Diriku ini..

Dilahirkan dan dibesarkan di Kulai. Meneruskan kehidupan dengan mencari sesuap nasi di Universiti Teknologi Malaysia. Memperolehi tempat berteduh di Taman Universiti, Skudai, Johor. Memayungi dua orang puteri berusia 8 tahun yang bergelar ANIS UMAIRAH dan 3 tahun bernama AMNI QAIREEN. Amat gilerr membaca novel dan amat gemar berjalan-jalan mencari pengalaman dan makanan.



Wednesday, December 23, 2015

PRELUDE MEGA TRIP 2015 (MT15)

Hahaha... tajuk tak agak-agak.. yelah orang macam aku yang selalu ke negara ketiga merasakan trip hujung tahun 2015 ni agak lain sikit.. lebih jauh.. lebih moden.. negara yang memang terkenal untuk pelancongan.. mata wang lebih besar.. dan yang penting.. gi 4 negara. Tak macam selalu.. bulan ni gi Indonesia.. 5 bulan akan datang gi vietnam.. tahun depan gi combodia hujung tahun depan gi thailand.

Trip ni aku memang tak uruskan.. aku just join tanpa bayaran permulaan apa2.. selepas balik... tungguuu..  dan aku pun tak dapat tentatif hingga ke saat akhir.. yang aku tahu urusan visa.. aku cuma post gambar n post pasport ke putrajaya... pastu siap2 gi klia.. kira macam ikut tarikh tunggu je kat airport dengan bawa duit poket.. wahhhh.. syok gak..

So.. 3 Disember 2015 pepagi aku menyettlekan apa yang perlu.. paling penting kena iron baju Mr. Z setengah almari.. untuk 2 minggu... alhamdullilah aku dah settlekan tu sehari sebelum pergi... lenguh tangan.. pastu nak kena lipat baju yang macam gunung ledang.. kira aku mesti tinggalkan rumah dalam keadaan terurus.. baru aku puas hati.  jadi pagi tu tugas aku hantar Mr Z ke tempat kerja.. bawa Anis dan Amni breakfast lempeng cicah asam pedas sembilang dan menguruskan diri.  Tepat jam 10.45 taxi yang dibooking betul2 ada depan rumah (Tq azri yang uruskan taxi untuk aku)  Hantar Anis ke taska (Amni aku dah hantar awal) dan terus ke airport.  Check in lagguage.. huhhh.. sekali timbang bag 17 kg lebih... Wah.. pegi aje dah berat.  Pastu bersantai2 di marrybrown sebelum boarding.  Flight sepatutnya jam 12.50 delay ke jam 1.25.. tak de hal sebab aku bukan nak rushing sangat.. santai-santai sahaja.

So tiba KLIA2 dalam jam 2 aku relax-relax jer.. selepas menikmati makan tengahari (dah petang gak time tu) aku baru ke KLIA.  Naik free shutle ke Mitsui jer.. itu pun berdasarkan pengalaman hari tu.. jimat duit den.. naik free shuttle.  Tiba KLIA pun aku masih dalam situasi relax-relax.  Siap ke anjung tinjau tengok flight naik dan turun.  Naik panas gak le mencari soket untuk caj hp.  Lebih kurang pukul 6 dapat call orang yang memayungi aku dah tiba.  Check in bag.. terus ambil dinner kat old town.. tq ucu belanja dinner lagi.. dan terus check in untuk penerbangan ke Ho Chi Minh.

Insyaallah aku akan terbang ke Paris, Marrakesh, Barcelona, Servilla, Cordoba, Granada dan London (Perancis, Morroco, Sepanyol dan UK)

beg buruk.. jom gi holiday
kesayangan ibu.. anis umairah dan amni qaireen.  Tq Mr. Z jaga anak

No comments: