Diriku ini..

Dilahirkan dan dibesarkan di Kulai. Meneruskan kehidupan dengan mencari sesuap nasi di Universiti Teknologi Malaysia. Memperolehi tempat berteduh di Taman Universiti, Skudai, Johor. Memayungi dua orang puteri berusia 8 tahun yang bergelar ANIS UMAIRAH dan 3 tahun bernama AMNI QAIREEN. Amat gilerr membaca novel dan amat gemar berjalan-jalan mencari pengalaman dan makanan.



Monday, September 28, 2015

INDAH RUPA DARI KHABAR

Bila sebut lombok.. macam ngeri gitu.. kisah lelaki bawa lari anak gadis orang malaysia banyak dipaparkan... memula aku nak buat trip lombok ni pun aku fikir.. setakat pantaiii.. aku ni pun bukan jenis minat pantai sangat.. desaru yg dekat pun sesekali gi.. keindahan pantai bagi aku cam tak berapa menarik minat le..

Tapi.. bila memikirkan harga tiket agak rendah.. dan sementara airasia masih beroperasi untuk perjalanan johor - lombok.. ala2 macam best gak.. sebenarnya sebelum ni pun mcm nak gi.. nak gi dengan anak2 sedara.. nak ajak diorang scuba ke.. diving ke.. aku dok tepi je main2 air.. pernah betul2 nak book.. tapi cancel last minit..

Last2 aku gagahkan juga buat trip ni sebab ada permintaan.. flight pagi dan yang gi 14 orang.. sorang lagi tak dapat gi pasal tak declare ptptn.  Flight 6.50 dan time sana dijangka tiba dalam 9.50.. tiba alhamdullillah.. dapat tiba lebih awal... masanya sama aje dengan malaysia.... macam bali gak.. Lagi cepat turun dari fllight lagi ok..
trip lombok pada tarikh tertera.. harga hanya rm790 all in.. hanya bawa duit poket

Bila tiba di sana.. aku teruja gak.. aku bayangkan lombok cm kampung jer.. tapi serius.. sangat ok.. jalan tanpa macet.. tidak dikejar sangat dengan sang kuriang.. hari kedua.. kami yang seolah2 macam nak mengejar sang kuriang.. dan selasa... majoriti muslim.. haaa... lebih ok berbanding bali yang majoritinya hindu.  Pendekkata boleh gi lagi le.. view sangat cantik.. patut le artis suka ke sini.. dan siap honeymoon lagi.. kira pepatah aku kata 'indah rupa dari khabar'... 

Setibanya di sana.. kitorang terus ke rumah suku kaum sasak.. suku ni le yg suka bawa lari anak dara orang.. disimpan dulu.. sebenarnya itu tradisi orang sana.. seolah2 diorg mcam pendekar... hahaha.. tak pun macam hero le.. dapat bawa anak dara orang.. disimpan.. dan baru dikahwini.. kalo kat malaysia mesti ipin kata 'tak betul, tak betul, tak betul'. Kat situ banyak dijual kain tenun.. katanya kerja kat situ menenun.. entah betul ke entah tak.. harga kain tenunnya agak mahal.. maybe cantik kot.. pada aku sama jer..

 
dihadapan rumah suku sasak.. lantainya dari tahi lembu yang masih panas disapu seperti simen.. dan malamnya dialas tikar untuk tido.. rumahnya rendah aje..


senang menenun.. dan hasil tenunan

antara kraf yang dihasilkan

abaikan model buncit baju purple tu

rumah di perkampungan sasak

hasil tenunan.. agak mahal.. mungkin mutunya beda dgn yang dijual di kuta dan tjg an
rumah suku sasak

 Pas kuar dari kampung tu.. kitorang ke pantai kuta lombok.. jangan silap.. bukan bali je ada kuta.. lombok pun ada tau... tapi tak segah kuta di bali.. time tu cuaca agak panas.. tapi pemandangan mmg cantik.. langit biru.. airnya biru.. cantik le.. memang beza sangat dari desaru, balau, batu feringgi, port dickson.. dan ada orang jual kain.. harganya sgt berbaloi...  kain songket rp40000 (rm12), i like.. lepas makan tengahari sekali lagi kami ke pantai.. namanya tjg ann.... perjalanan ke tjg ann ni aku perhatikan mcm kat afrika (mcam le dah gi africa.. tengok dalam tv).. gersang jer.. tiba tjg ann pun view mmg cantik.. mmg takde le kat morib, kat tjg sedili, kat tjg surat, awesome.. sekali lagi sang kuriang mengejar kami.. last2 terjebak gak beli alas meja lebih kurang rm10.00

pantai Kuta

dengan geng2



sesi menyopping


Setelah itu kami banyumolek.. tempat jual pasu2.. cantik2.. tapi i memang takde collection pasu/bikar2 ni.. anak kecik.. kang pecah lak.. pastu gi tempat tenunan lagi.. confirm tak beli le.. tumpang solat jer.. gi kedai cenderamata pun tengok2 je.. dan tumpang toiletnya yg sangat cantik n bersih




Petangnya kami masuk ke daerah sengigi dan tengok sunset.. cantikkk.. dan disini yang mengejar menjual brooch, rantai mutiara, gelang, cincin.. teringat plak kalo kakak2 aku gi ni sure diorang menyopping.. setakat rp10k.. apalah sangat pada diorang.



Sebelum dihantar ke hotel.. kitorang dinner dan diluar tu ramai yang menjual brooch.. setelah tawar menawar.. akhirnya aku dapat brooch yang agak besar n cantik dgn harga rp10k (rm3).. puas hati.. esok nak sambung mencari lagi.
 
1 rm3... i like

rm12.. murah

berkenaan warna ni

songket.. entah nak buat apa agaknya

Keesokkanya kami akan ke gili trawangan dengan menaiki speedboot.  First time naik glass bottom boat.. dan nampaklah karangan dalam laut yang cantik.. dengan air yg sangat jernih.  Omputih plak terbaring diatas pasir beralaskan kain sambil membaca novel, melihat hp.. membiarkan tubuh badannya di simbah matahari.  Tidak le aku buat camtu.. tapi gili trawangan memang cantik pantainya.  Aku lepak2 je kat kedai.. nak naik kidomo pun tak bleh sbb diorang tengah menghantar untuk org check out.. pastu plak sembahyang jumaat.







karangan dilautan

jernihkan









Puas melepak.. kitorang pulang semula ke mataram.. shopping oleh2.. dan ke kampung seni.. sekali lagi aku terjebak dengan penjual yang pernah bekerja kat malaysia.. kerana berkenan sangat kat kain tenun ni aku pun membeli,, agak mahal sikit.. dalam harga rm24.. gi tempat mutiara yang ada sijil.. setakat jalan2 jer... sennya pun tak banyak... semasa dinner di tepi pantai yang indah tu.. aku harap dikejar lagi sebab memang aku plan nak beli brooch.. dan akhrinya.. dapat lagi brooch dgn harga yg sama... seronoknya.. bila balik malaysia.. rasa rugi plak tak borong lebih byk.. mcm tak cukup plak.. tamak gak aku ni.. 
dikejauhan.. gunung rinjani.. dapat tengok je.. tak dapat tawan.. tak larat


Hari ke 3.. hari untuk pulang.. cukuplah percutian alakadar aku.. duit tak banyak.. so hari ketiga kami pulang le.. airport jauh gak dari kota mataram.. dan nampak le gunung rinjani

Alhamdullilah dalam jam 1.30 selamat landing kat senai.. hantar nanina n cik yah.. terus pulang sebab petang tu umairah ada ujian kenaikkan tali pinggang taekwando.


No comments: