Diriku ini..

Dilahirkan dan dibesarkan di Kulai. Meneruskan kehidupan dengan mencari sesuap nasi di Universiti Teknologi Malaysia. Memperolehi tempat berteduh di Taman Universiti, Skudai, Johor. Memayungi dua orang puteri berusia 8 tahun yang bergelar ANIS UMAIRAH dan 3 tahun bernama AMNI QAIREEN. Amat gilerr membaca novel dan amat gemar berjalan-jalan mencari pengalaman dan makanan.



Tuesday, November 27, 2012

Majlis Potong Jambul

Hahaha.. aku terpost kosong rupanya,...

Alhamdullilah majlis cukur jambul amni telah diadakan selepas raya. sian dia.. dah hampir 4 bulan baru buat cukur jambul.. selepas raya.. time raya dan sebelum raya salleh crew busy dengan aktivitinya.

Majlis ni kitorang buat sebelah petang di bukit besar.. senang kerja.. kami tempah makanan, tempah khemah.. souvenir dibeli masa gi indonesia bulan mei hari tu.. kuih muih disponsor oleh rakan2 orang tua sidah.

Majlis sederhana je... tak buat aqiqah lagi.. sabar ya amni.. nanti ibu ada rezeki ibu buatkan untuk anak-anak ibu.  Sederhana tapi meriah kerana pakaian salleh crew sedondon.. tema pink petang tu.

Terima kasih salleh crew diatas kerjasama dalam mengendalikan majlis cukur jambul amni qaireen.  puteri kedua aku dan terima kasih puan ratna aishah diatas kunjungan akak sekeluarga.  begitu juga dengan kawan-kawan joy.. kawan dara yang dah tak berdara..

No comments: