Sebenarnya aku kena Ho Chi Minh tarikh 22 - 25 November 2012... tapi last minute aku terpaksa batalkan... aku terpaksa bawa 1 trip lagi ke Tanjung Pinang dan Batam. Before that aku memang pernah gi Batam.. tapi hanya bawa orang tua sidah n kak ratna je.. kali kena bawa orang lain plak. Cadangan aku dari Stulang Laut - Tanjung Pinang - Batam - Stulang Laut.
Petang jumaat tu aku keluar awal.. bot akan bertolak jam 5 petang tapi kitorang kena check in kul 4.30. Jadi kul 2.30 aku dari rumah. Terus ke Stulang Laut.
Tiba di Tanjung Pinang jam 7 waktu local (indonesia). Terus makan.. dan tidur... aduhh.. cam tumpang tido plak kat Tanjung Pinang ni.
Keesokkannya gi le Pulau Penyengat. Sape yang minat sejarah dengan cerita raja riau bolehlah datang sini.. aku minat geografi je... tak minat sejarah. Selepas balik diorang cam dah tak minat nak tour.. nak makan dan nak pindah Batam. Sambung naik feri ke Batam.
Batam memang happenning dengan tempat membeli belah. Aku cuma window shopping.. ajak Mr. Z gi pasar jodoh.. just tengok2 je.. dalam tengok tu.. terbelilah gak sepasang kasut amni.. beg sekolah maira. Utk diri sendiri sebuah hand bag kat bcs.. berkenan plak beg tu. Tak singgah pun jambatan belareng tu semua..
Esoknya pun tour batam.. tour shopping complex batam lebih tepatnya. Alhamdullilah dapat sembahyang kat masjid raya.
No comments:
Post a Comment