Diriku ini..

Dilahirkan dan dibesarkan di Kulai. Meneruskan kehidupan dengan mencari sesuap nasi di Universiti Teknologi Malaysia. Memperolehi tempat berteduh di Taman Universiti, Skudai, Johor. Memayungi dua orang puteri berusia 8 tahun yang bergelar ANIS UMAIRAH dan 3 tahun bernama AMNI QAIREEN. Amat gilerr membaca novel dan amat gemar berjalan-jalan mencari pengalaman dan makanan.



Monday, October 26, 2015

BESDAY AKU DAH BERLALU

Alhamdullillah bertemu aku pada tarikh 21 oktober 2015.  Genap usia aku 41 tahun.  Syukur sangat ke hadrat ilahi kerana aku dipanjangkan usia, dikurniakan kesihatan yang baik dan semoga berpanjangan, ditemani oleh Mr. Z dan anak2 gadis tersayang Anis Umairah dan Amni Qaireen.. korang insan yang aku sayang.  Aku masih dapat menjalani hidup yang sederhana segalanya.  Ada rumah walaupun kecil... selesa untuk kami berempat sahaja.. berkereta walaupun bukan kereta import.. kami dapat bergerak dengan mudah dengan kenderaan yang ada.... dapat melihat negara orang walaupun belum tiba ke london, paris, rusia.. tapi alhamdullillah diberi rezeki untuk melihat tanah haram dan madinah mukarramah... takde harta yang lain.. tapi aku bahagia.  Aku ada adik beradik yang baik, memahami dan aku sayang,.. dioranglah pengganti mak dan bak yang dah pergi.. aku juga ada mak dan bapa mertua yang baik hati dan tak cerewet dan ada sahabat yang sentiasa di sisi.  Syukur ya Allah

No comments: