Persediaan untuk ramadhan.. aku n Mr. Z melalui beberapa fasa makan. Mula-mula kitaorang menghabiskan wang dengan membuka selera di Damai. 2 orang punya makan RM140.00.. kira puas le tu.. Kalo di kira sorang RM70.00. Harga 2 ekor ketam hampir RM48.00.
Kisah makan lagi.. 2 hari berturut-turut aku mengikut hawa nafsu dengan makan makanan Indonesia. My favorite juice bila kat Indonesia memang apokat.. so bila es teler memulakan operasinya aku pun mengikut kata nafsu dengan meng'order' apokat. Puas.. nasi yang ada kat es teler.. nasi gimlet.. lontong pukang... sedappp.. i like u....
Sebelum ramadhan gak aku gi my fren dengan membawa joy sekeluarga. Keluarga joy bukan pemakan orangnya.. so.. diorang bungkus bawa balik. Joy n aku je yg makan.. yang lain merasa dan tukang tengok. TQ joy kerana memenuhi undangan aku.












Masalah lagi satu plak.. tempahan nama yang aku booking my group di Air Asia terdouble nama. So 2 orang nama tak masuk. Masalah!!! lagi. Nasib baik jam 4.00 pagi dia call untuk perubahan nama setelah aku berhempas pulas menelefon sana sini untuk perubahan nama. Apabila done je... baru aku rasa lega. Tiba LCCT awal gak.. dalam jam 5.15 pagi. Tapi kerana pelajar dan barangan yang agak banyak di bawa menjadikan semuanya agak lambat. Yang group aku dan beberapa orang lagi, kami guna check in by web.. so.. untuk check in barang je yang lambat sikit. Last2 barangan banyak yang kena tinggal. Tiba kat Bandara Minangkabau plak.. kami diperiksa mengikut daftar beg sedangkan masa kat LCCT aku campurkan beg untuk jimat berat. Lama gak baru terkumpul semua. 
Seterusnya kami dihantar ke Ampek Lingkuang dan Tapoz. Kira delegasi pelajar ni kena bahagi 2. Aku kena jaga kat Ampek Liangkuang iaitu kena mengecat masjid, pemeriksaan kesihatan, bersunat massal, sukaneka dan senam robik. Penginapan plak di rumah yang disewa untuk pelajar perempuan. Segalanya berjalan dengan lancar. Cuma cuaca agak panas di waktu malam menyebabkan aku selalu terbayangkan bilik tidur sendiri. Tang makan aku tak rasa masalah... cuma kat rumah tu susah sikit nak dapat air manis.. yang ada aqua je. Biasanya masuk kandang kambing kena mengembek...





Isnin pagi.. kami bersiap untuk pulang ke Malaysia... huh!!! puas di tanah minang.. perjalanan ke Malaysia berjalan lancar. Selamat tinggal.. deni, rizki, cecep, elga dan semua student Universiti Andalas yang menyertai dan membantu program 'MENITI SINAR KASIH PADANG' (MERSIK)... korang memang best...!!!! 
