Diriku ini..

Dilahirkan dan dibesarkan di Kulai. Meneruskan kehidupan dengan mencari sesuap nasi di Universiti Teknologi Malaysia. Memperolehi tempat berteduh di Taman Universiti, Skudai, Johor. Memayungi dua orang puteri berusia 8 tahun yang bergelar ANIS UMAIRAH dan 3 tahun bernama AMNI QAIREEN. Amat gilerr membaca novel dan amat gemar berjalan-jalan mencari pengalaman dan makanan.



Monday, May 17, 2010

Burung Helang dan Burung Rajawali


Ikut novel ... dalam kehidupan burung helang ni dia ada 2 fasa kehidupan. Dia akan menjadi helang hingga berusia 40 tahun dan bila usianya melepasi 40 tahun dia kena melakukan transformasi dan bertukar menjadi burung rajawali hingga ke usia 70 tahun. Betul ke aina emir dalam terbanglah sayang.

Trip aku 1 Mei yang lalu gi Pulau yang banyak burung helang. Bawa 23 orang ke Pulau Lagenda Mahsuri. Flight dari JB - KL delay. Matilah aku nak kejar flight Kl - Langkawi kul 2.05. Turun je dari flight kat lcct.. aku terus lari ke kaunter untuk check in KL - Langkawi. Memang kami dah terlewat tapi masih dapat di selamat. Kami ni passenger yang terakhir naik pesawat. Tak kisah janji tiba Langkawi kul 3 lebih.


Tiba sana teruskan dapatkan van yang aku sewa (TQ Hj. Mahathir) menuju kuah. Tempat pertama.. medan selera. Apa lagi.. sabbbdekk le. Tempat kedua ... idaman suri... diorang kesetanan le kat sini. Makkk oooiii.. masing2... sampai tak cukup tangan. Ada yang beli sudu sampai 18 dozen.. ada restoren kot kat jb. Malam gi lagi ke pasar malam kuah dan dinner di sana. Ada orang nak belanja kat island seafood tapi tak kesampaian. takpe.. next time.

Menginap di Pantai Cenang. Bilik okey je... 5 langkah tiba kolam. Sebelum tido dan bangun pagi... wajib mandi kolam. Time ni le nak belajar berenang dengan klon nurul huda... nurul shuhara.. hehehe.

Hari kedua.. kami ke cable car, beras terbakar, kota mahsuri, tanjung rhu, dataran helang dan ke kuah lagi. Duit diorang masih tebal. Aku cuma beli beg dan coklat kiriman dan diri sendiri. Sikit je. Malam cari makanan di pasar malam Padang Matsirat.


Hari ketiga... underwater world dan pekan kuah. Diorang menghabiskan sisa2 duit di Ismail Group dan Idaman Suri. Trip pertama terbang awal 2 jam.. kul 3.30... dan trip kedua fly kul 5. 30... balik naik bas ke JB... semuanya okeyy....

Peristiwa pahit:
1. Van yang dipandu oleh anak sedara telah terkena kereta yang diparking kat tepi simpang. Keturunan bugis salleh crew memang taknak bayar 1 kupang pun. maka terjadilah sedikit perbalahan.


2. Aku berada dalam situasi yang teramat kenyang hingga cam nak meletup perut. Taubat taknak rasa cam ni lagi.. makan sebelum lapar.. berhenti sebelum kenyang.










No comments: