Diriku ini..

Dilahirkan dan dibesarkan di Kulai. Meneruskan kehidupan dengan mencari sesuap nasi di Universiti Teknologi Malaysia. Memperolehi tempat berteduh di Taman Universiti, Skudai, Johor. Memayungi dua orang puteri berusia 8 tahun yang bergelar ANIS UMAIRAH dan 3 tahun bernama AMNI QAIREEN. Amat gilerr membaca novel dan amat gemar berjalan-jalan mencari pengalaman dan makanan.



Friday, November 30, 2012

Duniaku Episod 10 Bapak-bapak ibu-bu

Episod ni tertinggal. aku pergi penghujung bulan 5 dan kembali awal bulan 6.. pergi dari singapura balik.  aku pergi bersama opis mate, orang fppsm dan fka.

dari sini 5 pagi ke changi menggunakan bas.  terus ke bandung.. tiba sana pun pagi.. makan tengahari terus ke tangkuban perahu.  Turun ke tangkuban perahu terus ke puncak.. keesokkannya dari puncak ke jakarta.., more kepada shopping je.. wahh.. banyk diorang membeli belah.

hari ke 3 kami ke bandung semula.. tempat-tempat wajib cam pasar baru.. rumah mode dll dah selamat dijelajahi..

hari ke 4 balik ke changi.. moga semua berpuas hati ya


Tuesday, November 27, 2012

kota singa

rombongan suka suki yang aku bawa penghujung tahun ni ke singapura.  sebenarnya bulan 11 hari tu tak banyak aktiviti jadi aku pun saja post untuk lawatan ke singapura.  alhamdullillah masih sambutan.  tambang rm55 dengan tiket ke sentosa.  

sebenarnya aku dah lama tak buat trip ke singapura.. dah 3 tahun kot.  selalunya masuk ber2 atau ber3.. gi kampung gelam, bugis, woodland.  

seramai 39 orang.. dah tolak 2 -3 orang.. (tak cukup seat) bertolak dalam jam 8.00 pagi.  kul 7.45 berkumpul kat utm.. dan terus gi menghala ke tuas.  singgah jap gelang patah untuk ke toilet, breakfast ringkas dan terus menghala ke sentosa.  aku ubah plan last minute.. takut hujan petang aku plan gi sentosa pagi.. (hahahah.. kuasa allah.. bila tiba sentosa pagi.. hujan turun.) tapi bila tiba sentosa hujan makin nak teduh.  Puas gak le berjimba kat sentosa kami meneruskan perjalanan kampung gelam.. sembahyang zohor,. makan tengahari dan membeli cenderamata.  pastu sambung shopping kat bugis.. hand bag dan jam tangan melambak2 kat sana.. tshirt sd10 pun banyak. dah puas balik semula ke kpg gelam/arab street kita terus ke woodland.. shopping sikit kat sana dan terus pulang.. walaupun nampak ringkas tapi trip ni sungguh padat. aku sempat le sambar towel n anggur kesukaanku.

lepas sembahyang maghrib terus pulang tiba rumah hampir gak jam 10.00 malam.  tq joy yang sudi menjaga anak aku dan tq semua menjadi peserta trip ini ya

Sambutan Birthday Umairah

Umairah dah 5 tahun pada 13 november 2012 hari tu bersamaan dengan hari raya deepavali.  sambutan kali ini kitorang buat kat tanjung balau... sambil berpiknik sambut menyambut majlis kelahiran umairah.  aku cuma beli kek dan menempah sedikit makanan (nasi lemak dan kakak sponsor nasi putih).. terima kasih kakak.

Dah bertambah besar anak ibu.. moga menjadi anak yang sentiasa membahagiakan ibu dan ayah dan moga berjaya dunia dan akhirat.. ibu sayanggggggg sangattt kat ANIS UMAIRAH.  awak anak yang paling ibu sayang begitu gak dengan AMNI QAIREEN

Suasana Pra Raya 2012

Hari raya dah lama berlalu.. dari hari raya aidilfitri.. ke aidiladha dan hari tu hari raya deepavali. 

Aku plak menggatal nak buat catatan tentang hari raya aidillfitri.. cite dah berkarat... dah mengguning karatnya.  Tema tahun 2012 untuk salleh crew adalah warna OREN.  Orang felda... warna oren.  Kami buat shooting ni sebelum puasa.  Semua orang dah ada baju oren untuk family.. kecuali keluarga si manja dan keluarga si hawa.  Nak buat camna.. persediaan aku tahun ni memang tak mantap langsung.. sebab apa ya?? kekurangan masa kot.. sebab aku pun sibuk dgn anak kecik (hehehe.. ye ke.. boleh percaya ke).

Okey shooting bermula tengahari.. selepas kenduri kat rumah bak malam tu.  Pagi tu kami semua bersiap sedia untuk bersolek... jurusolek biasa salleh crew.. airin cantik.  Pastu semua orang kena gi nusajaya.. keluarga aku dan keluarga ogy datang paling awal.  Diikuti oleh keluarga Uda, Joy, Kakak, Kak Cik bersama jurukamera dan keluarga Ara.

Sesi gambar bermula dan inilah hasilnya.


Duniaku Episod 12 Tanjung Pinang dan Batam

Sebenarnya aku kena Ho Chi Minh tarikh 22 - 25 November 2012... tapi last minute aku terpaksa batalkan... aku terpaksa bawa 1 trip lagi ke Tanjung Pinang dan Batam.  Before that aku memang pernah gi Batam.. tapi hanya bawa orang tua sidah n kak ratna je.. kali kena bawa orang lain plak.  Cadangan aku dari Stulang Laut - Tanjung Pinang - Batam - Stulang Laut.

Petang jumaat tu aku keluar awal.. bot akan bertolak jam 5 petang tapi kitorang kena check in kul 4.30.  Jadi kul 2.30 aku dari rumah.  Terus ke Stulang Laut.

Tiba di Tanjung Pinang jam 7 waktu local (indonesia).  Terus makan.. dan tidur... aduhh.. cam tumpang tido plak kat Tanjung Pinang ni.

Keesokkannya gi le Pulau Penyengat.  Sape yang minat sejarah dengan cerita raja riau bolehlah datang sini.. aku minat geografi je... tak minat sejarah.  Selepas balik diorang cam dah tak minat nak tour.. nak makan dan nak pindah Batam.  Sambung naik feri ke Batam.

Batam memang happenning dengan tempat membeli belah.  Aku cuma window shopping.. ajak Mr. Z gi pasar jodoh.. just tengok2 je.. dalam tengok tu.. terbelilah gak sepasang kasut amni.. beg sekolah maira.  Utk diri sendiri sebuah hand bag kat bcs.. berkenan plak beg tu.  Tak singgah pun jambatan belareng tu semua..

Esoknya pun tour batam.. tour shopping complex batam lebih tepatnya.  Alhamdullilah dapat sembahyang kat masjid raya.

Majlis Potong Jambul

Hahaha.. aku terpost kosong rupanya,...

Alhamdullilah majlis cukur jambul amni telah diadakan selepas raya. sian dia.. dah hampir 4 bulan baru buat cukur jambul.. selepas raya.. time raya dan sebelum raya salleh crew busy dengan aktivitinya.

Majlis ni kitorang buat sebelah petang di bukit besar.. senang kerja.. kami tempah makanan, tempah khemah.. souvenir dibeli masa gi indonesia bulan mei hari tu.. kuih muih disponsor oleh rakan2 orang tua sidah.

Majlis sederhana je... tak buat aqiqah lagi.. sabar ya amni.. nanti ibu ada rezeki ibu buatkan untuk anak-anak ibu.  Sederhana tapi meriah kerana pakaian salleh crew sedondon.. tema pink petang tu.

Terima kasih salleh crew diatas kerjasama dalam mengendalikan majlis cukur jambul amni qaireen.  puteri kedua aku dan terima kasih puan ratna aishah diatas kunjungan akak sekeluarga.  begitu juga dengan kawan-kawan joy.. kawan dara yang dah tak berdara..

Monday, October 22, 2012

layan drama adaptasi

entah kenapa dengan diri aku sekarang ni.  aku akan bangun tengah malam.. tapi bukan untuk solat sunat tahajud.. tapi aku syok menonton drama-drama adaptasi...

cite bermula dengan aku bertukar menjadi peminat fanatik drama adam dan hawa.  kat rumah plak takde astro mustika.. so aku pun menonton online (thanks a lot to ezany-kun kerana dengan pantasnya menguplode cite tu) aku bangun tengah malam dan dok menonton.. kalo internet tak berapa okey kat rumah.. aku akan bangun awal n menonton kat ofis seblm bermulanya waktu kerja.
tak menyabar setiap malam untuk menonton drama ni.. novelnya pun aku ulang baca lagi... sangat best.. *****

pastu aku rasa rindu sangat nak menonton bicara hati.. tapi tak le sampai episod yang dah mula merapu dan dah tak ikut synopsis dalam novel... cite bicara hati ni best sebenarnya... karya damya hana... mula2 tu memang best. buat aku jatuh cinta kat bf syila amzah tu.. (shanaaz ahmad).. tengah2 cite tu aku mula boring... sbab cite tu dah merepek bila zahlia dok serumah ngan razif.. cam orang giler je...
mula-mula memang best... makan dalam.. makin lama mula makin hancur.. merepek meraban


seterusnya aku tengok cite gemersik kalbu.. romantiknya akashah... best gak cite ni.. aku minat watak ahmad sufian.. dan dah banyak kali aku khatam novel ni..

romantik gak cite ni.. tapi novelnya tetap lebih hebat dari buku... i like

hujung minggu lepas aku ikuti drama kau laksana bulan tulisan aina emir.. ajaib.. aku ulang dua kali.. aku jatuh cinta dengan watak firas.. sukanya tengok firas (lakonan zul huzaimy dan ayu raudhah).. walhal novelnya pun dah beberapa kali aku khatam.. aku betul tergoda dengan jelingan firas ali... hahaha.. gilerrrrr



aduhhh.. renungannya dalam scene ni buat aku tengok babak 4 - 5 kali.. ingat lagi dialog ni.. " baru kali ni awak ngaku awak teman wanita saya".. kata firas.. ana kata... baru saya kata teman wanita.. belum lagi saya kata.... firas sambung.. isteri.. kekasih hati.... cehhh.. memang best.. buat aku giler

malam tadi aku mencari lagi drama adaptasi.. aku jumpa tangisan bulan madu.. tapi takde youtube.. rindu kat arwah bogaat.. ini bukan amira yang rindu.. tapi ruzita yang merindui mu..

belek punya belek novel2 yang best.. aku mencari novel semarak.. cikgu meriani.. aku suka gak cite tu.. tapi novel lama...

aku tidur lewat dan terbangun jam 7.34 pagi.. hahaha.. lambat gi kerja.. itu padahnya..

malam ni aku meneruskan pencarian.. harap2 jumpa lagi