Diriku ini..

Dilahirkan dan dibesarkan di Kulai. Meneruskan kehidupan dengan mencari sesuap nasi di Universiti Teknologi Malaysia. Memperolehi tempat berteduh di Taman Universiti, Skudai, Johor. Memayungi dua orang puteri berusia 8 tahun yang bergelar ANIS UMAIRAH dan 3 tahun bernama AMNI QAIREEN. Amat gilerr membaca novel dan amat gemar berjalan-jalan mencari pengalaman dan makanan.



Saturday, October 29, 2011

Mabuhay Manila

Mabuhay..
hello, maligayang pagdating sa aking blog. Salamat sa lahat na nais basahin ang anumang mga artikulo na nakapaloob sa aking pagsusulat ng mundo (hello, selamat datang ke blog saya.  Terima kasih kepada semua yang sudi membaca apa-apa artikel yang terkandung di dunia penulisan saya.)
 
 hehehe... saja bagi suspen sikit.. ribut taufan dan aura filipina masih ada dalam diri aku ni...  dan alhamdullillah masa kitorang gi tu takde apa2 benda yang tak elok berjadi.. syukur ke hadrat Ilahi
 
Perjalanan kami bermula pada 13 Oktober 2011 jam 10.15 malam.  Dan pukul 11 kami dah melepak kat LCCT airport, Sepang, Selangor.  Aku saja ambil flight memandangkan harga flight dan harga sewa bas tak banyak beza.  Maka melepaklah kami 11 orang menunggu hingga ke jam 7.55 untuk terbang.  Time tu macam2 spekulasi... ada yang kata alangkah bagusnya dapat menumpang rumah ucu.. that means ucu kena ambil dan kena hantar... tidakkah tindakan itu menyusahkan orang... ada yang kata borak2.. maka kejap je akan ke pagi.  Tiba kat situ.. kitorang tak keluar pun dari ruang mengambil bagasi.. melepak kat kerusi tu.. sambil makan bekalan untuk di bawa ke filipina... memang bersantai sambil mencicah roti dengan rendang.. hingga menjilat jari.. itu bekalan dari dar.. sedapppp.. dar memang pandai masak.  Dah puas bersantai kat situ.. kitorang makan2 plak kat food court seblum cuba melelapkan mata cam orang sekeliling.  Aku plak resah gelisah dan rasa sangat tak selesa dan mengambil tindakan menyimbah badan (mandi) dalam jam 3.00 pagi.. hebat tak hebat aku.. walhal joy n dar cuba tido2 ayam.
 
Menjelang pagi kami menyusun langkah untuk terbang bersama air asia ke clark.. perjalanan yang mengambil masa hampir 4 jam tu menghambat rasa bosan dalam diri... nak tidur tak berapa lelap.. nak makan.. tak berapa lapar (sebab kat lcct dah melantak 2 kali).. so.. borak2 sikit dgn joy n dar.   Dalam fikiran ni memacam aku fikir.. lebih2 lagi bila dar kata member dia kat filipina kata dah diberi signal no. 1 untuk ribu taufan.. aduhh.. kecut perutku yang gendut ni.  Bila pengumuman untuk landing berkumandang.. aku dan mula lega.. dapat plak tengok langit yang cerah.. awan yang berkepul (petanda tidak hujan)... alhamdulillah kira right time.  Opppss lupa.. tadi satu flight dengan Z Lokman.. aku kenal dia sebagai pelakon.. tapi tak tahu nama.. nasib baik cik nab kasi info.

Biru... bulan madu di awam biru... tiada yang mengganggu.. cuma bunyi enjin kapal terbang je ganggu

awam berkepul.. nasib baik tak berat..

Tiba di lapangan terbang diosdado macapagal international airport clark
 
Filipina... aku tak berapa banyak info negara ni.. cuma banyak pulau.. sebelum ni aku dapat quotation ke palawan beach.. ooohh.. aku tidak ke sana.  Aku tahu tentang mindanoa yang beragama islam dan selebihnya ramai roman kotholik.  Shopping.. kurang info.. tahu tentang greenhill.. tahu tentang baclaran.. asia mall.. itu aje.
Alhamdullillah.. muka lega aku, kak cik n joy... jejak gak kaki kat bumi filipina... arroyo.. kami datang

di luar airport
 
Tiba di sana kami di sambut oleh tourist guide dari island guest travel & tours yang di kemudikan oleh miss reme.  Kami menaiki bas dari clark menuju ke manila dan berhenti seketika untuk menikmati makanan tengahari.  Cik nab sudah pasti makan ketupat segera.. i like.. aku ambil nasi dan sayur.. yang lain kureenggg.. was was.  Perjalanan pertama menuju greenhill.. aduhhh.. seksa gak nak ke sana sebab jalan sesak... macettt... aku rasa lamanya dari clark untuk tiba ke greenhill.  Nak masuk ke shopping kompleks beg kena cek.. bagus gak.  Rasa lebih selamat.  Tiba kat sana kami terus menuju kiosk2 yang menjual aneka cenderamata.. semua dah menangkap fridge magnet filipina.  Sebagai souvenir juga.  Group kami pun menangkap satu lagi cenderamata yang popular.. tshirt hard rock cafe manila... atau tshirt yang ada tulis filipina.  Kat situ aku hanya membeli wallet dan beg kecik je.  Tak tenang nak memilih sebagai diorang memanggil-manggil... mum..mum.. my frend.. rimas aku.

Dunia shopping di green hill



tak tercapai dek tangan.. tapi tercapai dek fikiran

 
Selepas dinner kami terus di bawa ke hotel..  didalam perjalanan menuju ke hotel terdapat sebilangan penduduk yang tidur di kali lima.  Nyenyak plak tu.. aku memang ngeri dan geli.. geli sebab tikus bila2 masa boleh keluar di kawasan dingin tu... dan ngeri dengan suasana tu.  Setiba di hotel.. kami mengambil kesempatan untuk menegang2kan urat dan berehat.. esok mahu sambung lawatan.
 
Keesokkan harinya sesudah bersarapan kami dijemput oleh tourist guide yang lain plak.. belita.. orangya genit dan agak ramah.. sedang belajar bahasa indonesia dan dia ingat kami ni dari indonesia bila bercerita tentang kawah gunung berapi... kononnya kami pun biasa dengan gegaran dan gempa... ooohh tidak.. kami dari Malaysia.. 1malaysia dan i love malaysia.  Perjalanan dianggarkan dalam 2 jam menuju ke tagaytay iaitu satu kawasan yang agak tinggi.. dalam perjalanan tu di bercerita tentang jose rizal... filipina bangga dengan hero dia.. terpegun gak aku mendengar dimana jose rizal tu penuh ilmu didada.. masa berusia lebih kurang 4 tahun sudah pandai membaca.. dan mengetahui banyak bahasa selain menjadi doktor, engineer, penulis, pelukis dan sebagainya.. hingga ia mati dipenuh... tragis.... tapi negara kita pun ada hero.. kita ada hang tuah.. dan hero orang islam sudah tentu nabi junjungan kita.  Kami melalui makati, laguna dan beberapa daerah untuk sampai ke tagaytay.  Hampir tiba di tagaytay aku dapat lihat dari kejauhan kawah yang sebelum ini aku lihat dari gambar.  Kini bendalah tu depan mata.  Kami berhenti rehat di Days Hotel dan seterusnya melanjutnya perjalanan ke Picnic Grove.  Disini aku dan dar mengambil kesempatan untuk keluar dikawasan awam dan membeli tshirt dengan harga php9000.  Kira murah gak le.
hentian rehat di tepi highway menuju tagaytay

awa, esah dan noi.... tiga dara pinggatan dalam majalah gila2 dulu..

tek terangkat pun kaki sebaju merah tu.. berat sangat

pakej khas di tagaytay.

 
Selepas meninggalkan tagaytay kami akan tour manila lak.  Tempat pertama kedai yang menjual cenderamata filipina..  Walaupun kedai seumpama itu tidak berminat untuk aku jejak... tapi setelah masuk terasa plak harganya amat berpatutan.. maka bertambahlah souvernir aku beli.. fridge magnet bertambah le.  Perjalanan di lanjutkan ke fort santiago di mana monumen Rajah Suliman berdiri tegak.  Bab sejarah ini, kak cik dan bojoy bukan minat.. aku pun ambil keputusan tipu diorang.. aku kata yang kita akan keluar pintu lain.. hehehe.. hendak tak hendak.. diorang kena follow sebab taknak tertinggal.. bila tourist guide kata pusing.. ikut jalan tu semula.. mulalah diorang merungut.. lebih senang kalo diorang duduk aje tunggu kita.  Last kami dihantar ke asia mall.. memang besar tempat tu.. boleh sesat rasanya.  Satu masalah bila tiba sini... turun kat pintu lain dan tunggu untuk balik di pintu yang lain.. kami takde masalah sebab jelas penerangannya.. dan ada 2 orang termiss communication.. so dia menuju ke pintu yang kami masuk tadi.. maka terjadilah peristiwa mencari 2 yang tercicir...  dalam masa menunggu tu ada plak permainan bunga api.. kami yang tak biasa ni.. dah seram.. tapi tak nampak plak orang berlari.. semua relax.. rupanya permaian bunga api.. bukan bom meletup... tentang 2 orang yang tercicir tu.. pengumuman telah dibuat dalam mall dalam masa melayu.... rasanya kalo dia dengar.. dia berdua je yang faham.. orang filipina menggunakan bahasa tagalog..... kat mall tu plak ada artis buat show.. ramailah orang.. kali pertama mencari takde plak jumpa  diorang.. kali ke 2 baru berjumpa.. lega.. ada cadangan kalo dia yang hilang dia nak gi kedutaan.. aduhhh cik yah.. awak tahu ke jalan menuju kedutaan.. kalo orang tua sidah yang lebih... payah gak dia nak gi kedutaan.. teksi depan mata.. nak cakap kedutaan dalam bahasa inggeris je ambil 2 jam ... malaysian embassy,  Alhamdullilah bila nak okey.. gi dinner seafood.. wahh.. ramainya golongan abang 2 alam kat situ.. kitorang makan cepat2 sebab kat depan tu ada kedai jualan.  Habis makan terus ke kedai makan.. dapatlah 2 buah beg.. dan pencil box angrybird (betul ke spelling).  Kat situ gak ramai kanak-kanak meminta sedekah.. comot budak2 tu.. tapi kalo di bela dengan elok.. diberus kaki.. maka jadilah kanak-kanak comel.  Dah kenyang.. dah ronda manila city.. badan pun dah rasa nak rehat.. so kami balik ke pangkal jalan.. ke hotel.. tiba bilik.. apa lagi.. aku kumbah barang2 hasil belian... wahhh.. best gak.. duit pun masih ada lagi ni..


jeppny

temankan joy shopping...rantai kerang yg free

kat fort santiago


Novel tak bawa... jadi aku berdoa

hasil belian



 
Keesokkan kami perjalanan kami ke airport dari jam 8 pagi.  Tiba airport dalam jam 10.00 pagi..  staff airport memang membantu.. sebelum ni aku tanya tourist guide php750 untuk airport tax.. tapi bila kat sana hanya php600 sahaja.. so ada  baki lagi wangnya.  Selepas menyelesaikan urusan tu kami bershopping lagi.. shopping coklat.. tapi aku tak berapa giler membeli coklat.
di kejauhan nampak kawah gunung berapi


Mak cik kayo
 
Alhamdullilah dalam jam 4 kami selamat tiba di LCCT.  Selepas menunaikan solat kami menaiki bas bertolak ke Johor.. Home sweet home.. pada aku perjalanan setiap negara ni berbeza2 keistimewaan.. manila bukan tempat shopping.. tak seperti indonesia dan vietnam.. tapi aku dapat lihat budaya masyarakat yang berbeza, negara yang kedengarannya bahaya.. tapi alhamdullilah kami selamat dan kulit muka memang macam kulit melayu cam aku.... yang pasti kat sini aku boleh makan seperti bahasa zaiton.. makan 'tanpa was-was'
 
Okey tunggu perjalanan luar negara tahun hadapan.. sawadikap.. kali kedua aku ke sana.. Insyaallah
 



No comments: