Diriku ini..

Dilahirkan dan dibesarkan di Kulai. Meneruskan kehidupan dengan mencari sesuap nasi di Universiti Teknologi Malaysia. Memperolehi tempat berteduh di Taman Universiti, Skudai, Johor. Memayungi dua orang puteri berusia 8 tahun yang bergelar ANIS UMAIRAH dan 3 tahun bernama AMNI QAIREEN. Amat gilerr membaca novel dan amat gemar berjalan-jalan mencari pengalaman dan makanan.



Wednesday, May 12, 2010

Kali ke 7 di Jakarta


























8 hingga 11 april 2010 ke Jakarta. Perjalanan melalui Puncak (tempat yang i suka) dan Bandung. Bawa kawan opis. Semua okey.. kecuali waktu turun dari Tangkuban Perahu. Jalan macet. Di Tangkuban Perahu aku jumpa barang yang aku nak seperti 10 tahun lalu. Tahun lepas pergi tak jumpa... rezeki jumpa tahun ni.

Actually flight sepatutnya dari JB - Jakarta.. tapi takde lagi laluan jb - jakarta. dapat tiket free ke kl dan sebaliknya. Di imegresen Soekarno q panjang. dah tukar sistem. habis jari-jari dia scan. pak yusoff di luar pun 2 3 kali call.

Lega sungguh bila lepas imegresen n terus naik bas. Lega lagi sekali sebab bas tu hanya untuk 9 orang penumpang.. so 2 seat untuk sorang. Pas makan perjalanan ke Puncak. Tiba Surya Indah pun malam. Bilik sangat oke dan sejuk.. cam cameron. Pagi2 lagi kawan2 aku yang 2 orang tu dah beli lukisan. Sorang cari yang buah2an dan sorang cari yang gambar ikan.. cam pasar taste diorang. ikan dan buah.

Tiba di Bandung terus gi FO le Aku belikan baju umairah je. Giler gak le.. hampir 15 pasang baju dia. Beraya sakan anak dara aku tu tahun depan. Ngan kasut sekali. Untuk aku??? 1 pun takde. Kali ni gi membeli untuk orang je. Kat pasar baru cari baju pengantin izan. Tak tahu le dia berkenan ke tak. Maaf ya zan kalo tak berkenaan. Ikut taste aku le.

Hari ke 3 ke Tangkuban Perahu dan ke Cibaduyut. Sang kuriang tetap mengejar dayang sumbinya. Si sumbi yang sorang ni memang tengah suka sebab aku dapat cari souvenir yang aku cari cam 10 tahun yang lalu. hahhh... 15 biji aku beli. Puas hati. Kat Cibaduyut aku plak yang membeli lukisan. Black n white u.. TQ Pak Yus harga yang amat best walaupun bukan gratis. Souvenir pen untuk kawan2 yang belum dapat. Tiba Jakarta malam lagi...

Last day gi MONAS dan Tanah Abang shopping muslimah swimming suit, kiriman orang... bukan aku punya (takde size). Hak sendiri memang sangat kurang untuk perjalanan kali ini. Perjalanan balik amat lancar seperti yang diatur. Cuma time check in untuk balik masih beratur di barisan yang panjang... yang lain oke n tip top

No comments: