Diriku ini..

Dilahirkan dan dibesarkan di Kulai. Meneruskan kehidupan dengan mencari sesuap nasi di Universiti Teknologi Malaysia. Memperolehi tempat berteduh di Taman Universiti, Skudai, Johor. Memayungi dua orang puteri berusia 8 tahun yang bergelar ANIS UMAIRAH dan 3 tahun bernama AMNI QAIREEN. Amat gilerr membaca novel dan amat gemar berjalan-jalan mencari pengalaman dan makanan.



Monday, December 28, 2015

MT15 EPISOD 3 - MOROCCO

Pergunungan Atlas
awal pagi kami berangkat

sudah mula nampak pergunungan




Hari ni tentatif kitorang akan ke World Heritage Site - Kasr Ait Ben Haddou. Tempat ini ada dalam satu scene di filem Gladiator. Cite tu aku pun tak tengok.  Tapi bila orang kata cantik.. i follow le.. bukan selalu dapat gi..

Dari Marrakesh nak ke Kasr Ait Ben Haddou tu ambil masa 4 jam.  Jauh tu.. kena plak merentasi Banjaran Atlas. Ya allah.. gayat giler aku.  Takut nak toleh ke bawah.. dah le pemandu inokom yang kami naik tu bawa sikit punya laju dan boleh memotong lagi kat tepi puncak gunung.  Walaupun bawa laju tapi aku rasa confident dengan mamat arab ni.  Aku tak ngeri dia memandu.. yang aku ngeri toleh ke bawah.. seriua rasa.

Info tentang Pegunungan Atlas dari Mr. google.. Pergunungan/Banjaran Atlas (Berber: idurar n Watlas, Arab: جبال الأطلس) adalah pegunungan di bentangan utara Afrika memperluas sekitar 2.500 km (1.500 mil) melalui Maroko, Aljazair, dan Tunisia. Puncak tertinggi adalah gunung Toubkal, dengan ketinggian 4.167 meter (13.671 kaki) di Maroko barat daya. Atlas Kisaran memisahkan garis pantai Mediterania dan Atlantik dari Gurun Sahara. Populasi Pegunungan Atlas terutama Berber. Istilah untuk 'gunung' dalam beberapa bahasa Berber adalah Adrar dan adras, diyakini serumpun dengan toponim tersebut.  Gunung-gunung telah menjadi rumah bagi beberapa spesies tanaman dan hewan yang unik di Afrika, seringkali lebih seperti yang di Eropa, banyak dari mereka yang terancam punah dan beberapa sudah punah. Contoh termasuk Monyet Barbary, Atlas Bear (satunya spesies Afrika beruang, sekarang punah), Leopard Barbary, rusa Barbary, Barbary Domba, Singa Barbary (punah di alam liar), Atlas Gunung Badger, Afrika Utara Gajah (punah), yang Aurochs Afrika (punah), Cuvier Gazelle, Northern

3 kali mamat tu berhenti dalam perjalanan: pertama macam hentian sebelah.. memang tempat tourist berhenti.. kawasan tu pun dah mula tinggi.  Kedua kat puncak.. cantik ambil gambar.. nampak bawah.. ketiga kat tempat proses minyak argan.

Alhamdullilah kami tiba kat tempat nak dituju. Tempat tu selain dari shooting filem Gladiator.. banyak lagi filem yang dibuat kat situ.. nanti aku tengok list.  Kepenatan gak le kami meneroka tempat tu.. rumah2nya macam terselit.. macam tak berapa nampak.. kena lintas sungai.  Kat sini plak setiap pertolongan kena bayar tips... melayang dhm20 aku sbb dia tolong ala pegang2 berlapik sbb lintas sungai yang tak seberapa tu.. heeeiiii dulu kecik2 bukan setakat ala2 parit macam tu.. sungai pun aku redah tau.  Banyak karpet dijual kat sini.. tapi harga.. semua ribu-riban.  Homemade katanya...

Kami gak singgah kat rumah tour guide yang membawa kami meneroka kawasan tu.  Dihidangkan dengan tea.  Biasalah teh tawar.  Kerana dia speaking jer dan berjalan agak laju.. maka aku takdelah menangkap sangat banyak info kat situ.. aku plak lori terlebih muatan yang sentiasa di lorong kiri. Banyak infonya.

Selepas tu kami melanjutkan lagi perjalanan ke atas lagi.. tak ingat nama kawasan tu.. tapi rekabentuk bangunan memang berbeza dengan negara kita.. tengok gambar je le.









































dari situ kami menuju ke bandar untuk menikmati makan tengahari.  Perjalanan dah mula kurang bengkang bengkoknya.  Tenang sikit jiwa

lunch time.. order apa yang patut












deretan kedai

























ada perkampungan di kaki gunung





No comments: