Diriku ini..

Dilahirkan dan dibesarkan di Kulai. Meneruskan kehidupan dengan mencari sesuap nasi di Universiti Teknologi Malaysia. Memperolehi tempat berteduh di Taman Universiti, Skudai, Johor. Memayungi dua orang puteri berusia 8 tahun yang bergelar ANIS UMAIRAH dan 3 tahun bernama AMNI QAIREEN. Amat gilerr membaca novel dan amat gemar berjalan-jalan mencari pengalaman dan makanan.



Monday, July 2, 2012

menjejaki cameron highland

kali ni kisah anis umairah ke cameron highland.

sebenarnya aku pernah bagitahu nak gi  cameron highland... dia xcited.. dan bila dapat result.. aku bagitahu dia itu hadiah dari ibu dan ayah.. itu ringkasan mukadimah aku pada umairah.. tapi sebaliknya.. aku organize untuk mykaseh club under hema.  nak gi sendiri pun banyak modal.. so aku pun mula merangka.. ada plak kawan2 yang support.. thanks my fren yg sentiasa menyokong aku.. so bila meeting mykaseh aku terus present paper work dan terus dapat appoval dari pengerusi yang baik hati tu.. heheh.. so harga nak ke sana.. untuk ahli kena kira seat... sebagai langkah untuk aku and husband dok selesa.. untuk ahli mykaseh.. rm20.00 untuk pergi dan balik satu seat... bukan ahli mykaseh rm30.00 (duit tu untuk cover elaun harian dan makan driver beserta duit tol.. bas dapat sponsor).  aku ambil 4 seat untuk 3 orang.  Hotel lain harga.. ikut jenis bilik. 

langkah pertama selepas dapat approval.. aku terus berhubung dengan abg man untuk urusan bas.. bila dah dapat keputusan terus menghubungi hotel.. wahhh.. gawatt.. semua penuh... last2 dapat tudor inn.. alhamdullilah dekat brinchang dan dekat dengan pasar malam, big red strawbeery.. cactus valley.. tempat makan pun banyak.. selamattt..

ooohhh.. ini kisah mengembaraan anis umairah ke cameron highland.. bukan kisah si ruzita dan si mr. z.  malam sebelum pergi dia dah tanya aku.. esok gi sekolah dan malamnya terus gi cameronkan ibu.. yess.. so selepas dia bersiap kami menghantar amni qaireen ke rumah joy.  pastu baru gi utm.. sorang 1 beg.. senang.. cuma aku menumpang beg anis

okey.. pergembaraan bermula setiba di tapah.. maira mandi dan bersarapan nasi goreng.  pastu maira rasa sakit perut.. aduuhhhh!!... ibu kena temankan ibu ke toilet le tu..
nasi goreng... nyupppp

sedap gak ibu..

  pastu maira n ibu melepak jap kat gazebo tempat bas sementara menunggu bas. 



sementara menunggu jam 8 untuk ke atas



Dalam bas untuk naik ke atas laluan bengkang bengkok... maira rasa sakit perut lagi.. ibu pinjam minyak yuyi.. dan maira terus peluk ibu.. tiba kat bharat plantation.. maira dah mula teruja.. teruja nak payung strawberry.. sebelum tu ibu suruh poss kat pokok teh..


selamat tiba di bharat plantation

ladang teh









ini payung yang ibu belikan.. ayah pun ada belikan satu payung.. untuk baby punya...

perjalanan diteruskan ke tanah rata.. ibu sibuk menguruskan bayaran.. maira join ibu sekali.. pastu maira pun apa lagi jadilah model tak berbayar ibu.. naik penat gak maira.. tapi seronok.. dapat fren baru.. darwisya dan alia... saiz badan maira sama dengan saiz badan darwisya yang baru 3 tahun.. 

kat taman agroteknologi ni bagus.. banyak ilmu boleh dapat.. selain dari dapat mengenal bunga dan pokok










buah tomato


aku dan pir

baby tomato

disebalik lado

wisya, anis, dan alia







wisya mencium bunga ros pink

deretan salad
ros putih
huhhh.. jalan sampai penat.. dah puas kat sini.. kita gi meneruskan lagi perjalanan ke brinchang... cari tempat makan dulu... maira mesti kena marah sebab taknak makan.. nak minum je.. bila nak besar kalo camni..pas makan maira dah mula tengok kawan2 dah pakai sarung tangan.. alamakkkk.. maira pun teringin sama.. keluar lagi duit ayah.. tolong duit tabung lagi ya.. ringanlah tabung awak bila balik nanti

pas makan.. kena gi tempat bas.. alahhh bas takde paking berhampiran hote.. so terpaksalah jalan kaki... maira bawa beg sendiri.  selepas ibu menyetelkan hotel.. kita baring dulu.. maira terus mandi dengan air sejuk.. ibu dah tidur time tu.. selepas bangun tido gi pasar malam

baju anggur ibu beli di jakarta


sementara mennggu ayah beli ayam golek.. kita pos

baju lama.. saja ibu bawa.. nak samakan dengan buah yang ada kat cameron highland

hari kedua kitorang gi ke big red strawberry.  bersarapan waffle.juice strawberry dan milk shake strawberry.. sedap.. sebelum tu poss dulu



autie fara, autie mala, ibu dan autie fira



love ibu


tea time ibu

 balik dari big strawberry.. terus ambil baraag untuk dihantar ke bas.. 
dalam bas.. dah lepak..
perjalanan di teruskan ke nilai 3.. dalam bas dari tapah ayah asyik dok berkaraoke... tiba di nilai 3.. kami tak berjalan2 sangat pun.. sebab ibu tak mahu beli apa.. so.. melepak kat kedai makan dengan autie fara.
kat nilai 3.. temankan ibu melepak kat kedai je.. tak nak beli apa2 pun




 ayah belikan masa kat big red strawberry
beg punjut strawberry

perjalanan tiba di utm dalam jam 11.30 malam.. letih tapi seronok.. kata ibu 5 tahun lagi baru gi.. time tu maira dah 10 tahun.. qaireen 5 tahun...  ibu... maira rindu kat qaireen...

sekolah, pelajaran, exam dan result

Sekolah tadika sekarang banyak memberi pendedahan awal kepada kanak-kanak.  Bukan sekolah makan dan minum je.  Pada aku bagus gak... bukan apa.. budak2 sekarang ni advance.. so.. dengan teknik-teknik yang sebegitu.. membuatkan budak2 tak rasa gentar apabila melalui sesuatu perkara dalam menjalani kehidupan di sekolah yang lebih tinggi. 

Contoh paling jelas sekolah Tadika Indah Ria... anak aku sekolah murah je.. walaupun camtu pada aku yang tak berapa berduit ni.. sekolah ni pun dah kira okey.. rabak gak hampir rm200.00 dengan van setiap bulan.  Mungkin konsep aku ada beza sikit dengan konsep orang lain.. bukan tak mahu hantar ke tadika bagus2.. mahu tapi banyak faktor aku kena kira.. 1. ofcz le kewangan.. 2. just nak kenal2 dunia persekolahan (nak xpose anak je).. 3. permulaan sekolah dan mula nak mengetahui ilmu2 asas je.. 4.pembelajaran sek. murah ke.. sek mahal.. cikgu ajar ramai2.. bukan dia ajar anak kita sorang dan memberi penekanan untuk anak kita je..... so memadai le dengan sekolah tu.. (ibubapa pun kena pantau anak tak kira sek. mahal atau murah.. aku ni pandai cakap. je.. aku sendiri tak berapa memantau anak)..  5. aku tak mahu sek. tu hanya suruh anak aku main dan makan je..  (that y le aku tak pilih sekolah free).. dipendekkan kata kita bebas memilih berdasarkan kewangan, pemikiran dan kesanggupan

3 minggu sebelum exam aku dapat jadual periksa.. tersenggih aku.. cam nak ambil periksa besar je.. so time exam aku ingatkan gak.. alah.. bukan nak periksa besar pun... tapi kena buat gak betul2.. sekolah dia ni memang setiap hari ada homework..  biasanya 3 homework so setiap hari kena check buku dia.. check ajerrr... bukan mengajo sangat.. sebab aku ni jenis cepat gak naik anginnya.. 

dan 2 minggu lepas.. time ambil report card...aku gi le...saja nak dengar respon teacher.. sebab kalo menurut si anak semua dia okey... cam setiap hari dapat chop good.. tak espect pun dia dapat tempat 2nd. Dan menurut kata teachernya.. dia okey.. antara yang okey.. cuma dia cepat boring.. kalo dia dah tahu dia jenis malas nak baca lagi.. taknak ulang2.. walhal dia kena baca dengan kuat supaya kawan2 boleh ikut.. Bahasa melayu 100%, math 98%, sains 98%, bahasa inggeris 98%, apa lagi yang dikira.. dan yang tak dikira.. lukisan, agama, moral.. tak silap semuanya salah satu.. dia cuai le tu  dan markahnya sama dengan tempat ketiga.. cuma lukisan dia lebih baik untuk menentukan dia ditempat kedua..dan dia ni ketua group.
ini baru penilaian pertama.. tapi aku doakan dia sentiasa teratas dalam pelajarannya. 

hari isnin dia bawa balik piala.. rupanya ada majlis penyerahan hadiah.. bawalah balik piala.  dia kata emak kawan dia yang dapat no. 1.. menangis.. mesti menangis gembira.. dan ibu pun tumpang bangga dengan kejayaan pertama anis umairah.. teruskan usaha yang sayang... dan hari berikutnya dia membaca pulang pemadam, pensil dan pengorek.. dia dapat sebab dia dapat jawap banyak untuk spelling.. 

piala tempat kedua
bertubuh kecil dan sangar rendah anis umairah



Friday, May 18, 2012

Memayungi Dua Cahayamata

Alhamdullillah.. rezeki kurniaan Allah... 

CAHAYAMATAKU
11 Mei 2012 jam 4.30 petang aku berjaya mengendong seorang lagi cahayamata kedua... anak perempuan bernama AMNI QAIREEN.  Lahirnya dia pada 11 Mei 2012 jam 2.50 petang bersamaan 19 Jamadilakhir1433H dengan beratnya 2.85 di Hospital Sultan Ismail.  Mudahnyakan aku mendapat anak kedua nikan... hahahah.. Rezeki.. lagipun dia ni bukan orang lain..kami ada pertalian darah.  Dan tak semudah yang dibayangkan... mungkin ada hati yang terluka akibat janji yang telah dibuat dan untuk melaksanakannya mengalirlah airmata.   Maafkan aku... insyallah aku takkan putuskan pertalian yang ada

KETENANGAN KEBAIKAN
Amni Qaireen mengikut pencarian melalui google bermakna Amni-ketenangan dan Qaireen -Kebaikan.. aku nak anak aku ni seorang yang tenang dan baik dalam menangani liku-liku kehidupan kelak.  Menjadi anak yang menghormati orang tua... tenang dalam segala ujian, sopan santun, bijak, sihat dan baik didunia dan akhirat.. tinggi gak harapan seorang ibu kepada anaknya.  Nama Amni.. Umairah yang bagi.. sebelum ni dia nak namakan Amni Soffiya... tapi kerana ada insan yang lebih berhak untuk menamakan suruh aku meletakkan huruf Q.. maka dengan senang hati Mr. Z mencari huruf Q.. kalau ikut aku yang malas nak mencari ni nak namakan Qalisya atau Qaira.. tapi Mr. Z lebih nak menamakan Qaireen.. cam kurang sikit yang gunakan nama Qaireen tu... dan itu mendapat kelulusan dari aku.  Baru boleh guna.. heheh.. kalo tak ada aje bangkangan... bukan apa.. tukar pendapat je.. saya setuju nama tu Mr. Z

PERUBAHAN JADUAL
Anak kedua ni aku cuba jaga sepenuhnya.. xspecially waktu malam... anak pertama dulu.. dalam hari aku sub je kat kampung.. so lepas habis hari aku bawa balik rumah.. dia menangis.. aku pun nangis sama.. jadi yang kedua aku taknak peristiwa berulang lagi.. nampak gayanya jadual tidur aku berubah le.. aku kena tidur awal dulu.. habis isyak je.. dalam jam 9 aku dah tidur.. dalam kul 11 aku bangun... kalo baby okey.. aku sambung tidur.. jam 3 pun cam tu.. aku bersedia untuk berjaga.... 2 malam lepas aku macam bermimpi.. dengar baby nangis.. Mr. Z kejutkan aku.. rupanya anak sendiri yang menangis... Jam 4 biasanya aku sambung tidur sampai jam 6.30.. aduuhhh... kurang sikit waktu tidur.. tapi takpe.. untuk kesenangan bersama.... 

JAUNDICE
Amni Qaireen gak tak terlepas dari kena penyakit kuning.. walhal bapanya dah ingatkan untuk aku mandikan dengan serbuk kuning tu... tapi nasib dia.. so hari ke 3 kitorang bawa dia gi klinik.. tinggi gak kata nurse.. 10.6, hari ke 4 camtu gak.. 8.8 hari ke 6 baru okey 5.6.. dan alhamdullillah dah tak perlu bawa gi klinik.. dia ni memang kuat menyusu.. alamakkk.. kena ingat hari ni aku kena belikan susu... 

SUSU LACTOGEN
bab susu plak.. aku ni jenis kedekut ke.. ??? orang selalu cite guna susu bagus2.. untuk otak. tulang dan kulit.. tapi aku plak jenis suka ikut kakak-kakak aku.. (kira ambil yang baik le) dia orang kata susu ikut keserasian dan tak perlu mahal.. susu yang baik belum tentu menjadikan otak yang bagus.. kena belajar gak nanti.. cuma aku harap anak dapat tubuh dan otak yang sihat.. so aku gunakan lactogen je.. sederhana.. yang penting cara didikan aku nanti.. bukan faktor susu semata.... tapi aku tak menafikan susu ibu susu terbaik.  Susu lembu??? Lebih kurang aje bagaimana dia terhasil... cara promotion dan pengikalanan diorang yang buat ibubapa tergoda..

PENJAGA
Nasib baik billa ada time camni.. billa baru habis belajar dari Politeknik Merlimau.. Diploma in Management le kalo tak silap.. kalo salah dalam Marketing le.. So secara kebetulan dia baru habis exam final minggu lepas.. then dia bercuti ke Sarawak.. lepas tu dia terus dapat offer  menjaga anak aku... Gaji dia... hehehe.. aku bayar le sikit.. tak gak sikit.. tapi okeylah.. lepas le kot dia nak bayar viva dia.. sabtu dan ahad aku bagi cuti.. makan ditanggung (dia makan sikit sangat) aku nikan jenis majikan yang baik.. malam rehat.. tolong le basuh pinggan mangkuk tu ya.. tapi dia okey.. semua perkakasan baby dia settle.. termasuk basuh baju.. dan bawa baby round2 lagi naik kete.

HARAPANKU
Walaupun Anis Umairah dan Amni Qaireen bukan darah dagingku tapi aku berjanji akan menjaga diorang sebaik-baiknya.  Aku belum di berikan rezeki untuk memiliki anak sendiri.. tetapi aku rasa aku memang seorang ibu yang mempunyai dua orang anak yang sangat-sangat aku sayang.. sepertimana aku selalu bagitahu anak pertama.. dialah nyawa aku.. dan anak kedua.. dialah jiwa aku.. aku sayang anak-anak aku.. mungkin orang tengok aku ni jenis selalu tinggalkan anak.. jenis tak ambil kisah sangat.. jenis take it easy... tapi di sudut hati aku ni aku memang sayangkan diorang.. aku selalu terfikir bila aku takde anak.. sapa yang sudi menjaga aku dihari tua..?? aku pun tak tahu nanti kasih sayang diorang kepada aku.. ?? adakah diorang yang akan jaga aku dihari tua?? di waktu aku sakit?? cuma aku boleh berdoa dioranglah yang akan melindungi aku pula dihari tua diwaktu aku sakit.. berkongsi kegembiraan dan kesedihan bersama seperti sebuah keluarga bahagia yang lain.. moga budi yang baik di balas baik juga.. dan Ya Allah yang tuhanku...  semoga aku berjaya memayungi dua orang cahaya mata kurniaan mu ke jalanmu didunia dan diakhirat... jadikan mereka berdua anak yang sentiasa membahagiakan penjaganya.

Aminnn..

Thursday, May 17, 2012

Duniaku Episod 9 Terbang ke Kuching

Bertandang ke kuching pada 5 Mei.. 

rasanya macam dah malas.. tapi kerana ni macam gathering kita adik beradik.. terpaksalah aku join.. tak syok plak aku tak join... gi ramai2 ni best gak..

just trip singkat.. tiba malam, esok gi serikin dan pasar satok...  malamnya balik... flight delay.. ada masalah teknikal.. tapi alhamdullilah akhirnya tiba rumah dengan selamatnya lebih kurang jam 11.00 malam.



Duniaku Episod 8 Jakarta Puncak Bandung

Trip aku kali ni ke Jakarta, Puncak dan Bandung dengan membawa bersama Pengurus Felda Wilayah Zon Selatan seramai 59 orang.  

Pagi2 aku dah keluar dan terus ke KLIA.. diorang naik flight lion air .. aku plak  naik air asia ..  nak murah kononnya.  Diorang tiba kat KLIA tengahari dan flight diorang lebih kurang jam 3.30.. semua berjalan lancar.. yang tak lancarnya kami berdua.. gara-gara terlambat ke LCCT kami telah ditinggalkan flight.. terpaksalah naik Mas Airline.. aduuhhh.. nasib badan.. moga ada hikmahnya... masa tu memang pening kepala den memikirkan.. telefon klm, telefon lion, dapatkan harga air asia.. last2 mas airlines gak yang kami ambil..  itu pun flgiht malam.. hati memang tak senang.. aku suruh iim bawa ke morib.. memang dah lama nak tengok pekan morib dan laut disana.. tercapai gak... tengah stress time tu.. tiba airport dalam jam 12  waktu kita.  Dari airport jakarta terus ambil kenderaan ke puncak.. jam 3 pagi tiba puncak.. makkk ooiii.. tidak ku sangka jadi begini.

Jalan ke puncak pun bergerak perlahan sebab ramai menuju ke sana.. maklumlah esoknya cuti.. 
kat klia

Kedatangan aku tak sia-sia.. menyelesaikan masalah diorang.. mana tak hanya 1 bas yang boleh memuarkan 60 orang.. memang muat.. tapi tak selesa.. so aku mohon dapatkan 1 lagi bas.. hari ke2 dia bagi van yang boleh memuarkan 15 orang.... kurang sikit seksaan orang naik bas.. ada plak yang tertinggal pasport kat bilik hotel.. tapi alhamdullillah semua under control..
waktu pagi di puncak

para peniaga jalanan

beli buk

bagasi dari malaysia

Tourist guide kami sovi memang membantu.. aku respect sama dia.... yang pandai mengambil hati dan menjaga kebajikan ibu-ibu bapak-bapak sekelian.

Hari ke 3.. kami ke tangkuban perahu.. masa tu dah ada 2 bas.. memang selesa.. secara keseluruhan semuanya okey.. harap sangat diorang berpuas hati.. malas nak cite panjang. semuanya sama je..
pokok pine menghala ke tangkuban perahu

jam.. minat aku tengok


sawah dari puncak ke bandung

Hari ke 4... kat airport.. aku je boleh masuk.. so terpaksa menyelesaikan sorang diri.. ada plak dah terlebih berat dan kena bayar.. tapi aku tak mahu camtu.. aku nak kira lumsum.. alhamdullillah semuanya selamat tanpa dikenakan apa2 bayaran... dan lagi flight kami plak delay.. terpaksa melepak lagi.  tiba kl dalam jam 6... hari ni plak birthday mr. z.. kami singgah ke simpang rengam.. belikan kek.. dan belikan makanan malam di restoran jumaat..
aku suka nasi timbel


di pasar baru

hotel di jakarta

my favourite

cakkk.. gembiranya dia

nasi timbel


di sokarno international airport

terminal 3

para peserta

barangan dagangan

mandala hotel

tangkuban perahu

tersadai... flight delay

lepak kat depan kedai kemangi di pasar baru

tiket ke tangkuban perahu


hotel serena

cakkk.. kat itc cempaka mas

sape dia... tengok tangan dan air je dah tahu siapa


peserta trip

deretan beg.. berminat???

cuma nak komen... ada gak 1 peserta yang kekwat.. cam bagus je... sovi, aku n ratna je yang tahu..

indahnya ciptaan tuhan

anak sungai


anak sungai

Duniaku Episod 7 seminar di bandung

Aduhhh... balik dari bangkok 7hb.. dan 9 hb.. aku dah start nak memulakan satu lagi tugasan.. kena jadi pengawai pengiring untuk student 5 etp ke bandung indonesia.  Nasib baik Mr. Z memahami tugasanku walaupun kadang kala dia jadi geram.. gi korea, gi bangkok, gi indon.. pastu nak gi indon semula. then terbang plak ke kuching.. pastu sambung indon lagi.. julai trip melbourne n sydney plak.. waduhh.. cam orang kaya aje aku.. mr. Z kata dah macam pramugari versi gemuk

jam 4.30 pagi encik fadil dah datang ke rumah aku untuk mengambil dan menghantar aku ke FAB.  Bas akan tiba dalam jam 4.45 dan aku plak kena get ready dengan student seramai 13 orang.  Thanks Cik zah kerana sudi mengejutkan stafnya yang kaki tidur ni untuk bersiap ke bandung.

Semua dah ready dalam bas dan kami memulakan perjalanan ke woodland.. alamak.. hari sebelumnya merupajkan hari cuti (good friday untuk rakyat singapore) so.. jalannya jammed.  Hampir pukul 7 masih di CIQ.. seramnya.. memang aku ngeri memikirkan bila kami terlewat camni.  Lagi satu driver tu plak kata terminat low cost/budget.. aku study terminal 1.. terpaksa confirm semula.. suruh ratna aisah cekkan kat google... alhamdullillah.. sempat gak kami menaiki flight ke bandung.

Jam 9.50 kami dah selamat tiba kat bandung airport.. alaaa.. keciknya airportnya.. dah le tu beratur sikit punya panjang.. imegresen 2 orang je yang bertugas.. tiba kat sana terus kami di bawa ke Factory Outlet.. diorang membeli gak le.. aku just beli sehelai tshirt je... dan belikan umairah sehelai jeans guess .

Selepas makan tengahari dibawa ke toko 3 sebelum dihantar ke hotel.  After check in aku n cik zah menyambung di pasar baru.. wahhh.. hidup aku kalo kat sini... beli gak baju ela dan beg kiriman maria.

Malam program bermula dengan dinner di universiti padjajaran bandung.. Makanan okey... tapi diorang ambil langsung tak tinggal orang belakang.. semuanya ambil cam gunung.. selepas tu ada plak majlis membunyikan anglung.. semua orang dapat seorang 1.. dan ada no.  aku punya no. 1.. so bila dia isyaratkan untuk no. 1 semua kena bunyikan.... so jadilah sebuah irama dengan 7 bunyi anglung tu.. best gak... balik terus tidur.. penat

Hari kedua.. kami concentreat pada seminar.. macam2 input diorang dapat.  seminar anjuran UUM dengan kerjasama Universiti Padjajaran.  Petang peserta (staf) nampak kurang.. diorang gi pasar baru rupanya.. malam program cancel.. so diorang semua nak gi karaoke.. hahaha.. aku tak pandai nyanyi.. tapi terpaksa sprorting... nyanyilah gak lagi DIA serangkap.. nafas pun putus-putus. 

Hari ke3.. minta keizinan dari TNC untuk membawa diorang gi pasar baru.. sian diorang tak menyopping lagi.. Bila TNC appove je.. apa lagi.. si makcik ni pun tumpang sekali le..  Kul 1.. waktu untuk pulang.. flight kami di jakarta.. so terpaksa menyewa van 19 orang dan terus ke jakarta... nasib baik jalan ke airport okey.. jalan menghala ke bandung memang teruk jammed.. rupanya ada tunjuk perasan untuk kenaikan gaji murah.. 

Tiba di airport.. flight delay.. sebabnya ada gempa di Acheh.. makkkkkkkkkkkkk tolongggggg. .. aku seram gak... kul 9 baru flight okey.. dan lebih kurang kul 1 malam tiba di rumah.. alhamdullillah... semuanya selamat.