Diriku ini..

Dilahirkan dan dibesarkan di Kulai. Meneruskan kehidupan dengan mencari sesuap nasi di Universiti Teknologi Malaysia. Memperolehi tempat berteduh di Taman Universiti, Skudai, Johor. Memayungi dua orang puteri berusia 8 tahun yang bergelar ANIS UMAIRAH dan 3 tahun bernama AMNI QAIREEN. Amat gilerr membaca novel dan amat gemar berjalan-jalan mencari pengalaman dan makanan.



Friday, October 7, 2011

Aidilfitri dah berlalu pergi

Dah lama aku tak menulis... nak tulis plak tentang hari raya... walhal aidilfitri dah lama berlalu pergi.. dan bakal menjelma bulan depan deepavali dan aidiladha.  Tak kisahlah.. dengan masa yang ada seminit dua ni aku nak tinggalkan sikit cerita indah di pagi raya.. khasnya cite salleh crew.

Tahun ni kami adik beradik menyambut raya di kampung halaman yang indah lagi permai.. BUKIT BESAR.. bila sambut kat Bukit Besar semangat aku berkobar-kobar sikit sebab kat sana kami ada tema-tema di pagi raya.. tahun ni warna merah.. tak kisahlah merah darah.. merah moroon.. merah samar.. janji dalam kelompok merah.  Selalunya salleh crew bersatu hati menjayakan misi dipagi raya kami.

Salleh Crew.. yang nampak purple tu kita maafkan bukan dia rabun warna...


Tapi malang sikit tahun ni.. jurugambar yang aku tempah tak sihat.. dan time aku call dia tengah tidur.. (maklumlah orang tak sihat) dan samalah dengan jurusolek kami.. (dia pun tak sihat) cam berjanji-janjian plak diorang ni.. namun misi kami tetap diteruskan... kena bergambar dengan wajah yang ceria.. backup jurusolek .. pn. robeeyah sudi menyolekkan muka kakak-kakak ipar.. okey sangat.. (tq pn. ruby) dan jurugambar dalam salleh crew ni tak bimbang.. masing-masing berkebolehan mengambil gambar.. tahun depan tambah lagi sorang jurugambar.  so.. inilah hasilnya.. jurugambar yang diketuai oleh Tn. Hj. Rasid.. sangat berpuas hati.

Senyum 3.. tapi 3 orang tak pandai senyum

Sebenarnya acara raya kami bermula malam... setiap tahun kami akan bersiar-siar di Kota Tinggi pada malam raya.. balik dalam kul 12.. borak sampai kul 4 sambil menyiapkan juadah... pastu tidur jap.. dalam kul 5 bangun semula dan mula menumis juadah.. yang lelaki mandi awal untuk solat raya.. yang pompuan bersiap selepas orang lelaki gi sembahyang raya.. bila balik sembahyang.. beratur dan bermaaf-maafan serta menyerahkan duit raya untuk anak saudara.. sapa yang dah kerja kena bagi anak-anak saudara, sepupu sepapat dan adik-adik duit.. duit bak dan mak long dah tentu ada.. budget raya banyak gak... tapi takpe.. setahun sekali.  Part ni paling best untuk yang ada anak termasuk aku.. TQ semua yang bagi Anis Umairah duit raya.

Selepas sesi bermaaf-maafan kami bergambar.. dan kali ni bergambar kat depan rumah jiran sebelah.. gambar kami outdoor.  Konok-kononya nak ubah angin dan selera.. biasanya gambar dalam rumah..  memang best.. dengan kaki terangkat.. dengan senyum 3.. dan pelbagai ragam dan gaya.. janji ceria.

Misi menyembungikan badan.. nak nampak muka je
Sapa yang paling larat angkat kaki.. kaki aku berat

disebalik tembok batu

Gambar keluarga masing-masing dilupa jangan.  Macam-macam gaya
keluarga manja

Keluarga ara

Keluarga bojoy... pinjam anak pompuan ara

keluarga atan... anak-anak dia biasa buat aksi ni
Keluarga kakak, uda, kak cik gambarnya takde kat fb.. so tak dapat nak ambil... cik nonet.. plz give me the cd.. dah lama aku request..
Selesai semua kami berkunjung ke rumah kak sal, kak ru (jiran terdekat) dan menziarahi tok andak.  Malam kami ke kulai.. ke rumah mak long cik mamat.

Hari ke 2.. rumah wajib kami.. rumah cik kiah dan ke kampung linting.  Kat kampung Linting kami telah menyewa kenderaan besar sebagai pengangkutan salleh crew.. kita enjoyyyyy...

Beraya dengan lori.. maklumlah pulau


Bak dan mak long berhari raya dengan kami.. sayang kat bak.. muahh.. muahhh.. muahhh..







No comments: