Marrakech
Sebenarnya aku bukan tahu sgt negara ni.. selepas di beritahu pernahlah google sekali dua.. mungkin negara ni bukan dalam wishlist aku. Selepas hantar pasport dan gambar untuk dibuat visa bagi membolehkan memasuki negara ini.. baru aku rasa teruja sikit.. maksudnya aku gi benua eropah dan benua afrika. Susah gak nak gi Morocco ni.. kalau tak iya-iya.
Info tentang negara Maghribi atau dalam bahasa penjajah kita dikenali sebagai Morocco atau Maroc terletak di benua afrika, bukannya timur tengah. Kedudukan negara ini adalah di bahagian utara benua afrika
bersempadan dengan France. Dan berhampiran dengan Spain. Morocco
panggilan nama dalam western name dan maghribi dalam kata arab. Jadi,
kedua2nya makna sama. Morocco
ada 4 musim. Musim panas(6,7,8), musim luruh(9,10,11), musim
sejuk(12,1,2) dan musim bunga(3,4,5). Sekarang musim sejuk di Morocco. Masa aku tiba malam tadi.. terasa gak kesejukkannya walaupun tak macam kat beijing atau korea time angin sejuk tu bertiup. Bahasa utama adalah bahasa arab
fushah dan bahasa kedua adalah bahasa france, manakala bhs perhubungan
seharian atau bahasa pasar ialah bahasa Darijah Maghribiyyah. Kebanyakan penduduk yg tinggal di utara Africa adalah terdiri dari
golongan Arab Berber
Info tentang Marrakesh lagi... bandar ini juga merupakan bandar yang dikatakan
paling pesat dengan industri pelancongan bukan sahaja di Maghribi tetapi
di benua Afrika. Kedudukan bandar ini adalah di utara kaki bukit
pergunungan Atlas yang bersalji dan jaraknya dengan Rabat adalah 327
kilometer manakala dengan Casablanca adalah 246 kilometer. Bandar ini menjadi kegemaran pelancong Eropah kerana kedamaian
cuacanya serta lokasi strategiknya iaitu 70 kilometer untuk resort ski
di gunung Atlas dan 210 kilometer untuk kawasan padang pasir Gurun
Sahara. Apa yang bermula sebagai kawasan rumah pencen untuk warga
Perancis pada sekitar tahun 1980-an ini telah berubah menjadi syurga
kedamaian untuk warga Eropah beristirehat dengan bekas Presiden
Perancis, Nicolas Sarkozy; pereka fesyen terkemuka, Yves Saint Laurent
dan pemain-pemain bola sepak Perancis turut memiliki villa di Marrakesh.
|
tempat breakfast |
|
aku pakai baju 2 lapis ya.. nampak bertambah2 kegemukkan aku |
|
roti |
Selepas menikmati sarapan yang ala kadar.. telur, pelbagai jenis roti dan maggie cup.. kitaorang pun bersiar-siar di kawasan Marrakesh... aku terus tukar duit le.. dari euro ke dirham.. pengiraan lebih kurang separuh.. maksudnya kalau dhm10 bersamaan rm5. Tempat pertama dan icon marrakesh ialah Masjid
Koutobia terletak kira-kira 200 meter dari barat Djemma El Fna Square
iaitu masjid terbesar di Marrakesh. Dah puas kat situ.. apa lagi sesi menyopping le.. kitorang gi ke Souk.. memacam ada.. seperti biasa FM mesti kena beli.. sebagai souvenir dan aku memang pengumpul FM. Pada aku kat sini teknik menyoppingnya macam kat beijing.. harga yang ditawarkan agak tinggi.. macam tak logik.. dan kenalah menawar. Nasib baik aku bukan kaki shopping dan bukan jenis berduit sangat untuk shopping beriya. Lagi satu kat sini memang terkenal dengan minyak argan. Minyak yang dihasilkan daripada biji pokok
Argan ini mempunyai khasiat untuk kesihatan tubuh badan dan kecantikan.
|
berlatarbelakangkan masjid |
|
lelong lelong.. lampu tu mcam murah je harganya.. tapi leceh nak bawa balik.. barang byk |
|
gembiranya orang tua ni dapat berjalan |
|
big screen untuk show malam esok |
|
marrakech festival filem tak silapnya.. baru nak ronda marrakech |
|
sekitar marrakech |
|
masjid |
|
macaroon morocco.. model cilik dari malaysia sedang memegang macaroon |
|
topi cam ni pun mahal.. confirm tak beli |
|
banyak fm tu.. jom seranggg |
|
aku pun lupa apa ya bendalah ni |
|
cake.. dok jap bersantai sambil makan kek.. tahap potong kaki punya |
|
apokat... tak boleh lawan indon punya |
Keluar dan Souk (pasar) tu.. kitorang menikmati makan tengahari. Merasai makanan tradisional orang Morocco iaitu Tajin. Tajin yang merupakan sejenis periuk
tembikar digunakan untuk memasak dan merebus pelbagai jenis hidangan
termasuk lembu, kambing, ayam, ikan dan sayur-sayuran. So orderlah Tajin ikut selera. Sedap gak.. kira boleh telan le. Makanan memang tak jadi masalah kat sini.. negara islam.. sudah tentu banyak mengajikan makanan halal. Alhamdullilah.
Hotel yang disewa ni memang di kawasan Djemma El Fna Square yang merupakan tempat tarikan pelancong terbesar
di Marrakesh. Ia sebuah dataran utama di dalam Medina iaitu tempat
pertemuan penting yang popular untuk masyarakat Marrakesh pada hujung
minggu. Para penjinak ular dari suku kaum Berber dan pembekal air oren, buah delima berniaga
barangan mereka pada siang hari sementara sebelah malam dataran ini akan
bertukar menjadi bazar yang riuh dan sesak kerana didominasi oleh
gerai-gerai makanan.Memang nampak ramai yang makan bendalah tu ala-ala siput.. bila tengok gambar macam siput bab! tapi tak kot.. memang boleh makan. Malam tu aku turun ditemani Mukhriz.. nak menyambung cari souvenir.. dan nak cari beg yang aku dah terpikat pandang pertama.. tapi takde rezeki.. hingga ke sudah aku tak jumpa beg tu. Masa ronda2 kat bazaar tu.. aku ambil peluang merasalah air tebu.. rasa macam kat vietnam gak.. jenis air tebu campur asam dan beli roti ala-ala roti canai (dhm7). Malam tu juga agak sibuk dan ada big screen dan tu salah satu sebab sibuk dari biasa. Rupanya ada Shah Rukh Khan dan Madhuri.. menurut info dia menyanyi malam tu sempena... dah takde rezeki aku nak tengok.. bila aku dah naik hotel baru aku tahu rupanya ada artis tu. Tengok free lagi dan dibuat kat dataran Djemma El Fna memang sangat dekat dgn hotel ni.. kalau aku naik ke tingkat atas hotel pun aku boleh nampak pentasnya. Kalau ada member yang beriya-iya mengajak sure aku turun gak. Bila lagi nak tengok Shah Rukh Khan free..
|
malam di marrakesh |
|
air limau campur delima |
Malam tu plak datang penyakit jetleg aku.. susah nak tido.. maklumlah waktu pun berubah.. Mulalah teringatkan anak. Terpaksa guna khidmat Shila dan Ima kat taska untuk dengar suara anak. Dapat dengar suara umairah.. dan dapat gambar amni di taska.
No comments:
Post a Comment