Diriku ini..

Dilahirkan dan dibesarkan di Kulai. Meneruskan kehidupan dengan mencari sesuap nasi di Universiti Teknologi Malaysia. Memperolehi tempat berteduh di Taman Universiti, Skudai, Johor. Memayungi dua orang puteri berusia 8 tahun yang bergelar ANIS UMAIRAH dan 3 tahun bernama AMNI QAIREEN. Amat gilerr membaca novel dan amat gemar berjalan-jalan mencari pengalaman dan makanan.



Wednesday, June 5, 2013

kesibukan di bulan mei - HO CHI MINH

Saja tajuk melambangkan kesibukan.. agak ketat jadual bulan mei.. trip yang agak banyak... alhamdullillah rezeki allah beri.. jakarta bandung 1 trip.. surabaya bali 1 trip.. bandung 1 trip.. dan last jakarta bandung 1 trip.. maklumlah hujung bln cuti sekolah.

LUAR NEGARA DI AWAL BULAN

Bulan mei aku mulakan dengan menyusun langkah ke ho chi minh.. trip sendiri.. ambil barang.. gi 2 hari from singapore.. alhamdullillah.. dari rachor ke changi airport dapat pemandu taxi yang baik hati.. sibuk bercerita dan bila nak turun dihadiahkan plak kami bertiga (aku, iim dan kak ratna) mentos sorang 1 batang.. terima kasih dan dia doakan kami bergembira.. alhamdullilah.. flight dari singapore ke ho chi minh dengan lion air.. first time naik lion.. lebih panjang.. dan bila dia membelok tu.. makkk oooiii.. cam corner baring kita.. 

Tiba Ho Chi Minh terus jumpa sedara.. amin.  Kita makan dulu... hotel amin dah tolong bookedkan. Pastu apa lagi sesi menyopping sampai malam hari.  Kali ni bestnya sampai pergi ke rumah aishah.  Mencari baju.. Banyaklah juga dapat aku beli.  Malam tu dengar penuh kealpaan aku terbuang tshirt, tudung dan beberapa benda yang aku beli.. aku mengemas dan ingatkan itu plastik kosong.. syok aje aku buang.. dan bila dah siap mengemas tu aku baru perasan.. dan lintang pukang aku ke pasar malam.. time tu banyak plak kedai dah tutup.. alaaaa.. ruginya.. rupanya bila iim tolong cekkan aku terbuang.. nasib baik dapat ambil balik.. dah rezeki aku..

Esok paginya sempat aku ke bint thay.. naik bas dari bant thant.. sempatlah membeli kain cotton.. Tengahari time balik dari ho chi minh ke singapore.. baju terbanyak beli so terpaksa di pos.  Tiba di changi.. naik taxi ke rachor dan lagi sekali diketemukan dengan sorang pemandu taxi yang baik.. dia membantu mendapatkan taxi malaysia kerana lebih murah.

Dari Rachor ke johor plak diketemukan gak dengan pemandu taxi yang baik hati.. ajak kami berbual.. dan okeylah walau barang kami seolah2 nak memendakkan keretanya.

Alhamdullillah succesful trip.

No comments: