Diriku ini..

Dilahirkan dan dibesarkan di Kulai. Meneruskan kehidupan dengan mencari sesuap nasi di Universiti Teknologi Malaysia. Memperolehi tempat berteduh di Taman Universiti, Skudai, Johor. Memayungi dua orang puteri berusia 8 tahun yang bergelar ANIS UMAIRAH dan 3 tahun bernama AMNI QAIREEN. Amat gilerr membaca novel dan amat gemar berjalan-jalan mencari pengalaman dan makanan.



Saturday, October 8, 2011

Josh Rizal disana

Pagi ni bangun dari tidur aku rasa sakit kepala.. pening-pening lalat gitu... patutlah pening-pening lalat sebab hari ni aku memang takde perancangan ke mana-mana pun, cuma petang nanti gi nak ke pasar malam pekan nenas.. maklumlah dah berapa minggu ni memang aku takde kat rumah.. 2 minggu lepas ke kuching, minggu lepas ke muar.. minggu ni melepak kat rumah.. esok je nak gi kenduri kawin.

Minggu depan.. yesss.. aku, member dan salleh's crew akan ke bumi josh rizal.. manila.. baru pertama kali nak ke sana.. dan dah beberapa bulan tak ke luar negara termasuk singapore... oooo.. baru semalam mr. z kata .. kita dah lama tak ke singapore... yuppp.,, betul tu..

Sebenarnya aku ni selalu dimomokkan dengan keadaan bumi filipina tu.. ada yg kata tak takut ke gi sana.. ada yg tanya ada apa di sana.. aku kata ada green hill dan tagaytay je.. lebih-lebih lagi dengan keadaan cuaca yang tak menentu kat sana... apa pun tunggu aku update blog ni..

Filipina.. kita hanya di manila.. bukan palawan
manila city

kenderaan jeppsy

taal lake.. tagaytay

No comments: