Diriku ini..

Dilahirkan dan dibesarkan di Kulai. Meneruskan kehidupan dengan mencari sesuap nasi di Universiti Teknologi Malaysia. Memperolehi tempat berteduh di Taman Universiti, Skudai, Johor. Memayungi dua orang puteri berusia 8 tahun yang bergelar ANIS UMAIRAH dan 3 tahun bernama AMNI QAIREEN. Amat gilerr membaca novel dan amat gemar berjalan-jalan mencari pengalaman dan makanan.



Tuesday, October 20, 2015

final exam

alhamdullilah hampir ke akhir tahun
cepat masa berlalu
2015 hampir ke penghujung
dan minggu peperiksaan pun menjelma

lately ni aku selalu ingatkan umairah untuk buat ulangkaji terutamanya matapelajaran matematik
subject yang paling dia lemah
tujuan aku.. ofcoz le taknak di ketinggalan
dan pindah kelas

2 hari ni memang kerja untuk aku menanda kertas ulangkaji
aku ni pun 1 selalu buat last minute
bila aku cek.. dia tersangatlah careless
benda yang kacang untuk aku yang dah tua ni
dia salah buat
hantu marah aku pun datang

haaaa... ambil ko.. 
malam tadi tido kul 11.30
aku cuba fahamkan dia
banyak buat latihan
dan biasalah ada marah-marah

tapi kenapa ekkk 
kalo aku yang mengajar
selalu macam nak marah je

dan hari ni exam mate
aku tak kisah berapa markah yang dia dapat
tapi aku puas bila banyak benda yang dia faham tentang +-x/
harap dia peroleh kejayaan
rezeki dia tangan allah

kalo dia tak dapat markah yang baik pun
pada aku dia dah cuba
lagipun dia baru darjah 2
aku taknak dia stress

panjang lagi perjalanan hidup dia
cuma aku nak dia jadi 
anak yang berguna
dan menghormati ibubapa
aku tak boleh beri dia harta
sekarang ni aku boleh bagi dia pelajaran 
dengan belajar dia sekolah

semalam juga amni kena tempiasnya
baru le dia nak mengira


SEMOGA ANIS UMAIRAH DAN AMNI QAIREEN BERJAYA DALAM HIDUP YA... SAYANG

No comments: