Diriku ini..

Dilahirkan dan dibesarkan di Kulai. Meneruskan kehidupan dengan mencari sesuap nasi di Universiti Teknologi Malaysia. Memperolehi tempat berteduh di Taman Universiti, Skudai, Johor. Memayungi dua orang puteri berusia 8 tahun yang bergelar ANIS UMAIRAH dan 3 tahun bernama AMNI QAIREEN. Amat gilerr membaca novel dan amat gemar berjalan-jalan mencari pengalaman dan makanan.



Monday, December 28, 2015

MT15 EPISOD 6 - SERVILLA

SERVILLA KE CORDOBA


Penerbangan ke Servilla pada awal pagi.  Cuaca masih sejuk di Sepanyol ni.  Di Sepanyol ni Rashid telah menyewa MPV untuk kami berlapan dan dengan bagasi yang agak banyak.  Nak kereta lagi besar ada.. tapi manual.. agak menyusahkan dengan keadaan yang tak berapa tahu selok belok negara ni dan dah tentu pemanduan disebelah kiri.

So.. setibanya diairport terus urusan untuk kenderaan dan terus kami bergerak ke Cardoba.  Sebelum tu aku agak teruja dengan pokok limau yang lebat berbuat di sekitar tempat parking kereta di airport.. wahhh org kampung ni apa lagi.. sibuk memetik.  Tapi rasa hampeh... masam.. rupanya baru aku tahu pokok limau tu sekadar hiasan.. bukan untuk dimakan @ dibuat air.  Perjalanan antara Servilla ke Granada dalam 1 jam setengah melalui highway.  Highway kat sana lebih kurang aje macam kat sini.  Sebelah kanan kebanyakkan di tanam pokok zaitun.. dan aku gak baru tahu rupanya kat sini pengeluaran minyak zaiton.  Pokok zaitun ni rendah aje.  Buahnya kecik-kecik.  Disini aku teringat 1 perkataan yang selalu aku nampak sebab aku ni ala2 co pilot.. salida.. maksudnya keluar.


limau sunkist

lebat.. suka tengok



penerangan oleh fatimah




  La servisia (lebih kurang le ejaannya) maksudnya R&R.  Lebih kurang 45 minit pemanduan kami singgah untuk menikmati lunch.





menikmati makan tengahari



lunch.. kenyang ke.. hampehh.. tekak melayu ni suka yang berat2



pokok zaitun















 alhamdullillah.. akhirnya tiba di hotel cordoba.. hotel yang amat selesa














Aku teruja gak nak gi tempat ni sebab tempat ini merupakan shooting untuk drama Suria di Cordoba lakonan Adi Putra, Sari yanti, Fahrin Ahmad, Lisdawati dan ramai lagi. 

No comments: