Diriku ini..

Dilahirkan dan dibesarkan di Kulai. Meneruskan kehidupan dengan mencari sesuap nasi di Universiti Teknologi Malaysia. Memperolehi tempat berteduh di Taman Universiti, Skudai, Johor. Memayungi dua orang puteri berusia 8 tahun yang bergelar ANIS UMAIRAH dan 3 tahun bernama AMNI QAIREEN. Amat gilerr membaca novel dan amat gemar berjalan-jalan mencari pengalaman dan makanan.



Wednesday, August 24, 2016

JATUH CINTA PANDANG PERTAMA.. PERTH

Dah lama aku nak post percutian aku kat Perth.  Tapi keadaan, masa dan persekitaran yang tak berapa mengizinkan sehingga ku post cerita-cerita lain dulu.. so.. banyaklah yang aku lupa tentang bumi Perth.. takpelah aku type yang aku ingat jer.
aduhhh.. delay plak flight senai to kl

Title post ni melambangkan hati aku.. sampai skrg.. aku selalu cakap kat Mr. Z yang aku sukakan bumi Perth yang nyaman, damai, tenang.. rasanya kalo mudah untuk aku migrait.. dah lama aku buat.. pindah sekeluarga kesana.  Tapi benda tu bukan senang.. so.. dok le lagi kat malaysia.. bumi indah dan permai ni.. cuma kadang2 agak panas.. 
settlekan kemaskan semula beg.. adjust berat.. maklumlah nak jimatkan kos dengan bayaran lagguage

Percutian kali ni kami sekeluarga.. first time cuti ber4 dan campur dengan my bff.. kak ratna.. dalam hujung april aku mendapatkan feedback tentang perth.. sebab sebelum ni aku rasa melbourne n sydney paling best kat bumi australia... memang best.. moden untuk sydney.. dan kenangan di mount buller untuk melbourne.. tapi perth.. ramai yang kata tenang.. aku sebenarnya tak nak le membazirkan duit yang tak banyak ni untuk berjalan tempat yang tak best.. cuma aku teringin nak pegang kangaroo.. so perth le agaknya yang sesuai..selepas tu aku menyettlekan pasport amni qaireen .. alhamdullillah dipermudahkan semua..  
jomm.. kita ke perth

So.. selepas membeli tiket untuk sekeluarga.. aku pun mempelawa ratna aishah.. supaya senang nanti dia ambil gambar kami.. aku ni mmg tak minat sangat ambil2 gambar ni.. tapi nak gak kenangan bila bercuti bersama keluarga.. almaklumlah first time ke tempat yang jauh ber4 ni.. rugi plak kalo takde kenangan. Selepas dah booking tiket.. aku sibuk baca blog n survey transport n accomodition kat sana.. ramai blogger yang dok kat apartment atau homestay.. last2 aku pilih city stay apartment.. walaupun agak mahal.. tapi nampak sangat selesa.. ambil yang 2 bilik sebab.. untuk aku sebilik n untuk kak ratna dan umairah sebilik.  Pastu aku uruskan visa plak.. pengalaman lama aku ada tersilap huruf kat visa kak ratna.. kali ni kena berhati2 sangat.. taknak ada mistake.. settle semua.. aku survey transport lagi.. kereta harga oke.. tapi parking semua mahal.. pastu yang akan memandu aku.. macam taknak ambil risiko.. so tekad naik taxi, bus, train n apa2 kaedah untuk berjalan di sana nanti.  Sebelum pergi.. aku kumpulkan tiket, salinan visa dari email, voucher penginapan, maklumat sikit, dan duit yang tak berapa banyak tu.  Aku, Mr Z dan kak ratna ada beli sedikit makanan untuk main masak2 kat sana.. jimat budget

city stay apartment.. berbaloi-baloi u

So.. 24 mei.. petang tu aku halfday n ambil flight dari Senai ke KL.. alhamdullillah en. Fadil tolong hantarkan ke airport.  Cume check in 2 bag.. 1 beg baju dan 1 lagi beg yang penuh bahan makanan.  Flight dari Senai ke KL plak delay... nasib baik tak berapa lama.. Gab masa agak panjang dari masa kami tiba di KL hingga masa untuk flight.. so memacam benda boleh buat.. penerbangan jam 12 malam.  Tapi dalam jam 10 kami dah masuk ke boarding room.. boleh melepak kat situ plak.. dan almaklum le di KLIA2 ni.. nak ke gate punya le jauh.. gate paling hujung plak tu.

Masa menunggu tu aku dok borak dengan bro ni.. dia memang dah bermastautin di perth.. isteri dia dok melaka.. selalu balik malaysia.  Dengan AA semua boleh terbang.  Penerbangan lancar dari KL ke Perth.. bantai tido jer le.. nak buat apa lagi.. bukan boleh tengok tv.. dah menda takde.. maklumlah nak murah.. Aku dok sebelah amni.. kak Ratna dok sebelah Umairah.. Jenal dok depan.. tenang..

Sampai kat sana pukul 5.30 pagi.. waktu sama jer.. takyah adjust jam.... dan cepat malam ler.. tiba kat sana.. kami melepak dulu tunggu terang sikit.. dan beli simcard le.. ambil untuk internet jer.. ada pilihan.. nak call n internet.. sekian harga.. nak internet jer.. sekian harga.. 
perth.. i'm come

Bila tengok dah terang.. kitorang pun dah bersedia dengan misi terjah perth.. bila keluar.. nampak ada 1 group dalam 7 orang pun sama tunggu bas.. tapi kitorang cuba2 gak tahan taxi.. tapi kerana ada 2 budak.. dan budak kena baby seat.. so tak bolehlah naik taxi.. kena ambil taxi besar.. last2 join group 7 orang tu.. naik bas.. jimat gak.. dalam aud4.50/seorang kalau tak silap.. cuma kitorang kena turun kat station.. and ambil green cat untuk sampai ke apartment.  Memula tu bercelaru juga.. nasib baik ada seorang bro dari neg mana ekkk.. (lupa plak.. kulit hitam) yang berhati putih.. tunjukkan... dan sebelum tu dia tolong ambilkan map kat information center dan bulatkan..  aku yang pegang map tu..
tq bro... bantu kami

HARI PERTAMA: 
WATER TOWN FACTORY OUTLET, PERTH CITY, MALAYSIA HALL, BELL TOWER DAN SWAN RIVER

Dari jauh aku dah bersedia nak turun.. dan dah nampak penginapan.  Kena le tarik beg sikit menuju ke apartment tu.. tapi dah teruja nampak daun maple yang dah bersepah.. sejukkk.. Setibanya kat apartment.. letak beg.. check in kena pukul 12.. itu yang paling awal le.. pastu kitorang pun mencari breakfast kat water town.. betul2 depan apartment.. sgt strategi apartment ni.
musim luruh

Biasalah kat negara orang ni.. kalo kita convert matawang.. memang terasa kemahalannya walau untuk breakfast.. sekali dok sarapan hampir rm100.  Dah melepak kat sini.. kami kembali ke apartment dan alhamdullilah dapat masuk.. wahhh.. teruja tengok apartment.. sangat selesa untuk 4 hari di sini.  Masuk bilik rehat2 dan masak nasi.. selepas tu kita mulakan misi meronda perth city.. memula kami belajar map dulu.. gi ke bell tower... senang aje.. tapi memula dari greencat.. kami nak jalan kaki jer sebab dah nampak dah bell tower tu.. tapi uncle kat sana soh naik bluecat.. apa lagi.. tapi dalam bas kami ubah haluan.. sebab dapat orang yang boleh bawa kami ke Malaysia Hall... nak gak tengok kantin kat sana.. dan nak tengok sendiri camne malaysia hall tu. selalu dengo orang cite jer.. pompuan ni memang baik.. dia bawa betul2 kat situ.. abadikan kenangan di Malaysia Hall Perth le.. pastu kami akan ke Bell Tower.. berhenti betul2 kat bell tower.. gambar2 le.. puas hati.. sampai dah nak gelap.. tapi kat sana.. gelapnya cepat.. pukul 6 dah macam pukul 8.








HARI KEDUA: CAVERSHAM WILDLIFE, MURRAY STREET DAN PERTH CITY 
Hari kedua selepas sarapan pagi.. kami meneruskan perjalanan ke Caversham.. sebelum mulakan perjalanan.. kami tanya kat reception.. dia pun tunjukkan jalannya.. tapi bila nak gerak tu.. macam agak jauh.. pastu kat bus stop.. tanya dgn sorang ni.. dia tunjukkan.. ooohh.. kita kena gi Perth station.. naik yellow cat.. depan hotel jer.. kena lintas belah sana le.. pastu dari situ.. ambil train.. turun ke ambil yang red line train ke midland.. tapi turun kat bassendean.. dah turun train.. kena pergi ambil bas menuju ke stesen Bassendean, then amik bus 955 ataw 956 to Ellenbrook, tapi drop-off kat Whiteman Park. Caversham Wildlife Park terletak kat dalam Whiteman Park.  Masa dalam bas tu.. macam kami menyewa 1 bas.. kitorang jer yang naik bas tu.. tengok rumah2 orang putih.. syoknya.. nampak tenang sangat..  macam masa naik trains dari paris nak ke airport.. aku memang suka pemandangan kawasan perumahan orang putih ni.. umairah plak siap ambil gambar sekolah.. bagus.. bagus.. oke.. dah tiba whiteman park.. turun.. and sebelum masuk wajib bergambar2.. pastu aku call guna telefon kat tepi tu untuk request ambil kitorang ni.. wahhhh pemandu vannya memg baik.. biasa ke indon n pernah datang malaysia.. kuala lumpur n johor...

Dalam caversham wildlife ni... aku agak jakun le.. jakun n teruja nak tengok kanggaroo... first time le katanya.. kat sini memang disediakan untuk bagi kangaroo makan.. kalo nak hulur tangan le n kangaroo akan makan ditapak tangan.. memacam kenangan di kangaroo ni.. memang best.. nak gi lagi.. nak gi lagi.. pastu kitorang gi bergambar dengan wombat.. tak tahu le binatang apa ni.. beratur orang nak gambar.. pastu pindah plak kat koala.. beratur lagi.. oohh.. koala ni dah le suka tido.. pemalu.. dan nak pegang bulu dia.. kena guna blkg tapak tangan.  dah penat kami menikmati makan tengahari.. dan dimaklumkan ada dijual makanan halal di sini.. aku pun beli gak.. nak rasa gak nasi kat caversham.. pastu toilet ada untuk muslim.. dgn hose.. pak david dah kasi tahu semua.

menyewa 1 bas


tunggu train


pintu depan whiteman park






Selepas dah rehat2.. kami ke dalam lagi untuk tengok show.. dah tu dok depan plak.. bila dia layangkan tali tu.. takut terkena kitorang.. siap dia bagitahu takkan kena.. syok gak dengan show dia mengetam bulu biri2.. cekap sungguh.. yelah dah kerja tu.. dah penat dan dah puas.. kami pun suruh pak david hantar ke luar.. tunggu bas.. n terus balik ke perth city.. masa dalam train.. aku berkenan sangat dengan seorang anak mat salleh ni.. hensem plak tu.. dalam trains pun membaca buku.. memang muka budak pandai le.. time2 plak nak menjodohkan anak gadis sendiri.. yang masih kecik.. sederhana dari segala segi.. agak liat bangun pagi.. hahaha.. confirm anak mat salleh tu reject.. cari le anak mat jalal ke.. mat lazim ke... 
bakal menantu


tiba kat perth city.. round2 kat murray st... jumpa le rakan2 1 penerbangan..  dok2 jalan.. lepak2.. gambar2... suhu malam agak sejuk.. suhu siang pun sejuk gak dibandingkan dengan kat sini.  kami pergi musim luruh.. 



HARI KETIGA:  FRAMENTLE DAN PERTH CITY
Okey.. kami macam semalam gak.. hari ni dah mula faham sikit.. naik yellow cat.. dan terus beli tiket ke framentle.. fremenlte ni bandar pelabuhan dan naik trains hingga ke hujung.. macam biasa.. laluan train kat kawasan perumahan orang putih.. suka suka suka.. tiba kat sana.. kami keluar.. tunggu bas.. sebab kat sana pun ada bus free.. tunggu2 tak tiba plak warna yg kami nak.. sebelum ni dapat info memang tak jauh e-shed tu.. Mr. z pun kata nak jalan.. dia jalan 5 langkah.. dah nampak e-shed.. kitorang dok gelak.. rupanya dekat sangat dgn last trains.. E-shed ni dibuka pada hari jumaat, sabtu dan ahad jer.. hari lain tutup.. terujanya sangat nak menyopping souvenir.. dok shopping.. ratus gak le habis.. pastu balik semula ke bus stop tu.. nak ke kailis.. 2 kali pusing naik bas.. baru ala2 perasan kailis.. rasa le gak fish n chip tu... alangkah sedapnya kalo ada sos... dok2 macam org putih..
hasil belian






jom makan

Pastu kami pun membetis menuju ke train untuk pulang ke perth city dengan bag yang membondong2 hasil belian.  Malam tu aku nak meronda dengan bus free.. rasalah gak sampai penghujung station yellow cat, green kat, blue cat n redcat dan malam tu gak Mr. z belikan aku handbag kat watertown factory outlet

HARI KEEMPAT:  KING PARK GARDEN
Hari terakhir.. petang nanti dah nak balik.. kitorang nak gi King Park.. yg kelakarnya.. dok tunggu greencat.. rupanya bas tu tak gerak hari ni.. terpaksa turun.. naik yellow cat.. tukar redcat kot.. dan kena jalan kaki sikit.. tanya punya tanya.. sampailah gak kat king park.. puas hati aku.. tapi yang tak bestnya.. ada org takut sangat kena tinggal flight.. jadi tak lama sangat le kat situ.. tengahari.. balik.. makan.. dan terus ambil bus yellow cat.. turun kat perth station.. pindah kat 1 lagi bus stop.. ambil blue cat.. sampai ke bust station.. n ambil bus ke airport.. 








Dah siap check in semua.. kitorang pun masuk ke boarding room.. rupanya kamilah orang yang terawal tiba.. tapi sebelum tu dah ada yang check in.. diorang meronda tempat lain dulu kot kat dalam airport.. 

Penerbangan lancar.. cuma amni jer agak menakal dalam flight.. siap kacau bro fa tu... alhamdulillah tiba di klia hampir jam 10.. dan terus ambil bus yoyo.. tiba jb dalam jam 4 pagi.. alhamdullillah.. tamat percutian family.. aku seronok dengan percutian kali ni.. mungkin gi dgn anak pinak... takyah fikir sgt.. sbb tak bawa peserta.. pastu jalan2 ikut suka.. langsung tak terikat.. dengan suasana yang tenang.. nyaman.. santai.. i like... next year mesti gi lagi bersama family.. n santai2 mcm ni.. title aku tu melambangkan hati aku yang jatuh cinta pandang pertama dengan bumi perth

No comments: