Diriku ini..

Dilahirkan dan dibesarkan di Kulai. Meneruskan kehidupan dengan mencari sesuap nasi di Universiti Teknologi Malaysia. Memperolehi tempat berteduh di Taman Universiti, Skudai, Johor. Memayungi dua orang puteri berusia 8 tahun yang bergelar ANIS UMAIRAH dan 3 tahun bernama AMNI QAIREEN. Amat gilerr membaca novel dan amat gemar berjalan-jalan mencari pengalaman dan makanan.



Tuesday, May 17, 2011

Enjoy dengan Family Mertua

Perjalanan ni pun dah basi, tapi saja menulis untuk ingatan aku.  Tiket dah berbulan beli dan time dah terbang salah sorang iaitu Mr. Z terpaksa cancel sebab takde cuti (simpan cuti untuk penerbangan lain).  So aku n anis dan keluarga sana je pergi.

Aku tolong uruskan semua dan pembayaran??? hehehe.. aku ambil part bayar apartment je dan belanja makan2 sikit je.  5 april pagi diorang dah ada kat airport.. aku tengah terhegeh drive.. diorang dah call bagitahu dah ada kat airport.  Xcited nampaknya diorang,  Perjalanan semuanya okey.. bapak mertua yang fisrt time naik flight pun nampak confident je.  Tiba sana jam 9.30 pagi dan terus ambil kenderaan untuk meronda 1 pulau dan tanah besar.  Nampaknya diorang happy dan oleh kerana kami menyewa kenderaan so puas meronda 1 pulau.  Aku memang puas hati sebab sebelum ni aku memang teringin nak round 1 pulau.. ke balik pulau dan ke town semula.. jalan yang berbengokok-bengkong tu kami lalu dan naik bukit turun bukit.  Tapi aku masih frust sebab Bukit Bendera belum boleh naik.. ahhh.. terkempunan lagi.. nak buat camna.. belum rezeki.  So terpaksa le aku beli lagi tiket ke Penang.
Adik ipar (azura) anaknya kimi

Dihadapan rumah P.Ramlee

Aku memang suka mee udang.  Best dapat gi tempat ni kali ke 2

Mentari terbenam.. memukau pandangan

View dari Apartment yang aku sewa.  Puas hati kat sini

Banglo sebelah apartment.  Belum mampu nak beli


Pool .. tak sempat nak berenang (hehehe tak pandai pun)

Model yang sentiasa bersedia memberikan khidmat terbaik tanpa bayaran




Apartment yang aku ambil tingkat berapa ya?? lupa.. yang pasti tinggi

Aduhhh.. tutup lagi... tengok dari bawah je... cam best je.. thn 1998 dulu aku naik.

Ho Chi Minh masih dihati

Cite Ho Chi Minh ni dah basi tapi dia masih kekal dalam kenangan.  Kali ke 2 aku menjejakkan kaki di bumi Saigon dengan Tn. Hj. Rashid (macam dah tua je) dengan crew2nya.  Terima kasih tn. hj. di atas kepercayaan yang diberikan.

Lawatan sama gak cam dulu . aku suka jer.. enjoy dan release stress.  Dari Johor aku tumpang Syafik yang baru bekerja kat opis ini.. thank shafiq... turun kat hentian Serdang ditunggu oleh boss aku tu.  Terus dinner.. dan dapat berita tentang tsunami di Jepun. 

Pagi kami berangkat dari Putrajaya dan penginapan aku di sana dengan Ana dan Pn. Halimah.  Nasib baik diorang okey dengan aku yang bermasalah waktu malam ni (dalam tido aku buat bising).  Perubahan yang berlaku...cuma makanan kat halal saigon ada perubahan.. tambahan bubur yang sedap untuk baby dan tambahan senarai panjang dalam list aku untuk membeli baju2 kat sana.
War muzium, lepak kat luar je

Bom gergasi

Hari pertama cam biasa perjalanan ke sekitar bandar Ho Chi Minh.  War Muzium, pasar Bant Thanh masih tetap di hati.  Hard Rock destinasi wajib untuk Tn. Hj. Rashid yang merupakan pengguna setia brand Hard Rock.  Aku cam tu gak.. tapi yang tak original.  Ikut kemampuan aku.

Hari kedua kami ke sungai mekong.  Barang dalam list aku tak panjang.. beg yang tercatat perkataan vietnam je. Menaiki sampan menyusuri sungai memang aku enjoy.. tapi biasalah.. aku ni muatan berat yang kena sebelah kiri untuk memberi laluan kepada orang lain memotong.  No. hal janji kita enjoy.

Ana... sporting gak budak ni.. time menyusuri sungai Mekong

Aduhh.. bot aku dipotong lagi.. maklumlah muatan berat

Hari ketiga ke Chu Chi Tunnel. Dalam masa 4 bulan aku dah ke situ semula memang tak nampak sangat perubahan.  Dan aku dah boleh hafal penerangan tourist guide tu.  Cuma jalan sekitar ho chi minh aku masih belum khatam lagi.  Berselirat lagi dalam kepala ni.
Chu Chi tunnel, Mukriz dan mizan



Malam tu kami berangkat pulang.  Barang aku pun cam terlebih sudah ni.
beg masa balik

Selasa pagi i flight ke JB.  Confirm 1 beg yang ter20kg tu aku dah kurangkan jadi 15kg dah hand laguage aku dijadikan ke 7 kg.. ada barang yang terpaksa ditinggalkan
View di udara masa balik dari kl ke jb.. waktu pagi..

Wednesday, May 4, 2011

segarkan ingatan...

Dengan peningkatan usia aku ni menyebabkan daya ingatan aku makin berkurang kot.  Hehehe.. dah 2 bulan tak buka blog yang penuh sawang dan berhabuk ni (cam rumah aku gak).. menyebabkan aku lupa email dan password.. cam2 aku cuba matchkan.. setelah membaca blog2 orang lain baru ingatan aku terserlah sedikit demi sedikit.. dan akhirnya aku berjaya... Terima Kasih Yang Maha Besar

Thursday, March 3, 2011

kerja.. kerja.. kerja.. untuk hidup

selepas pulang dari Tiara Beach Resort untuk Kursus Induksi dan Pengukuhan Jatidiri MPM 2010/2011, pihak pengurusan unit kami mengadakan mesyuarat tergempar. alamakkk... ada complen dari mahasiswa.. untuk sape agaknya.. yesss... bukan untuk aku.. legaaa....

dukacita aku kena tukar bos.  berita pertukaran bos aku dengar kat rumah bos aku... sedih.. aku serasi dengan dia.. tapi dia ditukarkan ke unit lain.. boss aku belum naik kerja lagi.. masih mc..

lepas mesyuarat dan pertukaran macam2 bermain didalam fikiran aku tentang kerja, aku dan orang disekeliling.  positif dan negatif bercampur selepas luahan perasaan, cadangan penambahbaikan dan pandangan staf unit ni semasa mesyuarat tergempar tu. bercakap.. puhhh.. lidah tak bertulang....

secara ikhlas aku memang sayangkan unit aku sekarang ni walaupun kerja sentiasa penuh 1 meja dan aku gembira bila aku dapat clearkan meja... itu satu kemenangan dan satu kepuasan aku.  satu lagi kepuasan aku bila mahasiswa yang datang ke sini balik dengan senang hati.. dapat apa yang dia nak.  aku kesian bila diaorang datang.. kena marah... kena balik.. pastu esok datang lagi.. kena marah.. sian.. janganlah nanti anak aku.. dan cucu cicit salleh crew kena camtu. aku rasa orang2 ni macam ada hobi marah bila nampak mahasiswa... sian kat diorang.. pada aku nak marah boleh.. tapi depent pada mahasiswa tu.. kalo memang dah degil, marah2.. memang tak salah sangat kalo kita ambil tindakan 'boleh blah' walau sepatutnya jangan kita naikkan kemarahan orang yang marah.. tapi bila setakat..."pn... nak tanya.. surat kelulusan dah adaa???" jawapan kita kenalah juga baik.  marah selalu boleh penat and cepat tua.. aku tetap nak muda.. walaupun menghampiri 40.  satu lagi sikap suka merungut2.. cam tak suka kerja je... bebanan dan tanggungjawab aku macam lebih banyak dari diorang.. setakat jaga 2 persatuan.. aduuhh.. yang jaga banyak persatuan memang aku kesianlah... tapi kalo kosentret je kat kerja okey... aku pun pernah buat kerja tu sebelum ni... topic apa ni aku tulis... tentang marah kot..

topic kedua aku.. tentang tahap kecintaan kat bidang tugas... pada aku tak kenal maka tak cinta.. aku memang jatuh cinta habis kat kerja aku sekarang... (mungkin aku bertahan lama kat sesuatu bidang tugas yang aku buat.. kerja masuk 15 tahun... tapi baru 2 bidang aku expert.. orang taknak pindahkan aku dan sudah pasti aku pun memang takkan mohon nak tukar.. kalo tak suka boleh tukarkan aku?.). heran gak aku bila seseorang tu merungut2 aje pasal kerja.. penatlah merungut2 ni.. dah bila keluarkan pendapat ... puhhh.. pandai bercakap... siap ada diskripsi tugas sendiri.... ada tambah yang personal plak.. aduhhh... camna tu??? 

pertukaran bos... aku bertukar bos???? alamakk... bos skrg. ni AMAT detail.. satu huruf salah pun mahasiswa kena buat surat baru.  aku kena jaga kualiti.... lain orang lain ragam. bos lama memang baik... orang baru.... boss skrg orang lama.. senior lagi... untuk bos lama.. jasamu dikenang bos.. bos memang best.... senang nak berurusan, amat bertimbang rasa.  walaubagaimana pun .. aku tak kisahlah dengan bos skrg... janji aku dapat rezeki yang halal. aku cuma yang terbaik untuk memuaskan hati bos

walau macanana dingin dan panas dunia pekerjaan di sini.. aku tetap aku terus bekerja.. untuk hidup.  Terima kasih UTM.
dan syukur alhamdullilah bulan ni rezeki overtime aku.  bolehlah lepas buat bayar topup.. aduhhh.. bayar topup je??? jadilah.. lepas gak untuk berjalan ke melaka... dah rezeki segitu.
buat yang terbaik untuk segala tugas yang diberi

Friday, February 18, 2011

kerja ohhh.. kerja...

bebanan kerja ni memang takkan habis.. terasa penat, letih, boring, nak marah je...(heheh) dan jangan lupa kepuasan bila melihat hasil kerja setelah bertungkus lumus.. cam skrg ni.. aku boring dengan persiapan pilihanraya.. tapi bila habis terbentuk mpp aku happy....

keadilan dalam memikul tanggungjawap plak membuat aku meluat dengan beberapa sikap manusia.. kalo orang yang dia percaya.. (orang yang dia percaya ke.. orang yang dia lantik sebagai machai dia)  orang tu yang akan buat kerja.. huhhh.. letih..!!! sikit2 nama kita dia laungkan.. ramai lagi nama lain... jeritan aku "en..... ramai lagi urusetia pompuan yang lain.. kenapa saya aje yang kena... saya nak bangkitkan kat mesyuarat nanti"...  confirm aku nak luahkan ketidakpuasan hati masa meeting nanti...

ini luahan hati aku time projek2 besar unit kami, kerja hakiki memang aku tak sempat nak sentuh..

tension belum sampai tahap macam gigi.. lagipun gigi aku tak kuat nak gigit benda ni..

hujung dibawa ke tengah.... minggu

minggu bertemu minggu.. dan sudah pasti hari bertukar hari... pejam celik pejam celik dah hampir seminggu aku meninggalkan minggu lepas yang penuh dengan pelbagai xtiviti mengisi ruang kehidupan.  indah hidup ini kalo dipenuhikan dengan akiviti suka ria jer.. tak perlu fikir kerja.. tapi sapa nak bagi duit kalo aku hanya berpeluk tubuh je..

minggu lepas gi melaka.. acara yang on the spot plan.. terus gerak.. tiba kat sana check in dan terus ke mahkota parade... malam... melantak kat muara sg duyung.. then jalan2 kat jonker walk.. (tempat yang dah lama aku nak gi)... sebelum ni pernah pegi.. tapi kedainya dah banyak yang nak tutup.. so kali ni memang aku puas hati habis dapat gi sana dan sekaligus menghabiskan sen yang tak berapa banyak ni.. takde masalah parking le sebab banyak parking2 tak bertauliah di celah2 rumah orang yang memang dijadikan tempat parking.  best gak sebab banyak barang-barang yang unik dijual kat sini.. pendek kata... i like.... cuma ramai sangat orang... xspecially orang cina.. dah memang tempat dia pun



jonker walk... puas hati aku dapat jalan hingga penat di sini


kilauan cahaya di jonker walk

antara yang unik

dari jonker walk kitorang meneruskan sisa malam dengan meronda up town plak.. tak berapa banyak kedai-kedai.. tapi takpe... kalo tak kami ni tak tahu plak nak menuju mana... asyik dengan ice of malacca je...  cruise.. menara taming sari..

aku memang suka cahaya biru di melaka.. dari jonker walk nak ke up town plak... tersesat gak le kami mencari jalan pulang

ahad..ronda naik beca... dan menghabiskan masa di dataran pahlawan... biasalah mata aku selalu memberi tumpuan kat bahagian kasut.. terambil satu.. dan melepak kat nasi lemak antarabangsa sementara menunggu bila habis kerja... pastu terus gi rumah uda...

bangun pukul 1.30 malam.... bersiap untuk ikut uda.. ini memang plan bodoh2 je... ikut uda n family ke klia menghantar zati ke queensland, australia.. (belajar rajin2 ya zati.. zati tu harapan salleh's crew tau)... so isnin tu kami kat klia menunggu hingga zati masuk ke pelepasan.. bye2 kakak zati.. umairah menjerit.. terharu aku bila umairah nak bagi kipas yang kita beli kat jonker walk untuk kakak zati... maklumlah takut kakak zati panas kat sana...


luas.. aku sempat terlelap menunggu zati check in
Lagi satu plan bodoh2 yang tidak dirancang.... tiba kat putrajaya kitorang ambil keputusan untuk menginap kat sana semalam.. aduhh.... aku sehelai sepinggang.... nasib baik aku bawakan umairah baju spare...  mr. z pun sama... dan yang terharu uda pun ambil keputusan dan melepak kat rumah ucu untuk semalam... tanpa dirancang.. kalo dirancang aku memang nak ajak ucu ke cameron je.. tapi tanpa dirancang okeylah dapat jalan2 ke masjid india dan meronda di putra jaya..... puas gak...  pastu percutian di taja.. tq ucu.. murah rezeki ko.. tapi kalo dapat percutian ke london ditaja lagi aku suka sangat2..

jpm... puas menjelajah putrajaya untuk 2 hari.. tq tourist guide dari putrajaya, no tips.. no charge

perbadanan putrajaya.. tempat pn. robeeyah kerja, unik bangunan ni

masjid besi.. hari tu sibuk kat sini.. maulidur rasul
nampaknya percutian kami yang dirancang 2 hari dah jadi 4 hari.. (dari hujung minggu dibawa hingga ke tengah minggu) hari selasa petang tiba di muar... malam tu dalam jam 11.00 baru aku menjejakkan kaki di teratak manjamaira.. rindu kat teratak kami..  tq kepada semua penaja... uda n pokde, ucu n mak usu dan mr. z.. percutian mr. zplak hingga ke taiping... penaja bersama dengarnya cik li yang belanja diorang kat taiping... 


Monday, January 24, 2011

pulau mutiara trip 3

semalam last trip aku ke pulau pinang setelah 2 minggu berturut2 ke sana... wahhh lega semuanya berjalan lancar.. tapi setiap hujung minggu takde kat rumah.. aduhhh.. seraknya rumah.. minggu ni kira best sikit sebab gi ngan family.. so takdelah resah n gelisah.. yang paling best sebab aku bawa anis umairah.. heheh.. budak kecik tu dah teruja nak gi asyik cakap nak gi penang jer.. dah balik dia nak gi sarawak plak... no hal sayang... dalam filight pun dia teruja dengan dania.. pengaruh awan dania...

hari sabtu kitorang bertolak.. pepagi aku dah bangun sebab kena menyiapkan diri aku n anak.  naik taxi dari rumah n terus check in.  anis umairah happy.. lebih2 lagi jumpa kak ayu, abang hariz, abang mirul, abang nazli, mak n ayah dia... dan paling dia sayang nana dia le... aduhhh ibu ruzita dia pun dia tak berapa pandang... masa flight nak terbang je dia dah mula menyelabah sikit.. tapi under control.. steadylah anak ibu. tiba sana kul 9.30am.. terus sarapan.. kali ni aku pekena char kuew tiaw di astaka dan sempat membeli papadom besar untuk kawan2.

seterusnya kitorang gi lorong kulit.. aku terus tunjuk kedai rm1.. si ara terus membeli 20 item.. kak cik dengan pisau untuk rewang, kira semua membelile kat kedai tu.. aku just ronda2 je.. tak tahu nak beli apa. last2 aku cuma membasahkan tekak je n beli limau kesukaan umairah.  dah settle shopping kitorang gi rumah p. ramlee.  yang tua2 tu bukan minat pun.. just lepak ngan aku je... aku dah memang masak dengan taste kakak2 aku.. bawalah dia ke tempat camtu... memang dia jadi lemah.. cuma bawa dia ke bazaar atau pasar malam.. cergas n kesetanan memasing. pastu kami melepak kat padang kota.. berhampiran fort conwalis.. dok beli air n berehat2 sementara tunggu show di tokong ular yang start kul 3.30pm. pertunjukkan cam minggu lepas jugak.. apa yang aku cite itu yang tauke tu cakap.. ular ni macam perempuan.. tak boleh diusik.. dan king cobra ni bahaya.. time di kiss.. kalo kena patuk hantar dia kat gh atau 45 hantar dia kat heaven.. si penakut2 tu tak masuk langsung.. menghabiskan masa kat luar je.. dok shopping.. sebelum tu time kitorang tiba show dah habis.. dia cepatkan sebab ada trip 1 bas.. tapi aku nak gak.. ramai orang baru dia buat. selesai tu kitorang gi juru.. dia orang nak mee udang ketam.. hahaha.. tauke kedai ambil kesempatan.. dia letak ketam 2 ekor n udang 5 ekor.. dia cas rm23.00.. sebelum ni aku bagitahu diorang rm16.. kitorang pun tak tahu harga ketam 2 ekor lain.. dia tak bagitahu n kitorang tak request untuk ketam 2 ekor.. tapi okeylah.. dah masuk perut.. balik dari situ ikut feri.. just snap gambar je.. n pulang ke hotel.. hari pun dah hampir kul 7.




Dalam feri ke pulau pinang selepas makan mee udang ketam dari juru.. umairah n cousin (iim, joy, kak cik n bila di barisan belakang zul, maria n hariz)

anak sedara n cucu sedara.. umairah, nazri, hariz, mirul dan ayuni

kakak sulung.. aminah n abang din

dalam flight, iim.. joy... kak nora.. semacam je senyuman joy.. senyum tak jadi nama senyuman tu
dalam feri.. aku tukang ambil gambar... keluarga aku n teman baik.. kak ratna dan teman sekerja kat cik... kak nora
malam acara cam biasa batu ferringgi... hotel yang sama je aku ambil sebab senanglah hotel tu dan bersih. hotel baru. lepas bersiap kitorang keluar meronda stall tu.. umairah aku pas kat cik talib.. dia okey je.. sure dia letih kalo gi dan mulalah nak berdukong. makcik tak larat nak.. awak dah 3 thun lebih..

night market batu feringgi.. muka penat tu n ngantuk
pagi after breakfast yang mahal tu.. kitorang kita meneruskan perjalanan ke penang road.. aku memang tak beli apa2.. cuma menghabiskan duit dengan naik beca dan minum cendol.  beli ceruk pun skit je sebab beli untuk kawan kirim.. yang lain2 aku tak beli... lepas membeli belah kat penang road.. kitorang naik feri ke bagan plak... time ni camera kat ratna terjatuh.. dijatuhkan oleh aku.. aduhhh.. mati le aku.. kat bagan anak dara tu nak basikal mainan.. macam2... kat bagan tu panasss.. lepas meronda bagan sesi patah balik ke pulau mutiara dan terusss sapdek kat nasi kandar kayu.. aku belikan untuk mr z.. dia makan hampir pukul 12 tapi masih sedap... class le nasi kandar kayu...


kalo suruh gambar.. ini fesyen umairah... gaya dottie.. cam sakit pinggang jer

aduhh.. umairah hilang kalo dok sebelah ibu dia.. si besar n si kecil.. beca yang membawa aku meronda komtar, perangin mall dan celah2 jalan kat situ dengan bayaran rm10.00.  Letih gak tukang pengayuh beca

jejaka menaiki beca.. selepas aku diorang plak.


bye-bye awan dania... inilah hasil menonton tv.. nak tengok dania.. nak tengok dania... semua fa dia kata dania.. tq cik....

petang pukul 4.50 flight kami.. tiba ke senai hampir jam 6.00.  A\lhamdullilah trip 3 okey.. so jumpa lagi insyaallah bulan 4... bln 3 diorang urus sendiri... thanks muzir jadi driver aku.  kali ini aku ambil 1 van 1 kete...