Diriku ini..

Dilahirkan dan dibesarkan di Kulai. Meneruskan kehidupan dengan mencari sesuap nasi di Universiti Teknologi Malaysia. Memperolehi tempat berteduh di Taman Universiti, Skudai, Johor. Memayungi dua orang puteri berusia 8 tahun yang bergelar ANIS UMAIRAH dan 3 tahun bernama AMNI QAIREEN. Amat gilerr membaca novel dan amat gemar berjalan-jalan mencari pengalaman dan makanan.



Wednesday, May 16, 2012

Duniaku Episod 2 Tugu Monas, Paris Van Java

Perjalanan kedua bersama staf anpec.. pertama ke ho chi minh dan ini yang kedua.. dan kedua perjalanan jauh untuk tahun ini iaitu pada 4 hingga 7 Februari 2012.

Setiba di sana kami beratur panjang gak untuk pemeriksaan pasportt.. biasalah kalo ke indonesia mesti camni.  tapi under control semuanya.  Perjalanan diteruskan ke tanah abang.  Aku terus membelikan anak kat rumah beg troli untuk jalan dan bakal anak beg kereta.. saja suka2.. 

Aku pun dah banyak lupa rentetan cite trip ni sebab dah lama... hari pertama ke jakarta dan terus ke bandung.. dalam perjalanan bas buat hal.. so terpaksa melepak kat R&R sampai siap.  Sebelum tu bas mengelurkan asap...semua lari.. takut meletup.  So, lambat le tiba ke bandung.. setiba disana terus lepak.. 

Esok perjalanan diteruskan ke tangkupan perahu... seperti biasa sang kuriang sentiasa mengejar tak kira yang di kejar spesis dayang sumbi ataupun bapa dayang sumbi.   Diorang ramai beli jam hard rock cafe dan beatles tu.  Turun dari tangkupan perahu kami menikmati makan tengahari di kampung daun.   Nasi timbel sorang satu dan es campur.  Sesudah itu meronda toko 3 dan cibaduyut.. jalan sambil berbelanja.  Malam si ana kuar.. so aku mengirim bakso.. wowwww.. first class rasa baksonya.. tak sia-sia pak mulo prmote.

Hari ke 3 terus ke pasar baru.. aktiviti shoping je.. dan aku tak tahu dah nak tulis apa.. dah tak rasa sangat xcited ke bandung sebab macam dah sering ke sana.. malam tidur ke puncak.  Cianjur hotel sangat okey.. besar dan selesa.  Malam ngeteh ramai2 (dengan staf anpec).. saja je aku join..pekena bakso.. alamakkk.. kat bawah tu ada kedai runcit ala-ala minimart.. diaorang bagitahu makeup murah.. aku pun sambar satu..

ni aje kenangan yang aku ada.. skrg memang aku malas ambil gambar bila gi jakarta, bandung dan puncak
Esok sesudah breakfast kami terus pulang ke jakarta dan terus ke airport untuk terbang ke malaysia.


No comments: