Diriku ini..

Dilahirkan dan dibesarkan di Kulai. Meneruskan kehidupan dengan mencari sesuap nasi di Universiti Teknologi Malaysia. Memperolehi tempat berteduh di Taman Universiti, Skudai, Johor. Memayungi dua orang puteri berusia 8 tahun yang bergelar ANIS UMAIRAH dan 3 tahun bernama AMNI QAIREEN. Amat gilerr membaca novel dan amat gemar berjalan-jalan mencari pengalaman dan makanan.



Monday, September 28, 2015

BERITA DUKA

Sekadar untuk catatan dan ingatan aku...

bak aku telah pergi untuk selamanya pada 18 ogos 2015 pada jam 1.50 pagi
pemergian disebabkan oleh deman dan sakit tua
bak aku pergi semasa usianya 91 tahun (lahir pad 13/11/1924)
seminggu selepas pemergian mak long aku (sepupu bak dan isteri bak selepas mak aku meninggal)..mak long meninggal pada 11 ogos 2015.. mungkin bak merindui mak long..
terakhir aku jumpa bak pada 14 ogos 2015 di bukit besar
bak tengah duduk kat beranda masa aku tiba
dapat makan tengahari bersama bak
hari sabtu bak demam.. berita tu aku dapat masa beraya kat rumah joy dan kali pertama tengok bakal isteri ogy
hari ahad.. bak masih demam
hari isnin malam.. bak dihantar ke klinik sebab lemah dan terus dihantar ke hospital.. masa tiba.. joy kata bak cakap yang dia tak sakit
pukul 1.30 aku dapat call dari cik mamat.. bak dah nazak
terus tak dapat tido.. nak gi hari malam sangat.. anak2 dah tido.. aku dah mula risau.. iron baju.. konon2 kul 4 pg aku terus nak gi sendiri tinggalkan anak2 n mr. z
tapi kul 1.50 dapat berita bak dah takde.. terus siap ke hospital kulai
tiba kat sana.. nampak kelibat jenazah untuk dihantar ke rumah mayat
mr. z dengan jabar hantar anak2 kat rumah joy n ambil abah (bapa mertua)
dalam kul 5 ke rumah joy n balik rumah sendiri untuk ambil barang untuk tido kat bukit besar
dalam kul 8 diorang ke hospital untuk uruskan jenazah
ambil kak esah dan terus balik bukit besar
kul 10 jenazah tiba
alhamdullilah dapat cium bak... memang teringin sangat nak cium bak
dikebumikan.. kengkawan dari hema tiba (kak sal, kak nab, nazli, rizu, kak yam, cik yah n en. mus).. terima kasih sangat hadir menziarahi arwah bak saya
gi ke kubur dengan dar.. time tu plak selipar orang tua sidah putus
balik.. kengkawan dari fkm datang.. tq jannah, kak mai, kak fid, fawziah n en. yunus
malam kenduri.. zura datang..

No comments: