Trip ni aku ambil untuk harga ground 660 kecuali tiket.. tiket pergi balik bali dan airport keseluruhan 330.. jb - surabaya masa tu dalam rm200++ kot.. 4 kali naik flight.. 3 kali airport tax.. hotel 3 star, makan sepanjang di sana dan tiket masuk ke semua tempat... harap berpatutan dan tiket
So perjalanan kami yang dianggotai oleh 16 orang ahli trip bergerak dari johor ke surabaya.. bermalam di the square hotel, surabaya (sempat ke tanggul angin) .. the square hotel ni memang berbaloi2.. selesa, bersih dan besar biliknya. Masa dalam bas kami dihiburkan oleh lagu2 irama jaipung.. wahhh... ibu2 dalam bas semua panasaran.. tak suka lagi tu.. pastu panas plak.. Sebelum ke hotel kami sempat makan malam di Bamboo Restaurant. Not bad cuma aku tersalah ambil pakej.. ada belut.. so tak makan le belut tu. Subuh esoknya kami terus bergerak ke airport surabaya untuk ke pulau dewata. Tiba di bali pun awal so trip ni rasanya trip ke bali bukan ke surabaya.
bamboo restaurant |
menunggu makanan |
minum air dulu ya puan |
ada cerita di sebalik patung2 ini |
pemuzik tarian barong |
itu dia dah keluar |
suka aku tengok kreatifnya diorang.. tomato jadi bunga |
berlatar belakangkan kintanami |
Keesokkan harinya pagi2 lagi aku dah ke pantai kuta.. niat dihati nak temankan diorang ke hard rock.. tapi hard rock tak buka lagi.. so gambar2 aje dan sempatlah singgah ditempat pengeboman tragedi sedih di bali. sebelum dihantar ke airport kami di bawa ke uluwatu iaitu penghujung bali di mana terdapat temple yang dibina dihujung tanah.. dan kat sini le ada tarian kecak.. cakkk.. cakkk... cakkk.. kami sempat menikmati nasi padang sebelum dihantar ke airport
kebaliannya terserlah |
tanah lot |
teringat nak shopping je dua orang ni |
akhirnya aku ke tanah lot juga |
menikmati makan malam di jimbaran |
pantai kuta.. kenapa aku nampak benyek ya.. salah jurufoto ni |
inilah dia laut pantai kuta |
hard rock bali |
diabadikan nama2 yang terkorban semasa letupan bom di bali |
bye bali |
ini dia bu astri |
Selesai check in untuk ke surabaya kami dimaklumkan bahawa flight ke surabaya delay.. aduhhh buuuu.. hati ni dah tak sabar nak bershopping di surabaya.. so lambat sikitlah kami tiba.. tiba disurabaya aje kami di bawa ke sulam indah.. wahhh.. diorang shopping sakan.. nak gi jambatan merah plaza dah tutup.. pgs lagilah.. aduhhh frust aku kerana flight delay.. selepas bershopping dan makan malam di restaurant yang sedap gak kami dibawa ke jambatan suramadu iaitu jambatan yang menghubungkan surabaya dan pulau madura.. wahhh.. baju tshirt kami dah jadi suramadu.. surabaya madura..
hotel di surabaya |
lambang surabaya.. jerung dan buaya bergelut |
kepunyaan ku bas ini.. ita |
itu gunung bromo.. sepuluh tahun lalu aku pernah daki gunung tu |
Malam kami bermalam di surabaya dan keesokkannya hari hujan.. tak boleh buat apa2.. nak shopping pun tak sempat so sempat berfoto kat lambang surabaya je (sura - jerung dan baya - buaya) nama surabaya ni diambil sempena pergaduhan antara jerung dan buaya yang takde pemenang.
Tiba diairport sempatlah kami membeli beg (tak berapa mahal), fridge magnet dan souvenir surabaya.. masuk aje ke dalam pengumuman untuk penerbangan.. rupanya flight diawalkan.. kami jadi antara orang yang terakhir masuk ke dalam flight.. dalam jam 2.00 petang kami selepas tiba di senai..
Seronok tripnya sebab peserta orang-orang yang biasa join.. cuma ada 6 orang muka baru.. hopefully diorang berpuas hati dengan layanan dari aku.. dan join lagi ya..
No comments:
Post a Comment