Diriku ini..

Dilahirkan dan dibesarkan di Kulai. Meneruskan kehidupan dengan mencari sesuap nasi di Universiti Teknologi Malaysia. Memperolehi tempat berteduh di Taman Universiti, Skudai, Johor. Memayungi dua orang puteri berusia 8 tahun yang bergelar ANIS UMAIRAH dan 3 tahun bernama AMNI QAIREEN. Amat gilerr membaca novel dan amat gemar berjalan-jalan mencari pengalaman dan makanan.



Friday, October 7, 2011

Aura perkahwinan

Tadi aku ambil sedikit masa untuk mengemas laci.. banyak juga sampah sarap yang aku buang dan termasuk cd2 yang tak berguna.. Belek punya belek aku terbelek cd perkahwinan ogy dan tasya yang diambil oleh olan.  (apa khabar agaknya olan.. dah kerja kat nilai ni langsung takde berita..)  Bila tengok cd tu terasa plak aura perkahwinan yang akan berlangsung tak lama lagi... ini bukan wedding of the years cam norman hakim dan memey.. dia wedding of the year peringkat salleh crew je
Moga tasya and ogy berbahagia hingga ke akhir hayat


Tak lama lagi tarikhnya.. time tu Salleh Crew akan sibuk... sibuk menyambut orang baru yang akan menambahkan lagi jumlah bilangan Salleh Crew.. welcome to our group.. dia tahan di cabar ke..????

Actually bila nak mengadakan perkahwinan ni bukan keluarga si pengantin je akan terasa aura.. keluarga adik beradik mak pengantin pun tumpang sibuk.. dan salleh crew memang suka sibuk-sibuk bab ni.
Best time ni.. time iim diorang takde.. hari ahad hari jumpa keluarga

Tahun ni umairah akan bergoyang inul..  ibuk ibuk bapak-bapak..

Tarikh cantik untuk majlis perkahwinan nurul hidayah mohd nayan dengan pasangannya khairul azmi bin apa ya.. akan diadakan pada 20 11 2011.  Aku plak ditugaskan untuk buat kek pengantin.. satu cabaran untuk aku.. bolehkan terlaksanakan.. buat masa ni aku baru buat 3 biji kek.. itu pun ada yang bantat.. diaorang dah beri kepercayaan.. tapi aku tak raya kepercayaan tapi satu bebanan.. diorang tahu kalo aku tak buat.. aku order je.. dan sudah tentu aku bayar.. aduhhh.. bebanan tu.. 
Tshirt salleh's crew

Bunga manggar.. harap2 turn iim lebih grand..

baju hari perkahwinan hitam purple.. kek aku sure ada warna purple... so.. kita tunggu...

Saja lampirkan gambar berkahwinan ogy (adik pengantin)... 






No comments: