Diriku ini..

Dilahirkan dan dibesarkan di Kulai. Meneruskan kehidupan dengan mencari sesuap nasi di Universiti Teknologi Malaysia. Memperolehi tempat berteduh di Taman Universiti, Skudai, Johor. Memayungi dua orang puteri berusia 8 tahun yang bergelar ANIS UMAIRAH dan 3 tahun bernama AMNI QAIREEN. Amat gilerr membaca novel dan amat gemar berjalan-jalan mencari pengalaman dan makanan.



Friday, July 26, 2013

GOP VIETNAM - Ho Chi Minh

Ahamdullilah rezeki sebelum ramadhan.

GOP FKM telah memilih aku untuk membawa diorang selama 7 hari ke Ho Chi Minh City.  Aku cuba uruskan sebaik mungkin walaupun pada peringkat awalnya cam tak berapa nak jadi... beli tiket pun seminggu sebelum berangkat.. setelah di survey-survey vietnam airlines memberikan harga yang terbaik pada tarikh itu termasuk bagasi.  So apalagi aku book je le vietnam airlines.. lagi pun aku sendiri belum pernah merasa naik flight.. diorang tak kisah asal tiba dan asal tak tambah duit yang diberikan oleh utm... aku cuba rancang yang terbaik agar tidak perlu tambah apa.

So pada 26 jun.. diorang pun berangkat ke klia.. flight tengahari.. cuaca yang penuh jerebu mengiringi perjalanan diorang.  Semuanya berjalan lancar.. yang tak lancar menunggu diorang.. so bas lambat sikit bergerak dari UTM ke KLIA.

Di KLIA aku check inka untuk semua.. biar diorang meronda2 dulu.. dah settle check in.. aku ke kfc.. mengalas perut.. dan terus ke gate c.. terminal tengah dan kenalah naik aero train.. semua okey.. cuma tek berapa nak lancar sebab sesekali terpaksa berhenti untuk berposing.. diorang le.. seronok gi reramai apatah lagi dengan kawan2..

Dalam jam 3 kot alhamdullilah dah tiba ke bumi vietnam.. diorang ni terus menyambar simcard le.. aku no hal sebab aku just hantar.. dan ada yang menguruskan kat sini.. esok aku akan ucapkan bye bye kat ho chi minh.. diorang akan balik pada 2 julai.

Tiba kat sana aku uruskan check in hotel... bas agak selesa.. dan layanan dari tourist guide yang dilantik amat memuaskan hati diorang.

Alhamdullilah gak.. feedback yang aku dapat amat memberangsangkan.. diorang semua puas hati dengan layanan dan makanan di sana.. moga ada rezeki aku lagi bersama korang.
aku tidak berbaju merah

No comments: