Diriku ini..

Dilahirkan dan dibesarkan di Kulai. Meneruskan kehidupan dengan mencari sesuap nasi di Universiti Teknologi Malaysia. Memperolehi tempat berteduh di Taman Universiti, Skudai, Johor. Memayungi dua orang puteri berusia 8 tahun yang bergelar ANIS UMAIRAH dan 3 tahun bernama AMNI QAIREEN. Amat gilerr membaca novel dan amat gemar berjalan-jalan mencari pengalaman dan makanan.



Thursday, May 17, 2012

Duniaku Episod 5 Bumi Winter Sonata

Tak habis lagi kisah duniaku.. dunia jalanku... boring gak membaca tajuk yang hampir sama..  (kalo ada sudi yang membaca) kali ni tajuk ada tambahan... bumi korea.. bumi winter sonata.

Actually dah lama aku memang berangan nak ke korea.. jadi untuk dijadikan cerita dalam bulan 10 ada plak yang mengoffer aku untuk menguruskan percutiannya di sana.  Pucuk di cita ulam mendatang..tanpa berlengah aku dengan amanah, bersedia dan cekap berjanji untuk menguruskan percutiannya.. dan sebagai imbuhan aku diajak ikut serta... wowwww...sangat teruja.. sebab memang aku berhajat ke sana.. akukan peminat cite korea... dululah.. skrg. dah kurang.. tapi winter sonata, all about eve, full house, baby face n beberapa drama lagi memang dalam otak aku ni.

Maka tanggal 27 mac dalam 6.30 pagi aku telah dijemput oleh sepasang pengantin baru untuk di bawa ke senai international airport.  Lebih kurang jam 9 kami selamat tiba di LCCT dan menunggu hampir 5 jam untuk penerbangan seterusnya ke Incheon, Seoul.  Bagi diri aku yang memang gemarkan naik kapal terbang besar ni, perasaan takut tu kurang sikit peratusannya.  Lebih besar lebih mantap kot... perjalanan alhamdullilah.. dan lebih kurang jam 9.50 waktu sana dan 8.50 waktu malaysia kami selamat mendarat di Incheon International Airport.  Besar airportnya. Bila kuar dari airport.. wowww.. sejuknya.. hingga ke tulang.. dianggarkan suhu waktu malam dalam 6c kot.. yang pasti sejukk


mungkin ini seoul

waktu tiba

lambang incheon airport

menunggu turn untuk cop,, dah le tu banyak plak aku kena soal.. sebab macam aku gi sorang je
Sesudah keluar dari airport.. kami tak sempat mengejar bas untuk ke seoul.. so terpaksa menaiki taxi jumbo.. perjalanan jauh lagi ni.. alamakkk.. si hadie yang membawa kami ni macam org. korea gak..
 kat luar airport.. sejukkknya




Haddie tengah mengorder makanan dengan auni (makcik)

nampak gembira bila haddi mengorder makanan

kimchi.. macam sambal belacan le.. setiap kali makan mesti ada kimchi


makanan aku.. sotong

asam pedas korea

kedai makanan berhampiran penginapan
Esoknya sesi lawatan dimulakan.. hari ni bukan haddie yang bawa sebab dia ada kelas.. so member ni si gadis dari mongolia.. undra namanya.. dia student master dan bfnya muslim arab.. hensem gak aku tengok.. tengok gambar je le..  dia le yang akan membawa kami berjalan-jalan.. lawatan pertama kami ke seoul tower.. wahhh.. ingat cerita awan dania.. memang aku nak ke tempat ni..  yang ada kunci-kunci tu..

baru kuar dari penginapan.. menunggu kat tepi jalan



Dongdaemun.. petunjuk kat subway

seroul tower.. N tower

posing sebelum tiba atas... penat gak

pemandangan semasa mendaki nak ke seoul tower

gembiranya bapak n anak

seoul tower kat belakang aku



pokok kunci



penuh kata cinta yang di dedikasi kat jubin



sape tu???

antara cenderamata


comel kan






bukan kerana aku duduk tau kerusi ni jadi camni

inilah hasil selepas aku bangun.. kuatnya aku...!!!!




jarak malaysia ke seoul


jauh dah aku tinggalkan kl

kak mala n undra

wahh happy sakan.. cam nak terbang


menuruni bukit.. aku orang belakang

posing sendiri dalam bas




dah habis melawat seoul tower, kami nak gi shopping plak.. bukan aku le.. aku menemankan orang yang nak gi shopping....sebelum tu kami makan dulu bagi tenaga..  kimchi mesti ada.. kira kimchi ni macam sambal belacan.. sepanjang kat sana cuaca memang sejuk walaupun kalo nak ikut ini dah penghujung musim sejuk... kita orang di bawa ke tempat untuk membeli souvenir untuk orang kampung dan yang tersayang..  ini memang tempat shopping orang yg mcam aku.... best gak tempat ni.. kat sini gak ada kedai handbag original tapi dah second.. cantik2..oleh kerana duit aku tak banyak takde le aku membeli handbag.  Aku beli kasut.. sebab dah penat gi kasut yang sedia ada

kedai souvenir.. sepapan biasanya 10000 won.. bersamaan lebih kurang rm30.00

saja ambil gambar bae yong joon

demam k pop







diorang tengah melelong baju sejuk... bebaloi-balai

sape nak???

Nam Dae Mun Market

Setelah penat bershopping, kitorang balik semula ke penginapan.. letak barang dulu.. pastu sambung semula ke Dangdaemun plak... cam tak reti penat plak.. tapi best.. tak berpeluh sebab cuaca sejukk.. i like

singgah kat sini mencari krim BB Si Mak Dara punya

Jagung kat sana..bukan selera ku

Cantik-cantik kulit diroang.. suka aku tengok




mencari kain sutera korea kat sini



Hari ke 3 kami akan ke Itaewon dimana ramai orang beragama islam di sini dan dah pastilah makanan pun halal.  I like.. Kat korea ni jalannya berbukit-bukit.. asyik mendaki naik dari subway dan kat itaewon mendaki lagi untuk sampai ke masjid.. bikin gua kurus + penat ni..

ita (diriku) won (matawang korea)... menggambar diriku mata duitan.. ooohhh.. tidak..



undra yang comel... belatih jadi muslimah. maklumlah bf muslim

masjid itawon.. kalo hari jumaat penuh dengan student islam dan penganut agama islam







persekitaran di itawon

tumbang plak tiang tu


keluarga bahagia yg kesejukan

pasni aku gi sini

target aku akan datang

bila ya aku akan ke sini

telah berjaya ku takluki... best gi beijing


insyallah aku akan kesini



aku disini skrg

map kat itawon

i'm here



bibir sape yg tersangkut tu

memang nak gi sini






setelah puas menyusuri itawon dan menikmati beriani yang sedap tu aku meneruskan perjalanan menaiki bas, train, taxi dan feri menuju ke nami island... wahhhhh.. terujanya aku... memang aku nak ke sini.. dapat plak bermalam... pucuk di cita ulam mendatang.. minta betis dapat paha... tq penaja..


dalam train menuju ke nami island

dalam perjalanan

turun dari station.. sambung naik taxi plak



nak naik feri plak di republic naminara


dah mula teruja ni tengok patung ni.. comelll

itu bear hotel...

bendera malaysia gak ada disini

pelawat turun dari feri


dah tiba pulau nami

pokok yang tak berapa menjadi

Wednesday, May 16, 2012

Duniaku Episod 4 Ibu kota

Bawa orang Felda jalan2 ke kuala lumpur.  Penerbangan kami pagi dan dah selamat bertandang ke negeri orang jam 9.00 pagi.. terus ke pusat bandaraya dan bersarapan.  Sesudah itu round sogo dan masjid india sampai penat.  Dah puas kami meronda plak menaiki lrt ke kelana jaya dan sri petaling... baru rm2.. puas naik lrt.  Malam balik ke lcct dan selamat tiba ke senai lebih kurang jam 9 malam.

barang yang dibeli tudung dan baju je.. jadilah tu

Duniaku Episod 3 Miaww

kali ni gi kuching lagi sekali iaiti pada 15 hingga 16 Februari.. membawa sekali keluarga belah mertua dan ipar duia.. nasib baik ipar duai sepasang je... (adik Mr. Z ada sorang)... diaorang first time ke kuching.

setiba di sana disambut oleh bujang yang tersangat baik dan mudah memberikan kerjasama.  kami menikmati makan tengahari dan terus ke muzium kuching sebelum ke kampung budaya.  tapi aku terlupa plak nak bawa camera.  tak masuk pun.. cuma gambar kat burung kenyalang je.  pastu check in harbour view.. mudah hotel ni.. bila2 masa boleh gi main bazar.  Malam kami keluar lagi untuk menikmati makan malam dan bawa round keliling kuching.

Keesokkan harinya kami membeli kek lapis untuk di bawa pulang dan terubuk masuk abang jeff.  Selepas makan tengahari kami gi rumah cik li di kem berhampiran airport.. itulah percutian ringkas aku n keluarga mr. z.  Lebih kurang jam 9.00 kami tiba ke rumah.  Alhamdullilah.. tercapai sudah impian keluarga Mr. Z ke sarawak.

Dewan undangan negeri di astana

melintasi sungai serawak m
main bazaar

Duniaku Episod 2 Tugu Monas, Paris Van Java

Perjalanan kedua bersama staf anpec.. pertama ke ho chi minh dan ini yang kedua.. dan kedua perjalanan jauh untuk tahun ini iaitu pada 4 hingga 7 Februari 2012.

Setiba di sana kami beratur panjang gak untuk pemeriksaan pasportt.. biasalah kalo ke indonesia mesti camni.  tapi under control semuanya.  Perjalanan diteruskan ke tanah abang.  Aku terus membelikan anak kat rumah beg troli untuk jalan dan bakal anak beg kereta.. saja suka2.. 

Aku pun dah banyak lupa rentetan cite trip ni sebab dah lama... hari pertama ke jakarta dan terus ke bandung.. dalam perjalanan bas buat hal.. so terpaksa melepak kat R&R sampai siap.  Sebelum tu bas mengelurkan asap...semua lari.. takut meletup.  So, lambat le tiba ke bandung.. setiba disana terus lepak.. 

Esok perjalanan diteruskan ke tangkupan perahu... seperti biasa sang kuriang sentiasa mengejar tak kira yang di kejar spesis dayang sumbi ataupun bapa dayang sumbi.   Diorang ramai beli jam hard rock cafe dan beatles tu.  Turun dari tangkupan perahu kami menikmati makan tengahari di kampung daun.   Nasi timbel sorang satu dan es campur.  Sesudah itu meronda toko 3 dan cibaduyut.. jalan sambil berbelanja.  Malam si ana kuar.. so aku mengirim bakso.. wowwww.. first class rasa baksonya.. tak sia-sia pak mulo prmote.

Hari ke 3 terus ke pasar baru.. aktiviti shoping je.. dan aku tak tahu dah nak tulis apa.. dah tak rasa sangat xcited ke bandung sebab macam dah sering ke sana.. malam tidur ke puncak.  Cianjur hotel sangat okey.. besar dan selesa.  Malam ngeteh ramai2 (dengan staf anpec).. saja je aku join..pekena bakso.. alamakkk.. kat bawah tu ada kedai runcit ala-ala minimart.. diaorang bagitahu makeup murah.. aku pun sambar satu..

ni aje kenangan yang aku ada.. skrg memang aku malas ambil gambar bila gi jakarta, bandung dan puncak
Esok sesudah breakfast kami terus pulang ke jakarta dan terus ke airport untuk terbang ke malaysia.


Friday, May 4, 2012

Duniaku Episod 1 Bumi kenyalang

melihat pertunjukkan

semenggoh orang hutan

peneman setiaku.. puan ratna aisah.. terima kasih puan


kak apa ya..??? lupanya le namanya.. tapi dialah tourist kami masa di kampung budaya


peserta trip mendengar penerangan

posing bodoh2 dalam dewan
Setiap orang ada hobi.. cuma lain2 citarasanya... tajuk aku menggambarkan hobi aku yang satu iaitu berjalan2...  dan jalan2 itu adalah duniaku.. azam akukan mengelilingi dunia.. lihat negara orang... sepanjang perjalanan menimba pengalaman motto hobi aku.. hehehe..

Perjalanan aku dimulai dengan melangkah ke kuching pada 8 hingga 10 Januari 2012.. membawa bersama 62 orang termasuk aku yang terdiri daripada 60 orang kaum adam dan cuma kami berdua iaitu aku dan Ratna Aisah kaum hawanya.  Alhamdullillah membawa kaum adam memang tak rumit.. cuma sikit rumit ada yang nak ngeteh je..

Perjalanan berjalan lancar dan terus mendarat ke kuching international airport dalam jam 2.00 petang.  Terus di bawa untuk menikmati makan tengahari, membeli kek lapis dan berjalan-jalan di water front city.  Keesokkan harinya lawatan di teruskan ke kampung budaya.  Wahhhh!!! gembira aku melihat diorang yg sporting turut menari bersama artis kampung budaya.  Sesudah bersembahyang kami melawat ke orang hutan di semenggoh dan sebelum ke hotel kami menikmati seafood yang enak dan lazat.  Hari ketiga masa untuk pulang.

Terkenang-kenang cerita2 kat sana.. di mana ramai yang tertanya siapa kami kaun hawa yang berdua ini.  Ada yang menyangka kami ni orang sarawak.. setelah diterangkan kami ni menguruskan lawatan tersebut ada juga yang meminta bisnes kad... maaf belum cetak.  Perjalanan di sana menggunakan 2 bas dan didalam bas penuh dengan cerita lucu bersama orang2 felda.. terutama datuk penghulu air tawar 2.. kelakar orangnya.  Mesra di samping ratna aisah.. mungkin sebab dah takde pilihan kot.. heheh..

Alhamdullilah.. dan harap peserta yang aku bawa berpuas hati dengan layanan dan perkhidmatan yang diberi.

Setelah lama terkubur...

Entah kenapa ya aku jadi seorang yang pemalas untuk menulis kat blog ni.. aku memang bukan penulis tapi sekurang-kurangnya ada juga sesuatu untuk aku baca tentang diri aku di hari depan kelak.  Dah lima bulan aku meninggalkan ruangan ni..... apa kesibukkan aku ya?? berjalan je ke.. tak gak rasanya.. tapi hari ni aku cuba bangkit setelah lama berkubur...