Diriku ini..

Dilahirkan dan dibesarkan di Kulai. Meneruskan kehidupan dengan mencari sesuap nasi di Universiti Teknologi Malaysia. Memperolehi tempat berteduh di Taman Universiti, Skudai, Johor. Memayungi dua orang puteri berusia 8 tahun yang bergelar ANIS UMAIRAH dan 3 tahun bernama AMNI QAIREEN. Amat gilerr membaca novel dan amat gemar berjalan-jalan mencari pengalaman dan makanan.



Thursday, May 17, 2012

Duniaku Episod 7 seminar di bandung

Aduhhh... balik dari bangkok 7hb.. dan 9 hb.. aku dah start nak memulakan satu lagi tugasan.. kena jadi pengawai pengiring untuk student 5 etp ke bandung indonesia.  Nasib baik Mr. Z memahami tugasanku walaupun kadang kala dia jadi geram.. gi korea, gi bangkok, gi indon.. pastu nak gi indon semula. then terbang plak ke kuching.. pastu sambung indon lagi.. julai trip melbourne n sydney plak.. waduhh.. cam orang kaya aje aku.. mr. Z kata dah macam pramugari versi gemuk

jam 4.30 pagi encik fadil dah datang ke rumah aku untuk mengambil dan menghantar aku ke FAB.  Bas akan tiba dalam jam 4.45 dan aku plak kena get ready dengan student seramai 13 orang.  Thanks Cik zah kerana sudi mengejutkan stafnya yang kaki tidur ni untuk bersiap ke bandung.

Semua dah ready dalam bas dan kami memulakan perjalanan ke woodland.. alamak.. hari sebelumnya merupajkan hari cuti (good friday untuk rakyat singapore) so.. jalannya jammed.  Hampir pukul 7 masih di CIQ.. seramnya.. memang aku ngeri memikirkan bila kami terlewat camni.  Lagi satu driver tu plak kata terminat low cost/budget.. aku study terminal 1.. terpaksa confirm semula.. suruh ratna aisah cekkan kat google... alhamdullillah.. sempat gak kami menaiki flight ke bandung.

Jam 9.50 kami dah selamat tiba kat bandung airport.. alaaa.. keciknya airportnya.. dah le tu beratur sikit punya panjang.. imegresen 2 orang je yang bertugas.. tiba kat sana terus kami di bawa ke Factory Outlet.. diorang membeli gak le.. aku just beli sehelai tshirt je... dan belikan umairah sehelai jeans guess .

Selepas makan tengahari dibawa ke toko 3 sebelum dihantar ke hotel.  After check in aku n cik zah menyambung di pasar baru.. wahhh.. hidup aku kalo kat sini... beli gak baju ela dan beg kiriman maria.

Malam program bermula dengan dinner di universiti padjajaran bandung.. Makanan okey... tapi diorang ambil langsung tak tinggal orang belakang.. semuanya ambil cam gunung.. selepas tu ada plak majlis membunyikan anglung.. semua orang dapat seorang 1.. dan ada no.  aku punya no. 1.. so bila dia isyaratkan untuk no. 1 semua kena bunyikan.... so jadilah sebuah irama dengan 7 bunyi anglung tu.. best gak... balik terus tidur.. penat

Hari kedua.. kami concentreat pada seminar.. macam2 input diorang dapat.  seminar anjuran UUM dengan kerjasama Universiti Padjajaran.  Petang peserta (staf) nampak kurang.. diorang gi pasar baru rupanya.. malam program cancel.. so diorang semua nak gi karaoke.. hahaha.. aku tak pandai nyanyi.. tapi terpaksa sprorting... nyanyilah gak lagi DIA serangkap.. nafas pun putus-putus. 

Hari ke3.. minta keizinan dari TNC untuk membawa diorang gi pasar baru.. sian diorang tak menyopping lagi.. Bila TNC appove je.. apa lagi.. si makcik ni pun tumpang sekali le..  Kul 1.. waktu untuk pulang.. flight kami di jakarta.. so terpaksa menyewa van 19 orang dan terus ke jakarta... nasib baik jalan ke airport okey.. jalan menghala ke bandung memang teruk jammed.. rupanya ada tunjuk perasan untuk kenaikan gaji murah.. 

Tiba di airport.. flight delay.. sebabnya ada gempa di Acheh.. makkkkkkkkkkkkk tolongggggg. .. aku seram gak... kul 9 baru flight okey.. dan lebih kurang kul 1 malam tiba di rumah.. alhamdullillah... semuanya selamat.


No comments: