Diriku ini..

Dilahirkan dan dibesarkan di Kulai. Meneruskan kehidupan dengan mencari sesuap nasi di Universiti Teknologi Malaysia. Memperolehi tempat berteduh di Taman Universiti, Skudai, Johor. Memayungi dua orang puteri berusia 8 tahun yang bergelar ANIS UMAIRAH dan 3 tahun bernama AMNI QAIREEN. Amat gilerr membaca novel dan amat gemar berjalan-jalan mencari pengalaman dan makanan.



Tuesday, November 27, 2012

Suasana Pra Raya 2012

Hari raya dah lama berlalu.. dari hari raya aidilfitri.. ke aidiladha dan hari tu hari raya deepavali. 

Aku plak menggatal nak buat catatan tentang hari raya aidillfitri.. cite dah berkarat... dah mengguning karatnya.  Tema tahun 2012 untuk salleh crew adalah warna OREN.  Orang felda... warna oren.  Kami buat shooting ni sebelum puasa.  Semua orang dah ada baju oren untuk family.. kecuali keluarga si manja dan keluarga si hawa.  Nak buat camna.. persediaan aku tahun ni memang tak mantap langsung.. sebab apa ya?? kekurangan masa kot.. sebab aku pun sibuk dgn anak kecik (hehehe.. ye ke.. boleh percaya ke).

Okey shooting bermula tengahari.. selepas kenduri kat rumah bak malam tu.  Pagi tu kami semua bersiap sedia untuk bersolek... jurusolek biasa salleh crew.. airin cantik.  Pastu semua orang kena gi nusajaya.. keluarga aku dan keluarga ogy datang paling awal.  Diikuti oleh keluarga Uda, Joy, Kakak, Kak Cik bersama jurukamera dan keluarga Ara.

Sesi gambar bermula dan inilah hasilnya.


No comments: