Diriku ini..

Dilahirkan dan dibesarkan di Kulai. Meneruskan kehidupan dengan mencari sesuap nasi di Universiti Teknologi Malaysia. Memperolehi tempat berteduh di Taman Universiti, Skudai, Johor. Memayungi dua orang puteri berusia 8 tahun yang bergelar ANIS UMAIRAH dan 3 tahun bernama AMNI QAIREEN. Amat gilerr membaca novel dan amat gemar berjalan-jalan mencari pengalaman dan makanan.



Wednesday, June 5, 2013

Cerita tentang apa??

Satu ketika dulu aku pernah bercite2 menjadi seorang penulis.. penulis novel.. sbb aku suka baca novel.. pernah mencuba menulis cerpen tapi setengah jalan dan masa form six pernah tulis cerpen.. itulah satunya2 cerpen aku yang dapat aku tamatkan citenya.. tapi rasanya cerpen tu.. plotnya longgar.. setakat bolehlah kot.. 

Bab nak bercerita plak.. aku takde sehebat mana... cite aku dalam blog ni banyak tentang perjalanan/trip yang aku ikuti dan anjurkan.. memang hobi aku melancong... bila tengok negara orang tu macam ada satu kepuasan dalam diri aku.. aku suka berjalan... tapi buat semuanya kebanyakkan tempat yang aku lawati semuanya negara ke 3.. yang maju cuma australia dan korea... dan tempat wajib pada aku sebagai seorang muslim.. mekah almukaramah.. semasa menunaikan umrah.

Tentang luahan perasan.. ketidakpuasan jarang aku pamerkan.. alhamdullilah hidup secara sederhana.. kurang stressnya.. jadi tak banyak yang bermain di fikiran... semuanya terkawal.

Tentang kewangan.. terus terang aku bukan orang yang berwang.. wang yang ada cuma cukup2 aje.. ada gak kalanya kurang wangnya.. hati dah mula risau.. tapi alhamdullilah.. bila aku dongak ke atas.. ramai orang berwang di sana.. bila aku toleh di bawah pun ramai lagi orang yang lebih tidak berwang dari aku.. syukur aku di sini.. dan bersyukur apa yang ada

Tentang orang yang aku sayang.. anak2 aku.. itulah nyawa aku.. aku rasa gembira bila umairah dah boleh membaca.. cuma skrg. aku risau bab agamanya.. dia baru iqra 2.. kenapa pemantauan aku tentang itu kurang.. aku kena lebihkan sikit membantu dia dalam bab2 agama.. dia amanah dari allah untuk aku.. amni kecil lagi... baru masuk 1 tahun.

apa aku tulis ni.. saja suka-suka.. hahahaha.. 

No comments: