rombongan suka suki yang aku bawa penghujung tahun ni ke singapura. sebenarnya bulan 11 hari tu tak banyak aktiviti jadi aku pun saja post untuk lawatan ke singapura. alhamdullillah masih sambutan. tambang rm55 dengan tiket ke sentosa.
sebenarnya aku dah lama tak buat trip ke singapura.. dah 3 tahun kot. selalunya masuk ber2 atau ber3.. gi kampung gelam, bugis, woodland.
seramai 39 orang.. dah tolak 2 -3 orang.. (tak cukup seat) bertolak dalam jam 8.00 pagi. kul 7.45 berkumpul kat utm.. dan terus gi menghala ke tuas. singgah jap gelang patah untuk ke toilet, breakfast ringkas dan terus menghala ke sentosa. aku ubah plan last minute.. takut hujan petang aku plan gi sentosa pagi.. (hahahah.. kuasa allah.. bila tiba sentosa pagi.. hujan turun.) tapi bila tiba sentosa hujan makin nak teduh. Puas gak le berjimba kat sentosa kami meneruskan perjalanan kampung gelam.. sembahyang zohor,. makan tengahari dan membeli cenderamata. pastu sambung shopping kat bugis.. hand bag dan jam tangan melambak2 kat sana.. tshirt sd10 pun banyak. dah puas balik semula ke kpg gelam/arab street kita terus ke woodland.. shopping sikit kat sana dan terus pulang.. walaupun nampak ringkas tapi trip ni sungguh padat. aku sempat le sambar towel n anggur kesukaanku.
lepas sembahyang maghrib terus pulang tiba rumah hampir gak jam 10.00 malam. tq joy yang sudi menjaga anak aku dan tq semua menjadi peserta trip ini ya
No comments:
Post a Comment