Diriku ini..

Dilahirkan dan dibesarkan di Kulai. Meneruskan kehidupan dengan mencari sesuap nasi di Universiti Teknologi Malaysia. Memperolehi tempat berteduh di Taman Universiti, Skudai, Johor. Memayungi dua orang puteri berusia 8 tahun yang bergelar ANIS UMAIRAH dan 3 tahun bernama AMNI QAIREEN. Amat gilerr membaca novel dan amat gemar berjalan-jalan mencari pengalaman dan makanan.



Wednesday, August 24, 2016

SETAHUN BERLALU.. PEMERGIAN BAK

Dah setahun aku ni anak yatim piatu.. tiada berayah.. tiada beribu.. 18 Ogos 2016 genap setahun pemergian bak.  Cepat masa berlalu. Teringat masa kehidupan aku dulu yang ada mak n bak dikeliling.  Aku hidup ber3.. (sebab aku kawin lambat).. aku, mak dan bak.  Dapat gaji.. naik kete kancil hijau.. gi makan kat kota.. gi makan kat kedai khamis.. tapi sekarang itu tinggal kenangan.  

Teringat kebaikkan mak.. tak lokeknya mak.. sedapnya masakan mak.. kasih sayang mak.. belaian mak.. teringin lagi nak baring sebelah mak.. rindunya kat mak

Teringat kebaikkan bak.. tak lokeknya bak.. sayang kat bak.. 


Mak dan bak.. semoga ditempatkan di kalangan orang beriman

No comments: