Diriku ini..

Dilahirkan dan dibesarkan di Kulai. Meneruskan kehidupan dengan mencari sesuap nasi di Universiti Teknologi Malaysia. Memperolehi tempat berteduh di Taman Universiti, Skudai, Johor. Memayungi dua orang puteri berusia 8 tahun yang bergelar ANIS UMAIRAH dan 3 tahun bernama AMNI QAIREEN. Amat gilerr membaca novel dan amat gemar berjalan-jalan mencari pengalaman dan makanan.



Saturday, October 8, 2011

FADHILAT HAJI

Kaabah


Firman Allah SWT:
وأتمّوا الحجّ والعمرة لله .................."
“ Dan Sempurnakanlah ibadah haji dan umrah kerana Allah…. ……“
(al-Baqarah: ayat 196)

فمن حجّ البيت اواعتمر فلاجناح عليه ان يّطّوّف بهما.
“Maka barang siapa yang hendak melakukan haji ke Baitulallah atau melakukan umrah, maka tidaklah menjadi halangan baginya bahawa ia berlari-lari antara keduanya”.
(Al-Baqarah: ayat 158)

Abu Hurairah ra. meriwayatkan bahawa Rasulullah S.A.W: Barangsiapa menunaikan haji kerana untuk mendapatkan keredhaan Allah dan dengannya tidak menyebut perkataan-perkataan maksiat, tidak melakukan perbuatan-perbuatan keji, akan kembali daripadanya bebas daripada dosa sebagaimana hari di mana ibunya melahirkannya."
(Mutafaquun Alaih).

Daripada Abu Hurairah r.a. lagi bahawa Rasulullah s.a.w. bersabda, “Mengerjakan umrah ke satu umrah yang lain menjadi penutup dosa yang dilakukan di antara kedua umrah itu. Manakala haji yang mabrur pula akan dibalas dengan syurga kepada orang yang mengerjakannya”.
(Hadis Riwayat Al-Bukhari dan Muslim)

Ibadat Haji dan Umrah adalah syariat agama Allah s.w.t yang mengandungi rahsia-rahsia dan hikmat-hikmat. Di antara hikmat-hikmat yang dapat diselami adalah untuk melatih umat Islam supaya bersatu haluan dalam mempertingkatkan syiar Islam, berganding bahu untuk menegakkan agama Allah s.w.t. supaya perhubungan di antara masyarakat Islam terjalin lebih erat dan lebih mesra lagi tanpa mengira warna kulit biarpun berlainan bahasa percakapan, adat resam dan kebudayaan. Bagi amalan Sa’ie direnung kembali peristiwa Siti Hajar, isteri kepada Nabi Ibrahim a.s. yang lari berulang-alik antara Bukit Safa dan Marwah di tengah-tengah padang pasir yang cuacanya panas dan kering untuk mencari air bagi anaknya yang masih bayi. Bila Siti Hajar kembali kepada anaknya dilihat air zam-zam terpancar dari bumi tempat letak kaki Nabi Ismail a.s.
Daripada peristiwa ini umat Islam dapat menanam semangat perjuangan supaya terus berusaha dan tidak mudah putus asa melalui rintangan kehidupan. Mengerjakan haji dan umrah sesungguhnya keduanya menghapuskan dosa. Sekiranya ibadat tersebut mendapat mabrur (amalan baik yang diterima oleh Allah s.w.t.) akan memperolehi syurga.
Dalam sebuah hadith lain, Rasulullah s.a.w. bersabda: "Dosa-dosa yang dilakukan selepas satu umrah diampunkan melalui umrah yang berikutnya". Oleh itu, apa yang telah dilakukan di antara dua umrah akan terputus. Hikmat kedua-dua kota di Tanah Suci iaitu amalan ibadatnya digandakan pahala. Sabda Rasulullah s.a.w. bahawa sesudah Mekah, maka tidak ada tanah yang lebih utama di bumi ini daripada kota Madinah yang digelarkan dengan nama Madinadul Rasul atau kotanya Rasulullah s.a.w. Amalan-amalan yang dilakukan di Masjid Nabawi akan mendapat pahala yang berlipat ganda dan juga mendapat syafa’at daripada Rasulullah s.a.w. Baginda juga bersabda yang bermaksud bahawa solat di Masjid Nabawi lebih afdal daripada masjid-masjid yang lain sebanyak seribu kali solat kecuali Masjidil Haram, manakala bersolat di masjidnya sebanyak empat puluh waktu dengan tidak tinggal walaupun satu waktunya nescaya dilepaskan mereka daripada azab neraka dan juga azab kubur.
Sesungguhnya orang–orang yang mengerjakan haji dan umrah, adalah utusan Allah s.w.t. sekiranya mereka memohon sesuatu, dikurniakanNya; jika mereka berdoa, dimakbulkan doanya; dan jika mereka membelanjakan sesuatu maka digantikanNya. Ibadat umrah adalah lambang perpaduan umat Islam yang sentiasa berada dalam ikatan kukuh bagi memperkasakan maruah umat dan kesucian Islam. Umpamanya menerusi aktiviti tawaf dapat dilihat dengan jelas semangat perpaduan dan persaudaraan umat Islam adalah erat sesama manusia, tidak kira raja, rakyat miskin atau kaya, sama sahaja taraf mereka ketika mengerjakan ibadat dan semuanya berpakaian seragam (ihram) bersama-sama mengabdikan diri kepada Allah s.w.t. dan memartabatkan imej dan meningkatkan syiar Islam di persada dunia
Gembira bakal pak aji dan mak aji semasa pendaftaran.. sorry salleh's crew tak hantar



 
Alhamdullillah tahun ini uda dan pokde diberi peluang untuk menunaikan fardu haji.  So sabtu lepas Salleh's crew semua turun ke muar untuk memeriahkan majlis kenduri doa selamat.  Aku biasalah tolong-tolong sikit je.. yang lebih suka berborak... alahh.. uda pun bukan masak.. dia order je.. dia pun ada program kat mrsm tempat azim.  Buat apa gi awal-awal.  Bertolak dari rumah pun petang.. dalam kul 4.30.. gi ambil joy.. then baru gi muar.  Tiba sana dah maghrib (singgah makan dulu kat parit sulong)..  pastu kak cik bersama kuncu-kuncunya (jiran-jiran kat kampung) datang meramaikan program uda tu.  Habis kenduri biasalah dok borak-borak sampai kul 4 pagi.. tido jap.. pastu bangun.. pagi gi pasar parit jawa.. kak cik dan uda... gi pasar.. aku, joy, ruby dan kakak... gi membeli durian dan dok breakfast... tengahari disambung dengan majlis kak cik... penghantaran duit hantaran dan penetapan tarikh perkahwinan antara nurul hidayah dan pasangannya khairul azmi.  Petang dalam kul 5 kami berangkat pulang ke teratak masing-masing... aku singgah parit jawa dulu.. pekena kepala ikan merah le... Tapi sorry ya uda, kami tak dapat hantar ko.. wakilkan ucu je.. kalo ko kat senai kami tidur baring kat airport pun takde problem..

Untuk uda dan pokde... moga mendapat haji yang mabrur.. dan doakan adik beradik yang lain untuk ikut jejak ucu, uda, pokde, bak dan mak long menunaikan fardu haji ini... . salleh's crew perlu ada wawasan untuk menjejakkan kaki ke bumi allah.  Dapat menunaikan umrah dulu pun dah seribu rahmat untuk kita.. lihatlah kebesaran allah... kalo terus dapat menunaikan rukun islam yg ke 5 itu lagi alhamdullillah.  Insyaallah....




No comments: