Diriku ini..

Dilahirkan dan dibesarkan di Kulai. Meneruskan kehidupan dengan mencari sesuap nasi di Universiti Teknologi Malaysia. Memperolehi tempat berteduh di Taman Universiti, Skudai, Johor. Memayungi dua orang puteri berusia 8 tahun yang bergelar ANIS UMAIRAH dan 3 tahun bernama AMNI QAIREEN. Amat gilerr membaca novel dan amat gemar berjalan-jalan mencari pengalaman dan makanan.



Wednesday, September 30, 2015

Lari dari jerubu

jerebu melanda negara.. rasanya dah lebih 3 minggu.. matahari tersembunyi dibalik tebalnya jerebu.. awan langsung tak kelihatan.. rindu pada awan yang berarak.. baju cam tak garing macam ikan kering yang dijemur.. itulah alam sekeliling aku sekarang.

hari ni dah 2 hari budak tak sekolah.. semalam dicutikan.. dengan utm pun dapat cuti.. yeeeee... dan aku lak memang dah ada agenda.. agenda ke langkawi.. dapat lak cuti free.. pucuk dicita ulam mendatang.. kira cam lari jap dari jerebu..

awal pagi gerak dari rumah.. flight kul 7.10.. tiba kl jam 8.00.. dok breakfast kat klia2.. tq ina belanja akak pepagi kat airport.. terus flight ke langkawi.. tiba langkawi kul 11.00 pagi.. terus ke beras terbakar.. pekena cendol.. kira sarapan di kuala lumpur.. makan tengahari di langkawi.. makan malam di johor bahru..

dah tu menyambung shopping meraton.. kat idaman suri, haji ismail group.. duit dah tinggal ngam2.. singgah jap minyak gamat...

balik flight delay 30 minit.. aduuhhh.. musibahhh ni.. risau gak... n laguagge kuar lambat kat klia2.. makin musibah.. so maraton lari ke flight le.. alhamdullah tiba gak di jb dalam kul 9.30.. missss u anak2...

Monday, September 28, 2015

Merentas Desa

tak ingat bila tarikh.. 
anis umairah join untuk program merentas desa peringkat sekolah.. untuk tahun 1 dan 2
dan alhamdullilah dapat bawa balik pingat
kira bawah still dibawah 10
badan kurus mesti kuat lari


Audit blog

alamak.. untuk tahun 2014 memang aku langsung tak meninggalkan sebarang catatan kat blog ni.. gilerrrrr.. pengalaman pertama anak aku masuk sekolah tahun 2014.. hari exam penentuan kelas, hari pertama ke sekolah.. semua tertinggal.. kerana kekhilafanku.. 

tahun 2014.. aku bawa umairah ke yogya.. bawa dia gi tengok candi borobudur.. naik kete kuda... terus ke solo.. pastu ada gak bawa gi hadyaii.. hujung tahun selepas banjir pertama di kelantan.. aku bawa dia gi kelantan n terengganu.. kalo ada rezeki ibu bawa gi tempat lain plak ya.. anak kesayangan aku anis umairah..
 



BOSS N BOSS

Bekerja makan gaji.. terima arahan orang atas.. sikap bos.. bebanan tugas.. naik pangkat.. 

saje je intro.. 

keje kat makmal ni pada aku agak tenang, kurang stress, boss sebelum ini pun agak baik
boss kedua plak sangat baik, sebaya aku.. kira muda lagi, senang sangat bekerja dengan dia.. membantu buat kewangan.. so tahun ni no more stress time buat kewangan.. dia plak dapat offer yang lebih baik.. so.. tinggal le kita kat sini.. dia ambil offer tu..

boss ketiga pun dapat.. tengah mengikut rentak dia.. katanya pun dia bagus.. aku tak tahu lagi caranya.. n insyallah akan cuba mengikut rentak dia.. mudah-mudahan boss ketiga lebih baik dari bos kedua.. tapi bos pertama pun aku memang takde masalah.. alhamudillah..

rancangan kesukaan gadis cilik

amni qaireen memang suka menonton upin ipin.  pantang ada masa terluang dan hp kita terletak elok.. sure dia ambil n on program tu.  baru2 ni aku tukar pattern pasword.. hehehe.. baru dia tak boleh tengok.. sekarang ni aku menggelarkan dia girl frend upin n ipin.

dah 3 tahun umur dia.. kat sekolah dah pandai bagitau nak kencing n berrr.. tapi kat rumah. harammmm... buat bodoh jer kenccc.. n berrr.. senyap jer.. alih2.. basah.. memang kat rumah aku pakaikan pampers.. masuk jer kete aku terus suruh umairah pakaikan pampers.. nasiblah.. daripada dia saje2 mengeruhkan suasana dan mengeruhkkan lagi kusyen kete dan mengheringkan bau yang tak sepatutnya.

sikap dia yang selalu dilakukan sekarang ialah mengadu.. ebbuuuu.. kakakkan...,. bahasa pelat dia.. kelakar plak tengok.. macam2 aduan le.. 

alhamdullillah.. aku diberi rezeki dan diamanah untuk menjaga amni qaireen dan anis umairah.. ibu sayang anis n amni.. muahhhhhh






 

BERITA DUKA

Sekadar untuk catatan dan ingatan aku...

bak aku telah pergi untuk selamanya pada 18 ogos 2015 pada jam 1.50 pagi
pemergian disebabkan oleh deman dan sakit tua
bak aku pergi semasa usianya 91 tahun (lahir pad 13/11/1924)
seminggu selepas pemergian mak long aku (sepupu bak dan isteri bak selepas mak aku meninggal)..mak long meninggal pada 11 ogos 2015.. mungkin bak merindui mak long..
terakhir aku jumpa bak pada 14 ogos 2015 di bukit besar
bak tengah duduk kat beranda masa aku tiba
dapat makan tengahari bersama bak
hari sabtu bak demam.. berita tu aku dapat masa beraya kat rumah joy dan kali pertama tengok bakal isteri ogy
hari ahad.. bak masih demam
hari isnin malam.. bak dihantar ke klinik sebab lemah dan terus dihantar ke hospital.. masa tiba.. joy kata bak cakap yang dia tak sakit
pukul 1.30 aku dapat call dari cik mamat.. bak dah nazak
terus tak dapat tido.. nak gi hari malam sangat.. anak2 dah tido.. aku dah mula risau.. iron baju.. konon2 kul 4 pg aku terus nak gi sendiri tinggalkan anak2 n mr. z
tapi kul 1.50 dapat berita bak dah takde.. terus siap ke hospital kulai
tiba kat sana.. nampak kelibat jenazah untuk dihantar ke rumah mayat
mr. z dengan jabar hantar anak2 kat rumah joy n ambil abah (bapa mertua)
dalam kul 5 ke rumah joy n balik rumah sendiri untuk ambil barang untuk tido kat bukit besar
dalam kul 8 diorang ke hospital untuk uruskan jenazah
ambil kak esah dan terus balik bukit besar
kul 10 jenazah tiba
alhamdullilah dapat cium bak... memang teringin sangat nak cium bak
dikebumikan.. kengkawan dari hema tiba (kak sal, kak nab, nazli, rizu, kak yam, cik yah n en. mus).. terima kasih sangat hadir menziarahi arwah bak saya
gi ke kubur dengan dar.. time tu plak selipar orang tua sidah putus
balik.. kengkawan dari fkm datang.. tq jannah, kak mai, kak fid, fawziah n en. yunus
malam kenduri.. zura datang..

1Malaysia di Sibu

first time ke sibu.. riki2.. tengok.. baca blog.. tanya.. cam biasa je sibu ni.. tapi nak gak tengok tempat orang sementara tiket air asia yg agak murah masa membelinya.  masa beli gi balik hari.. tiba sana.. round2 n terus balik malam.. tapi airasia reschedule.. so.. takde tiket malam.. jadi diterima kebebasan untuk memilih hari apa dalam bulan september untuk pergi.. yang kami pilih tarikh 1 malaysia.. tido sana 1 malam le.. terpaksa cuti khamis..

flight dalam kul 10.. perjalanan 1 jam 45 minit.. alhamdullillah tiba walaupun keadaan agak berjerebu.. terubat rindu kat matahari bila dapat tengok matahari di awan biru... cuti kali ini aku bawa anak gadis kesayangan ambe... 
posing wajib kat airport



tiba kat sana van yang disewa dah menanti.. pandu sendiri.. tq cik talib jadi driver.. berjalan berdasarkan sign board.. akhirnya tiba dipintu gerbang sibu... round2.. gi restoran betul2 sebelah hotel paramount... dah selamat takyah cari hotel paramount tu.. dah lunch meneruskan usaha meronda bandar sibu.. dapat heritage sibu dan dapat beli souviner.. diorang apa lagi.. angkat songket sarawak le.. almaklum le trend skrg.. hari tu mr. z beli rm12 kat serikin.. kat sini rm15.. still ok dibandingkan dengan rm15. pastu gi plak central market sibu.. tengok2 jer.. tak tahu nak beli apa..


dah kepenatan check in hotel... selasa sangat.. n sebelah petang gi round kat dataran sg rejang.. tengok lambang sibu.. swan.. dan malam ke pasar malam sibu.. banyak makanan kat sini.


makan malam di kampung bandong.. alhamdullilah jumpa juga kampung bandong tu.. dan dapatlah merasa tomyam.. agak pedas.. tapi sedap.

keesokkanya sambung lagi ke heritage sibu.. shopping songket lagi le.. 

alhamdullah.. dapat juga rezeki menjejakkan kaki di sibu.. lain tempat lain rasa