suka) dan Bandung. Bawa kawan opis. Semua okey.. kecuali waktu turun dari Tangkuban Perahu. Jalan macet. Di Tangkuban Perahu aku jumpa barang yang aku nak seperti 10 tahun lalu. Tahun lepas pergi tak jumpa... rezeki jumpa tahun ni.

Actually flight sepatutnya dari JB - Jakarta.. tapi takde lagi laluan jb - jakarta. dapat tiket free ke kl dan sebaliknya. Di imegresen Soekarno q panjang. dah tukar sistem. habis jari-jari dia scan. pak yusoff di luar pun 2 3 kali call.

Lega sungguh bila lepas imegresen n terus naik bas. Lega lagi sekali sebab bas tu hanya untuk 9 orang penumpang.. so 2 seat untuk sorang. Pas makan perjalanan ke Puncak. Tiba Surya Indah pun malam. Bilik sangat oke dan sejuk.. cam cameron. Pagi2 lagi kawan2 aku yang 2 orang tu dah beli lukisan. Sorang cari yang buah2an dan sorang cari yang gambar ikan.. cam pasar taste diorang. ikan dan buah.

Tiba di Bandung terus gi FO le Aku belikan baju umairah je. Giler gak le.. hampir 15 pasang baju dia. Beraya sakan anak dara aku tu tahun depan. Ngan kasut sekali. Untuk aku??? 1 pun takde. Kali ni gi membeli untuk orang je. Kat pasar baru cari baju pengantin izan. Tak tahu le dia berkenan ke tak. Maaf ya zan kalo tak berkenaan. Ikut taste aku le.

Hari ke 3 ke Tangkuban Perahu dan ke Cibaduyut. Sang kuriang tetap mengejar dayang sumbinya. Si sumbi yang sorang ni memang tengah suka sebab aku dapat cari souvenir yang aku cari cam 10 tahun yang lalu. hahhh... 15 biji aku beli. Puas hati. Kat Cibaduyut aku plak yang membeli lukisan. Black n white u.. TQ Pak Yus harga yang amat best walaupun bukan gratis. Souvenir pen untuk kawan2 yang belum dapat. Tiba Jakarta malam lagi...

Last day gi MONAS dan Tanah Abang shopping muslimah swimming suit, kiriman orang... bukan aku punya (takde size). Hak sendiri memang sangat kurang untuk perjalanan kali ini. Perjalanan balik amat lancar seperti yang diatur. Cuma time check in untuk balik masih beratur di barisan yang panjang... yang lain oke n tip top